Tuesday, September 5, 2017

Selamat Hari Raya Qurban

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Haji semuaaaaaaaa…!! Lama pulak cuti raya tahun ni. Bahaya cuti lama-lama ni nanti duit abes. Sebab sebok nak meladi je. Mana tahan duduk rumah lama-lama lagipon sian dekat Shein. Nanti dia menonggeng je depan TV and cakap ‘Mama Outside pweaseeeeee’. Hahaha. Shien now memang suka dia berjalan. Kalau dah jalan seharian pon, dia nampak jalan macam nak balik umah nanti dia cakap ‘Abah go go, tunnel……’ Taknak balik rumah ajak masuk tunnel lagi (Tunnel tu Shopping Mall).  Dah la energetic. I wonder kekadang dia ni tak penat ke? Mama memang kalah la. Now keluar dengan Shein, pakai sport shoes je. Senang nak kejar dia. Kalau Abah Shein melayan kitorang dua beranak, balik rumah mengadu tak rasa kaki sebab too tired. Hahaha. Ok, sambung cerita Raya Haji tahun ni. Kitorang balik Jengka Rabu petang tu. Dalam pukul 3.30pm gerak balik ke Jengka. Dah la Final Bola Sukan Sea kalah. Sedih sangat dirihku ini. Dah la dituduh punca kekalahan team Malaysia. Hahah. Pundek la Apai, Galak dengan Wana. I nak buat revenge ni, tapi tunggu dulu lepas musim raya, ko tunggu. Especially Apai tu. Bukan main dia begembira sangat nak mengenakan I. Kitorang balik Jengka on Rabu tu takde jem apa sangat. Ada la jem sikit tapi I tak kisah pon sebab I tido dengan Shein dalam kereta. Yang drive Sazli. Hahaha. Singgah R&R Temerloh layan Ikan Patin Tempoyak peeeeerggggggggggggghhhh! Bapak la sedap. Balik sampai Jengka, tengok lauk Kaklong sedap and ada pulak lagi Ikan Patin Goreng fresh, dah tu takkan nak tengok je? Bersila la makan memasing. Hahaha. Naseb la raya haji ni takde naik badan. TQ House of Corset! (Sesambil promote)



Kata Sazli, kain I pakai macam kain nak pergi pantai. Lepas tu dia cakap I beria nak berbaju raya baru. Eh biarlaaaaaaaaaaa. Hahahaha. Gambar ni kitorang ambik bila dah sampai KL petang Raya Haji Pertama tu. Dah sememeh dah sebenarnya, nasib dalam gambar takde nampak sangat.



Susah sangat nak ambik gambar dengan engkau ni Shein.


Macam biasa konsep I dengan Sazli sekeluarga, Hari Raya memang kita usaha untuk beraya dengan both family KL and Jengka. Tak kisah la memana dulu. Lagipon jarak tak jauh pon KL - Jengka. Macam KL – Melaka je. 2 jam perjalanan lebih kurang kalau takde jem lah. Syukur jugak Mak end up duduk Jengka. Kalau duduk Kelantan/Teregganu mesti penat jugak nak buat macam kitorang buat sekarang ni. Boleh memang boleh, tapi penat la kan? Untuk Raya Haji I akan balik Jengka dulu lah sebab Raya Puasa biasa kita dekat KL dulu. Macam Raya Haji ni, 2 hari before kita dah balik Jengka and nanti tengahari on Raya Haji Pertama kita gerak balik Ampang and Raya dekat rumah Tok pulak lepas tu baru balik umah Mak and Bapak. Jarak rumah kitorang ada la 2-3 minutes away je. Dekat sangat. Tapi tetap consider ‘balik kampung’. Raya ni sebenarnya yang tambah seronok sebab ada Shein. Sungguh tau? Esok ada 3 4 anak (sempat ke?) mesti lagi seronok and lebih dramatic bak kata Yatie. Hahaha. Masa tu memang urus diri sendiri pon confirm dah tak sempat. Nak pulak semua perangai macam Shein yang dramatic 5 bintang, ha matilah ko sakit jantung dekat sini. Nak mandi, nak makan semua nak kena main kejar-kejar dulu. Pengsan!


Semua ada kecuali Kak Sya raya dengan Ayah dia and family Along. Yang depan tu sampai sekarang masih keseorangan. Bila nak berteman? Hihi. Haritu masa Eddy balik rumah Mak dengan Ayang I tanya dia ‘Eddy kenapa ko balik rumah aku? Kenapa sampai tido sini?’ Hahaha. Masih dalam fasa menyesuaikan diri Eddy dah jadik a part of family. Kakyang tengah pregnant tu. Tahniah Eddy and Kakyang. Kitorang saspek anak dia nanti macam muka De. Hahahaha.


Tahun ni Raya Haji Kaklong tak buat rendang. Dia buat Ayam Kampung Masak Kari, Masak Lodeh dengan Ayam Masak Kicap (wajib sebab favorite Siti Nohaliza). Mak order Kuah Kacang dari Idah and kitorang beli lemang and ketupat segera je. Ketupat Daun dah lama tak makan sebab yang tukang anyam dah meninggal 10 tahun lepas. Macam Kari Ayam tu, Kaklong buat pekat-pekat la siap bubuh kerisik sebab nak makan dengan Lemang and Ketupat. Kekadang orang pelik lemang makan dengan Kari. Jangan pelik eh? Kitorang dari kecik, memang makan Kari time raya. Ayam kena guna ayam pencen/ayam kampung sebab kalau guna ayam biasa nanti hancur isi dia. Ayam Masak Kicap pon WAJIB ada. Masaknya tak sama la macam makan seharian tu. Kita letak Suhun so kuah dia jadik kering + letak lada putih. Yang masak Lodeh tu favorite boss so memang kena buat. Tak buat rendang ni, kurang la penat dekat dapur. Sebab nak buat Rendang lama. Kaklong suka guna api slow so memang becinta nak masak. Guna api slow, Rendang lebih sedap and tahan lama.


Rish tanya kenapa siap-siap letak dalam bekas? Nak jual ke? Kalau nak jual dia nak beli. Hahaha. Bukan nak jual la. Memang kitorang macam ni. Siap masak, asingkan terus untuk nak bawak balik sorang sebekas. Senang terus Frozenkan.


Ayam Masak Kicap kita guna semua thigh je sebab kalau guna sekor ayam, bahagian isi mana ada orang nak makan. Sapa ambik awal dapat la peha/kepak.


Kuah Kacang Mak order dari Idah. Dia suka kacang kasar-kasar. I suka kacang halus-halus. Tapi dia Boss, so kita ikut la cakap dia. Sapa penah makan kuah kacang yang ada daging tu? Yang tu lagi sedap!


Masak Lodeh ni jadi sedap sebab sengkuang, kentang dengan carrot I yang potong sama besar. Hahahah. Masak guna santan kotak je. Pon sedap!


I suka makan campur semua macam ni. Sazli dia tak suka campur so kalau ada 4 lauk, 4 kali la dia makan dengan kuah asing-asing.

Alhamdulillah tahun ni dapat kitorang berkumpul lagi. InsyaAllah tahun depan Raya Puasa kalau ada rezeki, Mak tambah sorang cucu (anak De) dengan sorang cicit la (anak Ayang). Whyyyyyy Eddy, Whyyyyy anak engkau tetiba jadik aku punya Cucu? Hahahaha. Untung apa dapat Nenek Vogue? Hahahaha. Bertambah meriah la Raya tahun depan. Bestnyaaaaaaaaaaaa!! Semoga kami sekeluarga dalam lindungan Allah dan semua pon sihat. Mak, Mak Azizah and Bapak sekali, InsyaAllah… Aminnnnnnnnnnnn…. Ni tengok gambar makanan raya dah terliur pulak. Blardihel.

-eNd-

2 comments:

aziekz said...

Bestnye k long..pndai masak..
Sedap npk.kari tu..

Chooyaya! said...

aziekz : memang sedap sangat. kaklong punya air tangan tu memang sedap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...