Thursday, October 12, 2017

Assemoga Siti Nohaliza 2017 - Part I

Assalamualaikum..

Hari semalam I cuti, lepas tu pesan pada The Girls suruh email I Birthday Wishes and gambar dengan birthday girl sebab I nak letak dalam blog. Kena buat satu perenggan lepas tu puji-pujian je lah kalau boleh. Sebab I kan Princess? Hahahahahah. Lawak betul la. Dyba tanya ‘Kaksu, pertandingan ke?’ I cakap je ha ah. Dah ni dorang dah bising-bising tanya sapa yang menang. Dyba cakap kalau dia kalah dia taknak kawan I. Intan pulak dah jeling nak terkeluar biji mata. Aduhhhhhh. Menyesal pulak suruh dorang buat assignment macam ni. Ni nak kena kasik hadiah pulak ke apeni? Hahaha. Korang yang biasa follow blog ni sejak 80 tahun dulu sure tau kan birthday week I meriah macam mana. Lots of drama, laugh and tears. Dorang pon kalau birthday I semua excited nak muntah semua. Itu yang buat special. I know dorang pon semua happy ikutkan je apa yang I mintak. I rasa bahagia sangat dikelilingi oleh budak-budak ni. Kawan-kawan I pon SEMUAAAAAAAAAAAA baik-baik. Dari Officemate, kawan-kawan WAGS and kenalan also readers blog. Semua baik and selalu la buat I rasa diri disayangi. Tak kisah la sebab kena paksa ke apa. Hahahaha. Bak kata someone dulu ‘Sayang Suraya dah macam satu kewajipan’. Hehe. Dah jom baca apa dorang wish untuk I.


Ko tengok la Nenek orang tu posing macam mana T___T


Intan

Happy Birthday Kak su aka Siti Norhaliza yang semakin cantik, kaya, intelligence, menawan, gebus gebas putih macam kapas (ikhlas tau bukan nak kipas zap zap zap zap). Sebab kak Su Princess on this week kitaorang ni ikut je la cakap, arahan, kemarahan, kebangangan Kak Su kepada kita orang. Suruh pakai baju kurung la, suruh ikut tema biru gelap la, nak baju putih tudung pink ang ang la. Ni kalau diantara kitaorang yang lagi cantik dari dia, habis la nanti kena kick out from group I will survive #silameninggal

Dari hari Isnin lagi dia dah pesan, jangan ada sesiapa yang merajuk meroyan stress di antara satu sama lain sebab minggu ni dia kan Princess..? Tiap-tiap hari pesan jangan merajuk atau buat hal. Walaupun sebenarnya pesanan itu nampak umum tapi Intan tau pesanan tu KHAS untuk Intan. Intan ni nak bahagia kan kak Su, ikut la cakap dia, suruh tido umah dia la, jadi bibik la, kena pakai baju kurung tema kenduri kawin la, haih…Intan tak kisah Intan penat, intan tak cantik, yang penting Kak Su kena cantik dari kitaorg adalah faktor utama. Hahaha

Intan doakan kak Su semoga dipanjangkan umur, dilemparkan rezeki yang berlipat ganda, kesihatan yang baik supaya dapat menjana ekonomi kak Su dengan adanya Choyaya Secret Garden, menjadi sahabat dan kakak yang baik kepada kami semua, menjadi Ibu yang baik kepada Shein dan adik adiknya Insya-Allah, mejadi isteri yang baik kepada Abang Saz dan menjadi pekerja yang baik kepada syarikat kita.. #welovefgv. Akhir kata bila da jadi CEO nanti jangan la lupa kitaorg kat sini. Love u kak Su Happy Birthday Princess Happy Birthday Siti Norhaliza #assemoga



Izzah

Dear Kaksu, First time aku kena paksa puji orang santek nie.. Hahahaha.. Nasib Kaksu memang santek macam Siti Nohaliza.. 😝😝 Jangan maraahhh haaa..nanty kena jual....

Oke..let's..

Dear Princess suraya aka Kaksu..  Happy Birthday To You..Happy Birthday To You.. Happy Birthday To You Kaksu.. Happy Birthday To You (bayangkan nyanyian yang lunak merdu macam Noorkumalasari taw)....Dari hati yang tulus ikhlas, Izzah doakan di hari ulang tahun kelahiran ini, Kaksu dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki melimpah ruah (Walaupun Kaksu belanja Breakfast hari ni dekat opis sempena birthday Kaksu tapi Izzah tak dapat makan..sobsob) dan semoga Kaksu sentiasa cantik selalu dan happy disamping keluarga dan kawan-kawan yang tersayang.. Happy birthday Kaksu yang cantik, comey like a princess.. Lebiiiiiuuuuu Kaksu



Dyba

Assemoga Kak Su!

Happy Birthday to my beloved and only sister, Kak Su

Dyba doakan Kaksu diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, Eh lagi 1 tertinggal.. yang paling penting Kaksu sentiasa cantik muda remaja jelita menawan dan gojes…..Cantik menarik tertarik kau memang da bomb (nyanyi ni tau).Dikesempatan ini (skema nya ayat), Dyba nak say thank you dekat Kaksu banyak-banyak sebab sudi jadik kakak & kawan Dyba.. Dyba ingat lagi kita start close masa tau kita sama-sama pregnant kan Shein & Sophie. Since situ la Dyba baru tau Kaksu ni baik, lawak, caring. Syukur sangat dapat kawan macam Kaksu. Very supportive & understanding. And Dyba admit la sometimes kite ada terasa hati tapi Dyba positive je. Adat berkawan kan.. Ada pasang ada surut nya.. But still tak dapat lupa ada sekali kite tak close lame giler.. And kaksu tau la kan sebab ape.. Masa tu rasa something missing, empthy.. pergi keje pun  tak semangat.

Okay back to happy punya cerita… Kaksu ni kalau korang nak tau baik sangat wei.. Kalau pergi news.com wajib dia belanja apape.. Selalunya Dyba amik 1 jela.. Air ke yogurt ke. Tak pernah lebih dari 1. Kalau Intan tu dia dah mua mesti nak lebih dari 1.. Takpela Dyba kan baik kata Kaksu…? Haha.lunch pun kadang-kadang kitorang makan free je.. Tak kedekut Kaksu ni. pemurah sangat.. and kalau bab birthday pulak. Mesti kitoanrg akan fikir sampai stress tahap hidung dah nak surprise kan ape la kat Kaksu ni. Ada sekali tahun 2013 kot Kaksu majuk sebab takde seprais.. Sekali kitorang datang rumah dia pukul 10 malam kot seprais kan dia.. Nanges la dia.. Mane la boleh takde seprais untuk Kaksu.. Kaksu kan kakak kawasan.. Wajib ada. jangan risau ok.. Eh dyba rasa dah lebih 150 patah perkataan essay ni.. Ni dah macam blog Dyba pulak.. Hahaha..

Akhir kata..enjoy your birthday Kaksu… Dyba sayaaaaaanggg Kaksu sangat-sangat.. Dyba takleh takde Kaksu tau.. So jangan bercita-cita nak resign ke ape.. Sebab nanti Kaksu takde kat tempat je mesti tanye.. Kaksu kat mane?? Even tak cakap tapi I nampk U depan mata I itu dah buat I happy tau.. Panjangnya ucapan birthday.. Haha.. Okay bye Kaksu. Hadiah next week tau. Fresh from LONDON.  ILOVEYOUTHANKYOU



Sarah

BB... Walaupun kita berjauhan, tapi I selalu keep up dengan you punya activity and well-being. Sometimes, I rasa dah tak jumpa lagi orang macam you kat muka bumi ni. You really are One In A Million. Looking back to your birthday celebration Assemoga, walaupun I tak dapat join, tapi I senang hati tengok you ada kawan2 yang boleh mengisi masa You waktu I tak ada. Means, you have a good company. (*Though a good drama is needed for once in a while.. Haha especially you ngan Intan) Bila fikir balik it was fun kan?

I wish you all the best in your business and life. Jangan lupa Shein is your biggest treasure, so raise him to be the good son. Everyone knows you are pretty, and may that glow keep showing for many many years, as you are beautiful in the inside too. 
Ingat tak masa kita pergi stock take, siap basuh spender kat kolam air panas, seluar koyak masa mandi kolam air panas lah, cari maggi malam-malam buta dekat pekan...Haha. Many crazy act that we have done

I Love You So Much BB XOXO



Kaklong

Assemoga Kochep... Semoga kekal bahagia sejahtera & sentiasa mendapat redha dariNya.. Semoga bertambah gebu kulit nko dan cantik berseri-seri. Dah cantik jangan lupa cantikkan aku jugak. Selamat hari lahir, semoga jadi teman aku di kala sepi dan menhangatkan suasana bagaikan mentari. Hamboiih...Selamat Hari Lahir. Apa sahaja rencana yang akan ko buat semoga semua tercapai. Dah kaya jangan lupa bagi aku duit. Selamat Hari Lahir … Selamat Hari Lahir. Semoga dapat makan dengan Ct Norhaliza ajak aku sekali.




Izzy

Dear Kak Su,

Among us, I am the one who always didn’t turn up. Ezy busy with everything. But anyway, I will try my best to fulfill your wish as ‘7 day’s princess’. Your age is just a wonderful reminder of all the amazing years we spent together. I hope to have many more to come, and may you have all the best moments waiting ahead for you. Stay humble, remain gorgeous, and be good to people even the shitty ones. Let the assholes be assholes. You’ll do better.

Sweet 17th. Happy birthday Kak Su.



 -eNd-

3 comments:

Dyba Dbuh said...

your happiness is our priority..HAPPY BIRTHDAY LOVE YOU

aziekz said...

Slmt hr lahir..hope happy sokmo yea..
Betul la..mula2 follow blog chooyaya ni rase..ish poyo nye dia..ha3..yp ttp bc..hr2 belek vlog ni..dr sein 1thn kot..masa tu ad anounce..spe cg ..sila komen dan emel..dpt hdiah xclusive...dapat pun..buku yaasin..
Sapai arini folloe blog..ha3...mmg poyo keanakan sgt..hi3..semua bff patuh plk tu..tp tu la best...xde stress2..
Ok..hepi befday gurl..😊🌼

Nur Aishah said...

pastu adil ke kitorang yg baca wish kawan2 hang ni cebek2 jebeh2 rasa nak bertereban airmata kan?? sob2..dalam gurau tawa...kasar bahasa, guris sentap..tetap nama dia S A H A B A T kan? mcm cerita air kopi o..penah baca tak?? kopi o asal pahit..tambah gula sikit demi sikit sampai terlebih manis pun tak ok. masa kopi at stage pahit & manis tu yg terbaik! ada combination sweet & bite.. mcm tu lah friendship kan? so? HAPPY BUFDAY MY DEAR FAV EVA BLOGGER SURAYA SULATIN. walau kita jmpe baru sekali, tapi tiapkali ada cerita u yg menarik..otometik tercerita kat suami mcmni ... "kwn i kan, suraya yg dtg masa syg chemo tu..bla2". so suami senang nak notice..and tiba2 mengaku jadi kawan. hehhe. lebiu sue. moga Allah aturkan yg baik2 buat sue and family..tambah iman dan taqwa..sihat tubuh badan. so dh pjg mcmni layak masuk contest mcm intan n dyba tak?ni kategori reader yg cantik. hahaha.. HAPPY CREATION DAY suraya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...