Friday, December 29, 2017

Live from Teloi Timur

Assalamualaikum..

Hi semua, rindu I tak? Sorry lama away and tak cukup masa nak update blog. I dekat Kedah since Selasa sebab Arwah Tok Chak meninggal. Alhamdulillah urusan pengkebumian smooth and Tok Chak dah selamat di kebumikan pada Hari Rabu before Zohor. TQ pada semua yang ucap takziah over whatsApp, email etc. Sazli pon cakap terima kasih jugak. I will be in Kedah sampai esok sebab now I continue buat stock take pulak dekat Kilang Getah Teloi Timur for my office. New experience untuk I. Best jugak sebab this time memang I take part, naik forklift nak check stock getah SMR dalam peti and panjat bin. Korang tak paham kan? Takpe nanti tengok gambar maybe boleh paham sikit-sikit. Sampai ke kilang getah ni I ada mixed feeling. Sedih, insaf semua ada. Kena selalu bersyukur kerja dalam office yang ada aircond, everyday makan sedap and pakai cantik-cantik. Pekerja dekat sini everyday bergelumang dengan getah yang bau tak berapa wangi and pekerja bergaji hari yang bahagian process tu, nak dapatkan handbag LV, Prada semua maybe kena guna 5 months gaji baru dapat. I menung je masa makan dekat kantin kilang ni and rasa bersyukur banyak sangat. Patut datang sini bawak Shein. Biar dia tau susahnya orang lain bekerja untuk sesuap nasi. Dia jenis suka menjahanam harta benda, tak suka campak buang. Perangai sangat. E! Tapi kata Intan kalau bawak Shein sekarang datang sini maybe dia tak insaf. Mungkin lagi happy ada. Entah hilang kemana-mana entah. Sini dengan lori besar-besar dengan segala forklift, backhoe ada memang samadengan dia suka la. Takde der dia nak insaf. Haha.


Yang I berdiri atas ni is getah sekerap. Banyak kan? Kata Intan kalau bau busuk macam mana pon Kaksu jangan tutup hidung nanti orang kilang terasa hati. Memula je I tak tahan tapi lepas tu dah ok dah. 




Intan banyak buli I dekat sini, mementang dah ada experience buat stock take. Dia suruh I kira, suruh catit lepas tu siap tanya 'Mana Kaksu tau dalam kotak tu ada 5, kot kosong ke? Pergi bukak'. Amboi. Time ni kira stock dekat stor barang. Pantang ada menda dia pandai sikit dari kita mulalah poyo. E!



Intan cakap nak datang kilang tak boleh pakai Adidas EQT or NMD sebab nanti melekat bau sampai bila-bila (exxagerate giler) so gigih la semalam beli kasut Power dekat Bata RM69.90. Baju pon beli jugak sebab kata Intan baju I cantik sangat so beli dekat Parkson harga RM39.90 sehelai, cukai sehelai pada Intan. So dia pon dapat lah.



Yang ni Manager Kilang ambikkan gambar I. Berkerumun ambik gambar Siti Nohaliza. Kah kah kah. Nampak sangat beria ambik gambar dengan getah sekerap.



Time ni naik forklift sebab nak check stock SMR10 betul ke semua kiraan dia. Mana tau dekat tengah-tengah ada kosong ke? Naik la kitorang bertiga sekali dengan Alvin from PwC. Umur baru 21 tapi dah ada ACCA. Pandai giler.



Ni team I dari HQ. Aizat, Nape, Intan and I. Intan takde dalam gambar sebab dia yang tukang ambik gambar ni.



Tengok kakak ni kerja dekat bin cuplumps. I kagum orang yang boleh kerja macam ni.

Lepas dah siap buat stock take kena compare pulak dengan manual and system pulak. Bila semua tally baru boleh close report and balik. So sementara tunggu bebudak lelaki balik dari Solat Jumaat I share la entry ni. Sweet kan I? Intan tengah membuta. Pantang ada chance kerjanya tido je. Hahaha. Overall I enjoy my experience here and seronok dapat learn new thing + bagus untuk muhasabah diri sikit supaya lebih bersyukur dengan apa yang ada. I ni memang mudah tersentuh hati. Nampak cleaner muka baik pon I sebak lepas tu sambil lalu kasik RM5.00 hahaha. Intan kurang berkenan dengan perangai I yang tu. Kata dia, dah kerja dia buat apa nak kesian T____T hahaha. Macam dekat sini I learn bersyukur. Serious. Mewah sangat makan and hidup/kerja selesa sangat dekat KL. Macam dekat sini makan 7 orang lauk kemain sedap tak sampai RM60.00, sekali air tau? Murahnyaaaaa. Dekat Dotty RM60.00 dapat apa je. Sini 7 orang kenyang makan.


Sedapnyaaaa

-eNd-

No comments: