Tuesday, January 10, 2017

Resepi Kuih Keria Gula Melaka Viral Confirm Jadik by De

Assalamualaikum..

Tadi I up gambar Kuih Keria Gula Melaka yang De buat untuk kali ke 18 baru menjadik tu. Lepas tu tanya sapa nak resepi, nampaknya ramai yang nak. Siap ada yang highlight ‘Nak resepi Kuih Keria yang DE buat tu’. Ewaaaah hahahahha. Sesambil je kan nak mengata aku tu? Tu hari semangat waja la I dengan De buat Kuih Keria ni. Guna resepi FB yang cakap ‘Confirm Jadi’. Katanya kalau guna Keledek Oren lagi lembut so happy la bila dapat Keledek Oren. Orang tu cakap takyah dah letak Baking Powder, tetap confirm gebu. Guna je Tepung Kek. So I ikut sebijik-sebijik macam resepi. Dia cakap letak secawan keledek = Secawan Tepung Kek. Masa adun tu rasa la lembut adunan tapi bila siap goreng sira semua Amsyar cakap ‘Macam Tanah Liat la Ibu Kuih Ni’. Maka berjujuran lah air mata I dari dalam kah kah kah.

I taktau la mana silap sebab memang ikut sebijik sejiban resepi. Maybe sebab over adun ke atau beria salut tepung ke apa entah. Cuma yang win is coating dia tu la sebab nampak berkilat pasal bubuh gula batu 2 3 ketul. Kecewa memang la ada. Nak pulak bersungguh buat and memang teringin nak makan yang panas-panas. Kata Sazli ‘Sedap ni Mama’. Dia tu memang. Semua I masak sedap siap ‘Subhanallah sedapnyaaaaaa’. Hahahaha. Dalam pada Amsyar cakap macam Tanah Liat tapi Sazli kata sedap. Ko ghaser? Anyway budak kecik mana la pandai menipu kan? Tapi takper la, bila De buat kali ke 18 ni menjadik, I pon tumpang bangga. Jaaaaadikla. So jom tengok resepi ni. Kata De, kalini barulah menjadik! Memacang version dia buat semua kelaut. But kali ni gebu gebas dia punya Kuih Keria. Masa last time buat dengan jadik Kuih Telinga Keling semua siap. Kah kah kah.



Ni la Kuih Keria Gula Melaka by De. De yang buat and share resepi. I tukang sampaikan aje. Harap bermanfaat – Ayat tak puas hati sebab I buat tak jadik. Hahaha.


Kata De, dia guna resepi ni. Main agak-agak je. Tapi elok pulak menjadik. I tanya De dia guna keledek kaler apa. Dia cakap colorful. Campur putih and orange. Jadik jugak pon. Cumanya dia cakap, sapa nak buat kurangkan lah sikit Soda Bikarbonat dari satu sudu kecik ke tiga suku sudu kecik sebab ada rasa pedau. Rasa pedau tu paham ke tak apa dia? Tak paham sudah. Hahaha. Tapi dalam resepi yang De print screen ni dia tulis Baking Powder so ikut suka la korang nak guna yang mana satu. I pon taktau apa beza Soda Bikarbonat dengan Baking Powder. Nak Google malas. Sapa yang pandai masak boleh la komen apa beza dua menda alah ni ha. Hahaha. Tapi kalau tengok dari gambar yang De guna Soda Bikarbonat ni macam lagi gebus je dari Baking Powder. Kan?

Resepi Kuih Melaka Viral

Bahan Kuih Melaka
Keledek Rebus secawan
Tepung Gandum secawan
Soda Bikarbonat satu sudu kecil
Tepung Beras 1 sudu besar
Garam Secubit

Note : Campur semua tapi jangan beria sangat uli adunan

Bahan Sira
Gula Melaka seketul
Gula Putih satu sudu
Gula Batu 3 4 ketul (Ishk ko ni kasik la specific amount)
Tumbuk semua bahan ni and masukkan air suku cawan
Masak sampai berbuih.



Keledek. Ni De print screen resepi. I pon redha je la share. Baca la caption sendiri eh?


Tepung gandum 


De guna Soda Bikarbonat


Kata dia tabur tepung sikit dekat loyang untuk elak melekat 


Tumbuk la gula ni sebab nak bagi cepat larut


Bila sira dah cair and buh makin kecik and ketengah maksudnya dah ready untuk masukkan Kuih Keria


Jangan matikan api masa time sira. Dah siap, sejukkan atas radai. Suka ati la ko. Nak letak atas talam pon boleh.


Lembut didalam, rangup dan manis diluar. Katanyaaaaaaaaaaaaaaa.


Ni la resepi yang De ikut except dia tukar Soda Bikarbonat daripada resepi asal Baking Powder

So cenggitulah resepinya eh? Boleh la korang ikut macam ni. Ni De yang buat. Bukan I. Tauuuuuuuuuuuuuuuuuuu la. Haha. I kasik kredit kat De la ni. De pon boleh tahan gigih buat 2 3 4 5 6 kali sampai la menjadik macam yang dia nak. I kalau sekali tak jadik, dah. Good bye forever. Teringin ni toksah cakap la. Tapi memikirkan frust I punya Kuih Melaka jadik Tanah Liat malas dah nak craving. Hahaha. Ni pakkal la weekend ni ada dekat Langkawi. Kalau tak memang sampai dah ke Shah Alam rumah De. Paksa De buat lagi Kuih Keria ni. But this time, I taknak la prepare. Nak makan je terus. Makan time panas-panas. I agak kuih-kuih macam ni makan time panas je la sedap. Bila dah sejuk its either dia akan keras or berair sebab gula dia tu cair. Kepada yang nak mencuba, Selamat Mencuba diucapkan. Kataaaa la tak jadik, jangan putus asa ok? Cuba sampai berjaya. (Cakap pandai la kan?)

Kepada De dah boleh jalan pakai lubang hidong sambil goyang tetek sebab dah berjaya. Hahahaha.

-eNd-

3 comments:

Naily's Kitchen said...

ehhh.. De buat lagi cantik dari cikgu Ina tu buat..lagi gebu..hihii :p

cikkyra blogspot said...

haha. entahlah tak tau apa beza antara dua tu. tapi perangai u sama dengan mak i, jenisnya sekali tak jadi. jangan harap nak buat lagi. kiki

NINA FARHANA said...

Tq sudi share resepi. Tgk kuih keria antarabangsa tu terliur tp jauh sangattt nye ponn 😂

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...