Monday, April 3, 2017

Makan Sedap Di Rumah dan Resepi Sekali

Assalamualaikum..

Kemain IG I sekarang asyik nak tayang gambar makanan masak-masak je hahah. Biasa kalau balik kampung, memang I masak la. Dari pagi ke jejak la ke tengahari duduk dapur dah macam nak buat kenduri. Kali ni balik, I buat sekali Daging Masak Hitam Berempah untuk Mak Azizah. Saja buat lauk macam ni untuk dia so that nanti bila dia nak makan, just panaskan je dalam microwave. Mak baru lepas operate mata so dia tak boleh kena heat and tak boleh la nak masak. If ada lauk macam ni, selera la sikit dia makan. Kalau tak Bapak akan beli je, sian kat dia kot cemuih makan lauk beli. Semalam masa bagi Mak rasa, dia cakap sedap. Terasa semua rempah kata dia. 'Macam mana Su buat?'  Cecece. Maka I pon kembang la. Memula Sazli cakap buat Daging Masak Kicap je untuk Mak tapi sian pulak kat Mak makan lauk macam tu, so I upgrade buat masak hitam. Kaklong punya resepi. Ni memang kitorang punya favorite kalau masa raya. Masak dengan Cili Padi lagi la kaw tapi Mak tak berapa boleh makan pedas so guna lada kering je la. Daging tu pulak letak yang ada daging tetel sikit, perrrrghhhh rasa kenyal lemak-lemak memang la mengundang. Rasa dia lebih kurang Daging Dendeng tapi yang ni jenis berkuah sikit. Masa taip ni, teringat pulak. Cis! Daging Masak Hitam ni kalau makan dengan Nasi Kuning buat sarap pon ok. Sedap jugak. Untuk entry kali ni, I share semua masakan yang I masak sepanjang minggu lepas beserta dengan resepi sekali. Nanti kot korang dapat idea ke nak masak apa dari entry ni kan? Sazli pon now dah request if weekend takde apapa, Mama masak la eh? Dia tu kalau I masak tak bertambah tak sah. Makin gemuk la. But nasib baik Sazli rajin exercise. Macam masa Sabtu, dediam dia setelkan Sambal Cili Api Petai I. Dengar cerita makan sampai 4 kali hari Sabtu tu. Kusssss semangat! Hahahaha.


Ikan Kembong Masak Kicap Pedas + Petai.



Asalnya letak petai tu sebab nak habeskan ajer petai yang I beli Sabtu lepas depan U-Mart Bandar Pusat. RM10.00 dia jual. Ada la 5-6 tangkai kot? Cantik petai dia. Takde ulat. Separuh buat Sambal Cili Api, separuh lagi letak dalam Ikan Kembong Masak Kicap Pedas ni. Cara buat. Memula Ikan Kembong tu garam kunyit kan, lepas tu goreng. Tumbuk Kunyit Hidup, Halia, Cili Api (ikut tahap kepedasan), Bawang Putih, Bawang Merah, Serai. Lepas tu tumis la macam biasa sampai la cili masak. Dah tu masukkan 2 sudu sos tiram, asam jawa sikit, kicap manis dan perasakan with gula dan garam sikit. Masukkan Ikan dan petai, cili hijau serta tomato belah 6. Siap! Makan ni je cukup. Takyah lauk lain. Memang layan. I tak makan masa lunch, tapi makan masa malam tu dekat KL. Dia punya pedas rasa macam nak terajang kerusi je. Peeeerrrrghhhh!


Sambal Cili Api Petai


Yang ni sapa yang tak makan petai memang rugi laaaaaaa. Sama jugak dengan resepi Sambal Air Mata I Cuma tambah je la petai. Malas nak search? Ok. I taip dekat sini pulak. Korang ni kekadang kalau mintak resepi boleh tahan malas nak Google dalam blog I. Menyirap jugak nak kena bagitau banyak-banyak kali. Cara-cara. Tumbuk Cili Api  (ikut tahap kepedasan) + Lada Besar, Bawang Putih, Bawang Merah. Lepas tu tumis sampai cili masak. Masukkan air asam jawa, gula dan garam. Last sekali masukkan petai dan bawang besar. Sebelum hidang tabur dengan Ikan Bilis Goreng. Siap! Ponnnnn sedap makan dengan nasik. Kalau rajin boleh buat telur mata goyang yang kuning cair. Renjis kicap manis. Ni kalau Mak Mertua lalu dekat belakang pon buat bodoh. Makan dulu yang penting. Hahahahaha.


Daging Masak Hitam Berempah in the making. Nak masak ni boleh tahan lama.



Yang dah siap. Sedapnyaaaaa. Makan dengan Nasi Kuning/Nasi Putih atau Ketupat atau makan dengan roti. Kalau nak travel, buat kering sikit. Pon sedap.


Daging Masak Hitam Berempah ni complicated sikit nak buat dia. Tapi berbaloi la sebab sedap. Resepi dia nanti I bagi kemudian la eh? Next entry. Sebab panjang. Malas pulak aku nak taip. Hahahahah. Dia lebih kurang rendang jugak tapi sebab dia ada kicap of coz la pada tekak I dia lebih sedap. This time I masak guna daging biasa je. Ni kalau dapat campur sikit dengan daging tetel ni sedapnyaaaaaaaaa. Ishk, fikir sedap makan ni memang confirm gemok. Bila makan tu kena la beringat ye sebab nanti gemok akan jadik tak sihat lepas tu appearance pon tak berapa nak cantik. Oleh itu, jangan lupa pakai House of Corset untuk menten kurus dan body mantop (sesambil iklan) Hahaha. RM138.00 masuk postage. Ada semua size ok? WhatsApp I dekat 012-9184042 untuk order. Next!


Semalam buat lagi Keria Gula Melaka. Sedapnya dapat makan panas-panas keluar dari kuali. Nikmat! Tapi one day teringin jugak nak makan Keria Gula Melaka yang dekat Melaka tu. Saaaapaaaa la nak bawak. Untuk resepi version I, korang boleh tengok dekat sini.


Yang ni Daging Masak Asam. Simple je tapi sedap. Gambar kurang menarik sebab lighting tak berapa nak ok.


Cara nak buat. Daging tu kena rebus kalau tak nanti liat. Dah rebus, toskan and taburkan dengan serbuk kunyit. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili padi seketul macam tu je and lepas tu masukkan air asam jawa. Perasakan dengan gula dan garam and masukkan daging yang dah direbus awal tadi. Masukkan sayur-sayuran macam kacang panjang ke, carrot ke. Ikut suka korang and last sekali masukkan bawang besar. Dia lebih kurang dengan Daging Goreng Kunyit je tapi yang ni version ada kuah. Nak lagi sedap tumis la dengan Kulit Kayu Manis and Bunga Lawang tapi sebab time tu takde, I tak masukkan. Tu pon Sazli cakap sedap. Hahahahahhaha.


Sapa tak makan taugeh angkat tangan! Ni Taugeh Goreng dengan Tauhu and Carrot. Cara-cara. Memula tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Masukkan tauhu yang digoreng awal and masukkan taugeh, lada besar and carrot. Perasakan dengan garam. Siap!


Ni Ikan Kembong Rebus Goreng. Rebus Ikan Kembong dengan garam dan asam keping. Lepas tu goreng. Siap! Senang je kan? Sedap makan dengan kicap bawang or dengan sambal belacan. Perrrrghhhh taip pon rasa telan ailio.


Ni la Kicap Bawang pujaan Sazli. Hiris bawang besar, cili padi. Curah la kicap manis. Nak makan dia kena buat jam-jam tu jugak. Kalau korang keep dia akan mencairkan kicap. Tak sedap. Sebab tu I tak suka letak limau nipis nanti makin cair. Kalau nak up lagi boleh letak tomato tapi Sazli suka simple macam ni.


Pegaga dekat KL di debab-debab kan?


Ni Sambal Ketuk. Buat untuk Anny sikit lepas tu sebekas letak dekat rumah. Dua kali makan setel. Bawang besar, bawang kecik, bawang putih, cili padi, lada besar, tomato. Goreng sekaligus. Ikan Bilis Goreng asing. Tumbuk semua bahan kecuali ikan bilis. Perasakan dengan gula dan garam lepas tu masukkan Ikan Bilis Goreng. Last sekali perahkan air limau kasturi. Sedap wei!


Ni pinggan si Sazli. 2 kali tambah. Gemok baru tau.


Yang ni pulak pujaan hati Sazli. Biskut Cornflakes terpaling sedap I pernah makan. Sebekas ni harga dia RM30.00 and ada dijual di Petronas Kolam Air Lama Ampang. bekas kecik RM15.00. Sedap wei! Sazli tu kalau tak ditegur sekali hadap dah setel. 


Kasik close up. Sedap! Balik ni nak beli lagi la.

Sekian gambar makanan. I tau memang ramai menyirap tengok semua ni. Hahahaha. I selalu berangan nak ada dapur besar yang ada oven besar tu. Nanti kalau ada dapur besar siap ada island and boleh berangan macam program masak-masak hari-hari, jangan kata masakan panas, dengan roti segala pon I akan buat sendiri dekat rumah. Bestnyaaaaa. Lagi best kalau ada yang rajin melayan tolong rakam. Hahahaha. I tengok Shein pon macam ada minat nak menolong I masak dekat dapur cuma risau la sebab kat dapur bahaya. InsyaAllah nanti kalau ada rezeki, birthday cake Abah dia nanti is made by Mama and Shein. Birthday Baba, Maktok, Atok and semua-semua nanti kita buat sendiri je ok Shein? Lagi best kalau kita buat cake, lepas tu ada tukang kemas (hint nak Maid Philippine). Hahahahhaha. I ni sejenis masak sikit, tapi dia punya sepah! Hahahaha. Biasa Sazli kalau dia kesian, dia akan tolong setelkan dapur atau dia tolong sidaikan kain or handle Shein kalau I busy dekat dapur. Kekadang a little help macam tu dari suami pon buat kita lebih bersemangat nak masak kan?

-eNd-

3 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer....

cikel said...

Kaksu..resepi daging masak hitam jangan lupa..thank you :)

cikel said...

Kaksu..resepi daging masak hitam jangan lupa..thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...