Wednesday, November 1, 2017

Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Fouziah Gous

Assalamualaikum..

Masa 18 Oktober lepas I pergi Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Fouziah Gous (Poja) sempena bakal menimang cahayamata number dua dia yang due anything soon ni. Bagus Poja, while artis-artis lain seakan trend buat Baby Shower, dia buat doa selamat. Rare ni kalau untuk artis-artis. Tapi sapa yang nak buat Baby Shower pon ok je sebenarnya, yang penting niat dekat hati macam mana. Takot I nak komen, kang kena kecam. Hahaha. Poja jemput bebudak Tahfiz and Ustaz Fauzi. I tanya dia, siapa Ustaz Fauzi ni. Kata Poja Ustaz Fauzi ni paling dekat dengan Arwah Dato’ Harun Din. Masa Zeeshan dulu Poja jemput Ustaz Harun Din. I cakap pada Poja ‘Sekejap aku Google. Kalau hensem aku datang’. Lepas I Google, I tengok muka Ustaz Harun ni hensem ala-ala Chinese look lepas tu I reply ‘Poja, aku dah Google. Hensem Ustaz ni, Ok confirm aku datang’. Lepas tu macam biasa la, dapat B O N G O K. HAHAHAHA. Tapi I ok je, sebab dah biasa dapat. Kah kah kah. I cakap pada Poja ‘Kali ni letak gambar aku dalam IG nko. Paham? Aku nak gambar besar’. Kata Poja, Ok. Tapi kali ni kalau I tak datang, dia taknak fren dah. Yerlaaaaaaaaaaaa aku datang. Ugut je kerja. Tapi I sayang Ok Poja walaupon jarang jumpa. Dia kalau I ajak jumpa, mesti Ok. Tak pernah tak Ok. Usaha dia walaupon bizi. Dulu zaman anak dara, dari Puchong pon dia datang fetch I dekat Wangsa Maju sebab nak pergi Pavilion. Ambik, hantar dah macam driver aku. Bagus. Hahaha. Poja selalu cari I, ingat I untuk apapa occasion. I je la kekadang bizi mengalahkan dia yang artis. Tapi dia never vanish. Appreciate friendship I dengan dia lepas tu poyo asal jumpa semua orang nanti dia cakap, ‘Ni la Syaz (Saz) suami Sue. Dulu kalau tak sebab Poja, dorang tak kawen. Poja dah tau dah nampak je Saz Poja terus cakap – Su, this guy akan jadik suami kau’. Itu yang dia bangga sampai sekarang. 



Poja send gambar ni dekat I. I cakap bagus. Jangan kata IG, suratkabar pon masuk. Kah kah kah. Yang tudung merah tu partner Poja untuk studio Muay Thai dia. Paksa I datang. Kalau Ampang gigih jugak, ni Setia Alam sana. I cakap dekat Poja ‘Area aku, Ampang je Poja’. Lepas tu draw bulatan depan dia. Bengang je member. Credit Photo @muhammadzameer



Dalam group sekolah, ada kawan send gambar ni. Eh, TV pon masuk ke? Hahahahaha. I masukkan dalam FB tanya sesapa kenal ke yang tudung biru tengah tu. Artis baru ke? Ada komen cakap Pembaca Berita la, artis la. Ada jugak yang kwahaja cakap artis yang bahagian lalu-lalu depan TV je. Prop. HAHAHAHAHA.



Tudung macam biasalah from @be_anggun. I tengah kemaruk Dull Satin bawal plain now. RM25.00 je. Good bye la dUck, Arzu semua. Tak sesuai dengan jiwa. Cecece.


Ok. Dah sampai rumah Poja.

Kata Poja, Majlis start at 11.00am sebab ada Doa Selamat. Ikut suka la I nak datang pukul berapa. So I cakap pada Sazli, nak datang lepas Zohor pon ok sebab makan-makan sampai petang. Kata Sazli ‘Mama, jemputan Doa Selamat kena la kita datang dan doakan untuk yang diraikan bukan setakat nak makan je. Ok? Majlis Ilmu macam ni kena ambik peluang, jangan datang sebab nak makan je’. Peeerrrrrghhhhh menikam kalbu Sazli cakap. Tapi betul la kan? Sesetengah orang suka datang time makan je. So dalam 11.00am kitorang dah sampai rumah Poja. Doa selamat start dalam 11.45am macam tu. Sejuk hati tengok bebudak Tahfiz datang suci dan bersih pakai baju putih lepas tu Ustaz Fauzi bagi tazkirah pasal fadhilat membaca Quran. Kata dia, dengan membaca Quran lah nanti kubur kita akan terang dan akan bantu kita nanti. Kata dia, baca la satu muka setiap lepas solat pon Ok. Ada lagi dia cerita pasal pengalaman dia sendiri dalam kapal. Korang boleh Youtube Ustaz Fauzi ni. I suka dengar tazkirah dia. Dah la hensem. Kbye.


Ni la Ustaz Fauzi. Handsome dia ni.


Amboi, lipstick kemain merah. Poja cakap dia macam bloated and rasa restless sebab makan pulut malam tadi. 2 kali salin baju sebab muntah sebaldi dekat tangga. Iyan iyer.


Shein pandai je jaga diri. Berkawan sekejap, baring sekejap, susu sekejap, main iPad sekejap. Dari 11.00am kitorang dekat sana sampai dekat pukul 4.00pm tu pon setiap kali lalu Poja pesan ‘Kau jangan balik lagi. Tunggu’. Dah pukul 4.00 pon tak bagi balik, baik aku tido sini je.


Ni Adik Wani. Adik angkat I. Punya manja. Now dah 29 years old. Tapi I selalu rasa dia kecik je. Still baby and manja sama macam dulu lah. Ni adik ipar Abang Poja.


Ada Nasik Ganja dengan Nasi Kerabu. Hoi! Bapak la sedap nak mampos! 


Tu Zeeshan. Anak Poja. Tak 2 tahun lagi dah dapat adik. Kata Poja, I dulu kawen anak dia dulu dua. I cakap ‘Yerla sebab ko kuat main’. HAHAHAHA.


Sazli ni takde masalah. Campak la mana, pandai dia bawak diri. Kebetulan dekat sana jumpa dengan Abang kawan dia masa study dekat Perth dulu. Kawen dengan kakak Zhaf husband Poja. Small world. So, dia ada geng. Jumpa dengan I dekat sana ‘Hi hi and bye bye’ aje and take turn handle Shein time nak makan.


Bersama dengan family Poja. Poja ni mengandung pon kurus je. Makan hati I tengok. Makan kussss semangat. Kata dia, hari-hari nak makan nasik. Tapi gitu jugak pon badan.


Poja due anytime soon. Kata dia, dia akan reveal gender bila dah bersalin. Tapi I tau la apa gender anak dia (Poyo je I). Masa dekat sana, Poja kasik try Sarang Burung Walet – FG Walet tu. Punya sedap! Kata Poja, itulah yang dia amalkan hari-hari. Nanti untuk second pregnancy I nak try minum and amalkan everyday kot tak mabok ke. Bebudak kecik pon boleh minum. Actually sarang burung wallet ni memang bagus and Orang Cina memang minum untuk kesihatan. Poja buat lama dah FG Walet ni. Dekat 8 tahun ada. Consistent dia buat. Now dah ada 2 product kot Under FG Walet and makin berkembang. Tahniah Poja! Korang kalau nak cuba boleh check out dekat IG @fgwalet ni. Sana ada jual. Nanti one day I buat review tapi I memang suka sebab sedap and bila Google banyak kebaikan, why not kan? Poja pon I tau dia punya period cycle tak Ok langsung tapi Alhamdulillah anak masuk dua dah. Try la amalkan minum FG Walet untuk yang nak try to conceive. Cuba la… Tak harm pon. Dah la sedap.


Poja and her FG Walet.


Ni Bird's Nest Drink. Pon sedap! I minum 3 botol kot? Kata Poja 'Mementang Free, kau minum sampai 3 eh?' Hahahaha. Bongok.

Anyway, semoga Poja selamat melahirkan baby kedua dia. Korang pon doakan Poja ok? Lobiu Poja! Thank you sebab tak lupa aku walaupon kekadang kalau dia call ayat boleh tahan 'Eh, kau ingat kau artis ke yang asyik aku kena call. Kau ke aku yang artis?' T_____T Now I jawab belagak je 'Eh please eh, dimata peminat aku - aku la artis paling top. Ko pon kalah'. Lepas tu kata Poja 'Ko ada peminat ke?' Kwahaja. HAHAHAHA.


-eNd-

6 comments:

aziekz said...

Wow hebatnya bff artis.
Sama bljr dgn dia ke dulu?

Maie said...

Kak sue! Such a sweet relationship between u n kakpoja... suke tgk semua down to earth n friendly sgt.. i wish boleh brtentang mata ngn kaksu.. xdpt ckp pn xpe jnji brtentang mata .. sbb i peminat u
K bye! Hehehe

olahbersama.blogspot.com said...

Betul²... mmg ko artis lebih sket sbb sambut bessday 5 hari 5 malam. Hebat...

Belanje boleh?

Chooyaya! said...

aziekz : tak la. kenal tahun 2008 masa photoshot Intrend

maie maizah : awwwwww sweet sangat ni komen.

Hada said...

kak sue kenal poja masa masuk yg harian metro punye apa tu dlu ek

Chooyaya! said...

piokhsb : masa photoshoot dengan intrend