Friday, October 13, 2017

Tema Kenduri

Assalamualaikum..

In conjunction of ‘7 Days Princess’ sempena dengan Birthday Week I (matilah bila nak abes cerita birthday engkau ni Suraya) so I on Wednesday tu I mintak semua pakai baju tema kenduri. Dah citer dah dalam previous entry. Kitorang tengahari tu tapau some salad mahal dari Isetan lepas tu makan dekat KLCC Food Court sebab nak makan Waffle sedap dekat Milano Café. Intan and Kaklong la yang nak makan Brussel Sprout tu. Haritu macam mana entah 2 orang tu terlepas pergi Isetan and makan salad lepas tu cakap sedap. Bila tanya mana, kasik bau sendawa je. Bongok hahahaha. Memula Intan dengan Kaklong je nak salad but end up semua terpengaruh. Yang paling mahal Kaklong punya la. Dia tu dah beli salad, beli lagi Hor Fun Chicken lepas tu Waffle kitorang semua share dua orang, dia je makan sorang. Kata dia, semenjak dia sihat sikit rasa badan ni, nafsu makan dia naik. Eeee seram. Nanti gemok Kau tau lah. Masa hari Rabu tu, Izzy kata nak ambik souvenir company punya buyer and Intan teman. Sebenarnya dua orang tu beli hadiah I dekat Arzu and Lovisa rupanya. Awwwwwww sweet! Kaklong and Dyba pergi tengok baju dekat Uniglo and I beli some breakfast bar dekat Cold Storage. Now untuk breakfast, I try ambik at least 1 cup of Hot Choc. Kena paksa makan walaupon I bukan breakfast person. Tak makan sampai lunch pon takpe. Tapi dah tetuwe ni tak boleh macam tu. Kena isi perut tak kisah la tak lalu kea pa tapi WAJIB ambik. Ok? I bercita-cita nak minum fruit juice pagi guna blender yang terus boleh minum tu tapi rajin pulak I nak kupas buah. Paling tak suka kot? Dari kupas buah I rela lapar tak makan. Hahahahaha.


I rasa KLCC kena panggil kitorang jadik Duta la. Hari-hari I spend more than RM15.00 for parking. Pergi kerja lalu, balik lalu. RM10.00 dah. Lunch nasib la tong-tong bayar parking. Lulz. Kemain memasing macam nak pergi kenduri.

 

Keluar suara jantan Intan masa Dyba bangun and berdiri atas kerusi sebab nak ambik gambar. Hahahaha. Aci boleh je budak kecik ni.


Yang RM12.00 tu Kaklong punya. Eh rindu la salad Isetan. Sedap! Ada macam-macam jenis. Ada pasta as well.


Waffle Milano Café ni sedap. Waffle dia rangup and not too sweet.


Intan punya ada Broccoli. Kata Intan, dia kena makan broccoli sebab good for brain. Beria explain. ‘Intan kena makan banyak broccoli ni Kaksu sebab Intan ada banyak assignment nak buat’. Hahaha.


Sudahnya Izzy sorang je yang habeskan salad. Yang lain bawak balik lepas tu kasi peti ais makan.


Wuuuuu sedapnya Lasagna. Ni pon Milano Café.


Izzy and Intan.


Dyba, Siti Nohaliza and Kaklong.


Beria ambik gambar berdiri. Ni je hasilnya? Hahahahaha.

Sebenarnya KLCC Food Court ni macam dah taktau nak makan apa. End up akan makan yang sama each time. I ingat nanti nak makan complete keliling la. Start dari Fuel Shack sampai la Wantan yang belah sana tu. So pusing keliling and try SEMUA. So nanti tau la mana yang sedap mana tak. Yang Level 4 tu tempat dia limited. I tak suka tebangang-bangang tunggu kerusi. Kaklong suka makan kt situ sebab ada fav dia Pepper Lunch. If taknak tunggu lama, kena sampai pukul 12.00 la. Lepas tu if kena marah sebab keluar awal padan muka. Kah kah kah.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...