Friday, March 30, 2018

Pasal S H E I N

Assalamualaikum..

Nak citer sikit pasal Shein. Dah lama tak cerita pasal dia punya progress kan? Asyik citer pasal makan and pasal gemok je. Hahahaha. Ikut tahun, this year Shein dah 6 years old and tahun depan dah darjah 1. Ya Allah, besar sangat dah Shein ni, rasa macam baru je bersalinkan Shein tetiba dah nak masuk darjah 1 tahun depan rupanya. Untuk baby yang born tahun 2012 dah kena register untuk Sekolah Kebangsaan kan? Lepas tu kena ada test ke apa entah, I pon tak sure. Dengar cerita macam tu la. Sebab dorang nak asingkan kelas etc. Last time I ada comment pasal asing-asing kelas and I rasa macam ada unsur discriminate seawal kids usia 7 tahun tapi ada banyak pro and contra dalam hal ni. Ada yang setuju and ada yang tak setuju.  Ada yang cakap elok la asing-asingkan pandai dengan pandai je so that nanti tak menganggu bebudak yang pandai yang cepat belajar sebab nak tunggu yang a bit slow to catch up with them. Nak guna perkataan ‘slow’ pon I tak sampai hati, macam mana la umur 7 tahun pon dah ada grade kan this kids pandai and slow. Taktau nak cakap la. Macam sound so stressed for the kids nowadays. Semua bebudak pon dah pandai-pandai and ramai la parents yang dah gelabah tetek takot anak mereka kurang pandai dari yang lain and sudahnya anak-anak darjah 1 dah stressed nak belajar siap dah ada tuition class OMG. Susah, kan? So for Shein dia akan continue dekat Building Blocks International for next year. Sampai bila, tengok dia punya progress macam mana. Dekat BBI guna IGCSE module. Apa itu IGSCE? IGCSE is the abbreviation of International General Certificate of Secondary Education. It is world most popular international certification for end of secondary school (equivalent to O-Level, UK GCSE, fifth form or year 11 in respective countries and schools), before one proceeds to Advanced Level (A-Level). Senang aku copy paste je kalau ada sapa tanya apa IGSCE tu. Hahaha.



Kita bagi la gambar Shein sebagai selingan. Ni gambar last week dekat Eco Ardence Setia Alam punya football field. Ikut Abah dia. Sini best, boleh Shein kick the ball and exercise. Mama beliau pakai wrong outfit so duduk memerati je la tepi padang. Dia kan Princess?


Ok back pasal Shein. Now, banyak dah Shein boleh cakap. Takat nak ajak gaduh tu memang boleh sangat dah. Hahahahaha. Perkataan Bahasa pon I dengar banyak dia cakap macam ‘Cantiknyaaa…. Lapar… Apa tu?’ Count pon Satu – Sepuluh walaupon pronunciation macam Mat Saleh celup tapi takpe, boleh cuba lagi tu Shein. I suka dengar Shein cakap Melayu sound so cute. Haritu dia nyanyi Ting ting tang ting lagu Comel Pipi Merah so cute but tak sempat rakam. Siap can malican mana anak kambeng semua. Hahahahaha. I remember Mr David cakap, nanti Shein akan catch up bercakap sama macam peer dia yang lain and I still tunggu the moment to come but as for now untuk Shein, I bersyukur. Bahagian masing-masing and rezeki masing-masing. Ni yang Allah dah tetapkan untuk Shein so I terima. Takpelah lambat cakap dari dia ada penyakit kronik ke, lagi kesian untuk Shein. This is one of the reason why I tak sampai hati nak masukkan Shein Sekolah Kebangsaan yang guna 100% Bahasa Melayu. Imagine dia cakap pon tak berapa pandai lepas tu kena asing masuk Kelas Pemulihan, Ya Allah kesiannya. So, as for now kitorang happy to keep Shein continue dekat BBI.


Berat 26kg now. So imagine kalau dia tido dalam kereta, nak kena angkat dia dari car-park sampai rumah perrrrrghhhh. Memang sakit muscle tangan.


Huish, ni sepak bola ke apeni Shein?



Abah sesambil melayan Shein sepak bola, sesambil tengok bola. Hahaha. Shein ni I tengok dia lagi suka ‘main-main’ dengan Abah dia banding I. Bola ke, swimming ke, dia lagi suka Abah dia. Sebab yer la boys. Macam swimming banyak main monster-ultraman memang tak kena la dengan jiwa Mama.


Masa dekat sana ada anak-anak Fad. So Shein main la sama. Yang ni Heidi, sebaya Si Shein.


Shein dia takde masalah nak berkawan. Lelaki, perempuan dia ok je kawan.


Besar kepala kau Shein. Rambut kembang macam Rosmah Mansur. Choi!


Tak lama lepas tu Si Altaav pon sampai. So main la berempat.


Shein, Heidi, Altaav and Nidra


Yang debab mestilah paling last panjat sebab pungkok berat. Hahahaha.

I perati je Shein lumba lari dengan Nidra and Heidi, dia dapat number last manjang. Kedek-kedek je kejar gadis-gadis didepan. Apeni Shein? Hahahahahahaha. Tu la debab sangat, dah lari pon kalah. Acane? Tapi takpe, Shein tak masuk katagori obese lagi, dia punya BMI still Ok. Biarlah Shein selera makan macam sekarang dari semua pon taknak makan, badan keding je lagi lah Mama risau cuma bab nak mengangkat time dia tido tu je yang tak larat. Macam sekarang lagilah jauh dari carpark – lift – rumah. Seksa. InsyaAllah soon rumah siap, takde lah seksa sangat. Shein sekarang suka jugak buat bebal kekadang. Ajak mandi taknak. Bila cakap ‘Ok, No Shower’ dah nak pulak. Ok lah nak mandi, bukak baju semua lepas tu masuk bilik air cakap No Shower pulak. Adoi Shein. Ni la buat Abah dapat darah tinggi. Dia saje je ni nak test Mama/Abah dia. Memang hidup dengan Shein agak dramatic la but takpe, kita terima semua ujian dari Allah. Cuma kena doa lebih la supaya Mama Abah tak kena heart attack kalau tak anak yatim la ko Shein. Abah la especially sebab Abah lagi banyak handle Shein dari Mama. Hahahaha.

-eNd-

No comments: