About Me





Assalamualaikum.

Nama I Suraya Sulatin. Lahir pada 12 Oct 1981, berbintang Libra. Usually Libra ni orangnya manja, fun person and sensitive. I berkahwin dengan Sazli Ramzan pada July 2009 and ada seorang anak lelaki bernama Mohamad Shein Iskandar. Shein lahir pada 12/12/12. Lawa giler tarikh. Tenkiu my Gynea Dr. Ravi Chandrand from Gleneagles sebab set date baekk punya untuk I lahirkan Shein. Hehe. I start blogging tahun 2008 and nampaknya kekal sampai sekarang. Al-hamdulillah.

Nak kenal I? Nah baca 20 facts about me ni.


1. I lebih suka bawak kereta manual dari automatic. Terus rasa macam superwoman and riak sikit-sikit sebab tau bawak kereta manual bila most of wanita tak pandai langsung bawak manual car. So I berasa bangga.

2. I boleh bawak motor ada clutch as well. I kan ongkampung lahir kat Felda? Kat sana budak darjah enam pon dah start bawak motor pergi sekolah. Masuk longkang semua dah. Jatuh motor tadek. Tapi tercicir masa jadik penumpang ada. Dengan bawak mangkok tingkat, pakai kain batik (sebab nak cool ikut trend masa tu kakak-kakak senior ronda naik motor pakai kain batik PADAHAL tak pandai pakai pon) Molek jatuh tergolek depan rumah Punk. One of Abang senior paling hensem masa sekolah menengah dulu. Nama Hasni panggil nak Punk aje. Aku pon tak paham kenapa. So imagine eh? Kain batik + mangkok tingkat + tercicir = Perrrghhh. Kalau ingat balik rasa bangang giler. Patut buat-buat pengsan je untuk cover malu.

3. Ok. I pernah tercicir and I pernah buat orang tercicir. ERNI. Hahaha. Sian Erni jatuh tercicir bebetul depan Balai Polis and tak jauh dari tempat Abang-Abang senior lepak kat bus stand. Erni masuk dalam semak sebab kain dia dah masuk dalam rantai motor. So dah separuh bogel. Pastu instead of tolong Erni, I ketawa tak berenti sebab kelakar muka dia dah banyak calar kena lalang. Couldn’t help it. Sebab rasa kelakar giler. Tu la. Lain kali bawak motor, focus! Ni tangan bersepah nak pegang rambut la apa la sebab nak kontrol cantik, bila pulas minyak tu yang jadik tercicir tu. Haha.

4. Masa dengan Sazli dulu, kiter kawan lepas tu tadek declare or propose or apapa keluar ayat romentik tahap muntah hijau ‘Tuhan Jaga Dia Untukku’ time memasing demam ke apa. Tadek. Tau-tau bawak jumpa Mak Ayah lepas tu decide nak kawen. Dah. So drama-drama terjun kereta, merajuk hantar bunga semua tu tadek. Becinta sakan pon tadek. Sendiri paham. Sebab tu kiter memasing tadek rasa insecure cek henpon jeles-meles sampai sekarang. Tadek. Semua base on trust.

5. Nama Shein tu, Sazli yang dapat. Iskandar tu I suka. I suka nama Iskandar sebelum akil baligh lagi. Taktau pon macam mana woman get pregnant lagi time tu but dah tau nama anak nanti mesti ada Iskandar. Gatal sangat.

6. I suka masak. Tapi tak suka kemas. Tapi sebab tadek pilihan and tadek orang nak kemas, maka kena jugak masak and kena kemas. I buat kerja cepat giler. If tadek gangguan, I boleh masak nasik lemak complete dengan telur, ayam goreng, nasik, ulam timun and siap hidang less than sejam. I jenis buat kerja cepat. Macam lipas kudung. Zup zap zup zap setel.

7. I susah nak minum. Minum bila terpaksa. Kalau makan tadek air, tadek masalah. Kekadang I perasan I minum less than 3 glass air sehari. Patut tu sembelit. Cara nak bagi minum air banyak, kena buat infuse water and letak betul-betul depan mata. Then baru la I minum sebab air tu dah lawa. Kalau tak, jangan harap nak minum. 

8. Adik beradik I semuaaa perempuan. Kaklong Suzalina, Arwah Kak Ngah Suhani, De Suhaida and I, Suraya (Kalau taktau memang carik pasal). Selalu dulu I cakap pada Mak, ‘Pesal bagi nama Suraya? Tak popular langsung. Nama pendek. Bagi la Suraya Rose ke, Suraya Elina ke Nurul Suraya ke. Tambah la apapa kat depan atau blakang’. Kata Mak, ‘Tu ada lagu Suraya tu. Popular apa?’ Melawan Mak. Melawan.

9. Dulu kaaaaan? Masa sekolah rendah I pergi sekolah agama. Sekolah agama pulak belakang rumah je. Stressed giler. Especially time berzanji. I dulu selalu la jadik solo macamkan suara sedap sangat. Dengan Lily. So kiter selalu la ada group nasyid lawan dengan Sekolah Agama Peringkat Satu sana. (Sekolah Agama ada dua buah). Bila berzanji kan ada, ‘Al-jannatuwanai muhaaaaaa syakdullimannn yosolli….’ Macam tu. So nanti ramai-ramai sambut Alllah…. Kan? I stressed sampai nanges-nanges sebab Emak dekat rumah sambut Allahhhhhhhhhhhhhhhhhh. Dia nganjeng I. Sebab lepas tu dia ketawa kuat-kuat annoying giler. Dengar sampai dekat sekolah. Terus morale down.

10. Oh. Ni Yati suruh bagitau. I ada dua dagu. Sebab berlapis. Sebab gemok la kan? Apa lagi. Biasa kalau Yatie raba-raba dagu I, nanti I akan cakap, ‘kluk kluk kluk’. Nak tiru Ayam Belanda. Bodoh nih!

11. I manja.. I tak kata I manja. Tapi orang cakap. I biasa rasa I garang and kepala hangen. Dulu, masa Arwah Ayah ada lagi, sampai la dah besar panjang I still mintak dukong dengan dia. Pastu Mak dengki. Nanti dia cakap, ‘Eee tak malu ke dah besar-besar dukong macam tu.  Tetek kena dekat blakang Ayah’. Saiko kan? Terus I sandal dengan dua tangan. Biasa pelok leher Ayah. Haha.

12. I garang. Tak caya tanya Intan. Dia biasa kena marah. I pantang kalau orang potong queue. Dulu masa confidence level still low, kalau ada orang potong queue I diam je. Nanges dalam hati and menyentan-nyentan la paling kuat but now, I sound je. ‘Boleh queue tak? Orang lain pon beratur jugak’. Tapi dalam pada konon hebat sangat tu, tewas jugak dalam kes apam balik. Baca dekat sini. Haha

13. Punctual. Paling pantanggggggggggggggggggg kalau orang lambat. I dapat ni dari Sazli. So baru je la pon yang punctual. Kah kah kah. Macam kat office ni, siapa yang lambat turun time lunch dekat kereta, good bye. I memang tak tunggu. Tanya Sarah berapa kali dia kena tinggal. Lepas tu memang pedih la telinga dengar I bebel sebab lambat. Dah bebel bebel bebel I diam. Rasa macam kejam sangat pulak. Nak nak pulak bila yang kena bebel tak menjawab.

14. I pernah kena kejar babi masa nak pergi sekolah tambahan time sekolah menengah dulu. Kena kejar dengan babi hutan ok? Lari sungguh-sungguh sebab babi pon lari boleh tahan laju. Tapi masa lari tu teringat Mak penah pesan. Nanti bebila ko kena kejar babi, jangan lari terus, ko kona. Sebab babi dia tak boleh pusing terus, dia tadek leher. Dia kena u-turn. So well, bila kona je, babi lari terus. Hahahaha. Bodoh. Padan muka tak dapat kejar. Nenenene

15. I suka sukan. I play Netball, Volleyball, Futsal. I suka acara balapan. I suka outdoor activities. I suka to get wet. I suka try mainan yang tercabut jantung macam roller coaster, Solero yang dekat Genting tu and kalau ada chance, I nak try bungee jumping. Dulu kiter ada buat family badminton day. Main among family je. Biasa kena pakai pad siap-siap sebab kompem mesti terkencing dalam seluar sebab banyak badut dalam family. Main badminton gaya taknak kalah. Tapi bila dapat bola, jatuh atas kepala. Atas dahi. Pastu bila ambik bola sampai terbaring-baring and kalau dapat point siap hi-5 kuat-kuat. Pastu bisik-bisik konon susun strategi. Bangang giler. Kaklongggg jom la repeat! Dah lama tak main badminton sama-sama.

16. I start pandai kemas rumah alone when I was form 2. Kemas rumah tu ialah sapu habuk dalam rumah, sapu sampah bawah rumah, masak siap and basuh/sidai kain semua setel. Mak masa tu kerja Kilang Air dekat Tongkiat. Arwah Ayah kerja KL. De duduk hostel. So I setel semua alone. Dari darjah 1 Mak bagi tugas sapu sampah dekat bawah rumah. Dah la pokok kuini, rambutan keliling rumah. Time kemarau daun banyak gugur. Bila dah siap kutip sampah, angin bertiup lepas tu daun gugur balik. Nak nanges rasa. Mak pulak pesan, selagi tak siap sapu, jangan naik rumah. Kejam. Haha

17. I lahirkan Shein lahir 12/12/12. And Arwah Ayah meninggal 12/12/2007. So tarikh 12/12 ni I akan ingat sampai bila-bila. Al-fatihah untuk Arwah Ayah.

18. I suka makan pedas. Ni semua orang tau kot? Biasa kalau suruh Kaklong masak apapa, pesan kat dia. Kak, pedas tahap mencret. So kalau dapat buasir bunga jangan banyak komplen. But tu dulu la. Semenjak dah tuwe-tuwe ni, kurang dah makan pedas menggiler. Sebab takot badan tak tahan.

19. I pernah kaler rambut dulu. Kaler sendiri dekat rumah. Pastu tertido and esok paginya baru cuci. Lepas 2 bulan, rambut putus-putus and nampak la tercacak-cacak. Horror giler. Paling best sebab ada orang komen dekat Myspace, ‘Tak pakai conditioner ker?’ Kwahaja. Hahaha. Klik sini. I ada cerita pasal tu.

20. Yayyyyyyyyyyyyyyyyyyy dah number 20! Apa eh lagi nak share? Ooooo dulu masa sekolah I suka la naik pentas. Masuk pertandingan bercerita la. Sampai wakil Pahang ke peringkat Kebangsaan. Langsung tadek ketar ke apa. Tu sebab cita-cita nak jadik Pembaca Berita. Tapi sekarang jangan kata naik pentas, karaoke ramai-ramai pon suara I boleh ketar kekadang. Bodoh giler. Macam mana nak jadik Pembaca Berita macam ni? Cis!

So, I hope korang enjoy baca blog Chooyaya Secret Garden ni. InsyaAllah kalau ada permintaan I akan terus menulis. Sampai bila? Sampai Abang Jamil Mampos! Hhahahahaha. Happy reading!



-eNd-

15 comments:

Syuhaida I said...

hai hai..saya masa kecik dulu duduk jengka 8,ayah keje under kementerian kesihatan.awk org jengka rupanya.

Chooyaya! said...

syuhaida : ha a. membesar dekat jengka lepas tu kerja kl :)

tholibul-ilm said...

SeLaMat HaRi LaHiR!!!
Haha! Kebetulan saja..tgh search gambar katil nak beli, terkeluaq gambar katil yang kat dalam blog ni. Belek punya belek, rupa-rupanya hari ni b'day blogger ni. Apa-apa pun, saya doakan semoga segala impian dan cita-cita Sis bertukar menjadi kenyataan. Semoga Sis n Family sihat selalu hendaknye... Chiaw~

nurshein azhar said...

Hye kak! Sye jmpe blog akk kt fb.. mmber share blog akk psal tour guide tu.. Terkejut baca ble ade nme shein.. sbb ssah nk jmpe nme tu rupenye nme ank akk.. seronok dpt tau ade jgk nme sme ngn sye^^

Chooyaya! said...

tholibul-ilm : setakat ni impian kaksu nak jadi pembaca berita je. so kena la doakan eh? hahahahaha. tq sebab wish birthday (^_^)

Chooyaya! said...

nurshein azhar : djt wan munirah eh? hehe. haaaa akak ingatkan shein sorang je nama shein dalam dunia. rupanya ada orang lain. hi-5!

Pak Long said...

Saya dulu pun kerja di Jengka 2. Masa tu tahun 6 puluhan.Mungkin pada masa tu Suraya masih lagi sedang tidor dalam kandongan ibukan..kan.masa itu yang ada peneroka, Jengka 1,2,3 dan Ulu Jempul.Saya kerja dengan JKR Unit LKTP.Jalan nya Memang Kurang Rata.(i.e: JKR=jalan Kurang Rata)Kha..kha..kha.Tapi sekarang dah jadi Jasa Kepada Rakyat.

fiqh buhi said...

Assalamualaikum Sis Choyaya...ermm what a coinsident...akk cari2 resepi trbuka blog sis ni...bila baca rasa cam sonok ngat sb kita bday sama thn laen2. akk 1972 (da senior). tp perangai/charactor byak sama. akk pong ank bongsu dr 5 beradik. ok next time chat lagi. chowww.

Chooyaya! said...

Pak Long : Kalau 60'an, saya masih di alam barzakh. haha. saya lahir tahun 1981. Mak ayah saya peneroka jengka 1. semoga paklong sihat tubuh badan dan kalau ada masa, dtg la jengka. now jengka dah ada stadium bola and KFC. dah maju membangun

Chooyaya! said...

Fiqh Buhi : Tq kak sebab sudi singgah blog ni. Orang kata, Libra ni ceria. so akak pon mesti ceria orangnya. jangan lupa singgah sini selalu (^_^)

hyde dea said...

argh..1st time baca blog ni..
best gile le plak,ayat selambe..kelakau jugak..hahaha
ok. dah follow,buat entry best2 ye.
i dtg lagik nanti nak baca sambil gelak guling2

Siti said...

Hai...

Ni first time saya masuk and baca blog ni..menarik, kelakar dan menghiburkan. InshaALLAH, saya akan bookmark blog ni utk dibaca tiap2 pagi sebelum start keje or masa2 free.....

hmmm...kena start baca dari awal nih.

shazaly zainal said...

pandai menulis akak ni... seronok baca

shazaly zainal said...

akak kenapa xbuat novel?

..in the swim.. said...

Makcik stumble kat blog ini. Bila baca seronok pula. Suka tengok Chooyaya yang ceria.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...