Friday, April 12, 2019

Resepi Sup Ikan Merah Simple Lagi Sedap

Publish : 24/5/2018
Re-Publish : 12/4/2019

Asalamualaikum..

Bulan puasa ni susah untuk I nak dapat apa yang I craving nak makan. I punya konsep, makan apa je yang ada janji pedas, dah bukak selera dah. Tak sangka I tetiba low maintenance kah kah kah. Mana semua Pizza BLVD dengan Foie Grass and ko punya Truffle Fries tu hah Siti Nohaliza? GONE. Hahahaha. Hari-hari makan Cucur Sayur pon OK. Air pulak minum air cincau Bazaar Ramadhan Ampang Jaya yang harga RM3.00 sebungkus. Mak Azizah everyday buat Cucur Sayur sebab Sazli suka. Dalam dia ada taugeh, kobes, carrot, daun kucai and bawang. Depa cicah dengan Kuah Gulai Daging Kawah yang Bapak beli EVERYDAY dekat Bazaar Ramadhan Bukit Indah (kot). I improvise sikit makan dengan Kicap Pedas Mok Cun. Selera je. Kekadang makan tu je and sahur Nasi Goreng. OMG kalau setahun macam ni, tak lama lagi pakai la Hermis Birkin macam Kak Mah (Amboi) sebab I kalau bulan tak puasa spend banyak untuk makan. Yang makan lain, yang ngunyah lain, yang beli padahal tak makan sebab terasa kena beli sebab ada Promo lepas tu Intan yang habeskan lain. Hahahahaha. Macam dekat office kitorang ni ada group lauk pauk tau? Dah 3 tahun wujud. So nanti sesapa ada lauk nak beli, boleh share dalam tu. Si Intan pulak dah 3-4 hari cakap tingin nak makan Sup Ikan Merah. Sudahnya dengan I sekali terliur. Teringat Mak I punya Sup Ikan Merah, memang terbaik dalam dunia. Taktau macam mana dia masak sedap, I punya macam tak berapa sedap but now I dah tau dah. Nanti I share dalam resepi OK?


If sup ikan merah, I suka makan macam ni. Nasi letak dalam mangkok, sup banjir. Sambal kicap, daun sup and bawang goreng letak lepas tu. Jangan lupa perah limau. Perrrrrghhhh



Sup Ikan Merah

Bahan-bahan

Ikan Merah (Untuk sup avoid guna ekor sebab ekor keras)
Bawang merah, halia, bawang putih - dhiriris nipis
Bawang merah, bawang putih, halia - tumbuk
Sup Bunjut Ikan Adabi (Biru)
Kentang/Tomato/Carrot
Serai diketuk
Asam keping kecik - sekeping
Daun sup and bawang goreng
Minyak untuk menumis dan air untuk kuah sup
Garam, serbuk perasa (optional)

Cara Membuatnya

Memula panaskan minyak, tumis semua bahan yang dihiris nipis sampai garing beserta dengan rempah dalam sup bunjut 
Bila dah garing, baru masukkan bahan yang ditumbuk. Tumis sampai la naik bau
Then masukkan serai and air serta sayur yang keras macam kentang and carrot
Masukkan sup bunjut and asam keping. Tunggu sampai sayur empuk.
Masukkan Ikan and tomato. Ikan ni masak sekejap je. Jangan beria kacau nanti hancur.
Lepas tu masukkan garam and serbuk perasa (optional)
Tutupkan api, taburkan daun sup dan jugak bawang goreng. Siap!

Makan dengan sambal kicap. Sambal kicap tu nak sedap, lada kecik tu goreng dulu. Tumbuk dengan bawang putih goreng dan gula. Kalau guna yang goreng nanti dia ada rasa smokey, sedap! Masukkan kicap manis and perahkan air limau nipis. Sedap! I dah tau dah kenapa Sup Ikan Merah Mak I buat sedap 0.01 point dari I (taknak kalah). Seeeeebab dia letak asam keping la wei. Nanti takde dia rasa hanyir. Ikan ni kekadang fresh macam mana pon, sure ada bau-bau sikit. So jangan lupa letak asam keping Ok? Okbye.

SELAMAT MENCUBA!

-eNd-