Friday, September 29, 2017

Sedapnyaaaaaaaaaaaaaa Makan at Suraya Seafood!

Assalamualaikum..

Bengang jer haritu pergi Suraya Seafood Kampung Baru nak makan Pulut Mangga tapi takde pulak. Yang tukang buat tu dia balik kampung (Thailand). I rasa macam nak nanges sebab dari pagi dah meratib nak makan Pulut Mangga Pulut Mangga Pulut Mangga sekali bila sampai takde. Dah la Waze tipu I bawak jalan entah mana-mana. Parking pulak jauh urrrrrghhhhhh geram! Padahal senang je kot kalau nak pergi Suraya Seafood tu. Parking pon sebenarnya ada dekat belakang restaurant tu. RM5.00/entry. Tapi I confuse sebab ada jalan yang I biasa guna tu tutup. Maybe renovation or dah jadi one way I tak sure. But Kg Baru at night agak happening la wei tempat makan dia. I tengok ada Pulut Durian jual jugak. A few kedai jugak la. Lepas tu ada macam satu pasar area, jual sayur-sayur, ulam and  daun pisang. Ke tu sebenarnya Chow Kit eh? Hahahaha. I pon tak sure. Masa tu otak tak boleh nak focus dah. Memang nak makan Pulut Mangga je. Maklumlah yang buat sendiri tak sedap + mangga tak kick walaupon beli dekat Pavilion (sebab beli yang paling murah kah kah kah) so bila ada kawan-kawan tag I cakap Pulut Mangga sedap ada dekat Suraya Seafood ni so I pon happy la and a bit stewpid sebab sanggup tak makan dari pagi and survive with coffee je kengkonon nak enjoy makan Pulut Mangga sekali malam tu berakhir dengan tragedy. Hahaha. Takper, kita layan gambar lauk-lauk yang I order masa malam tu. Masa takde Pulut Mangga kan dah frust kan? Ingatkan taknak makan dah SEKALI tengok menu, nah kau. Makan 2 orang gayanya macam nak makan 8 orang. Hahahaha. Ini semua Nafsuuuuuuuu.


Siakap Goreng Pedas. Si Ellis nak. Dia tak suka stim-stim ni. Dia geli ikan lembik. (Lain macam nau bunyik)


Serious memang sedap la all the foods here. Rasa dia memang Authentic Thailand Cuisine. Serioussssssss sedap! Cuma price wise I tak sure sangat macam mana sebab tengah-tengah makan tetiba perut I memulas giler, nak angkat badan pon tak boleh sebab macam perut kena sedut and krem. Sakit sampai berpeluh-peluh nak pitam semua ada. So I ajak Ellis gerak jam jam tu jugak. Nak tunggu sampai kereta ada la 3 tempat I muntah and lembik badan. I ingat I dah nak mati dah. Apa yang terjadi malam tu biarlah menjadik sejarah. Kang kalau citer, jatuh la reputasi I sebagai athlete. Hahahaha. Memula I ingat makanan dekat sini kotor sebab biasanya kalau I jadik macam ni, premise tu biasanya kotor tapi lepas buat siasatan ternyata I punya perut meragam sebab 1) tak makan proper dari pagi and survive with coffee konon nak enjoy makan pulut mangga 2) perut I terkejut sebab dah la dari pagi tak makan, at 9.00pm tu terus bedal makan nasik mana la dia tak terkejut 3) I makan pulak menda masam-masam tengah perut kosong macam songtam and kerabu mangga 4) I minum 2 full glass of water. Mangga Susu + Coconut Shake. Makanya bloated and upset la perut I. Sumpah tak larat giler wei. I sampai rasa macam bengang sebab usually I kuat tahan sakit. Ni macam tewas pulak tetiba – aperhal????




Songtam. Songtam tau Songtam? Dia macam kerabu jugak tapi guna betik muda + tomato and ada yang letak kacang panjang. Masam + pedas and memang sedap! 


Kerabu Mangga. Ewah dia sampai 2 jenis kan kerabu dia order. Mana la tak sakit perut tu.


Masa  nak order tu I pergi cakap nak ‘Ikan Puyuh’ Hahaha. Ni Puyuh goreng biasa. Sedap! Goreng style Thailand la. Mesti tabur bawang goreng. I miss Phuket!


Sup Ekor, thorbaek! Rasa masam + pedas. Ni la rasa Sup Ekor yang I paling suka sekali.


Mangga Susu perrrrghhhhhhhhhhh!! 4 kali sedut, gone.


Coconut Shake. Pon sedap!


Si Ellis masa I order dia tanya ‘Baby, you lapar ke? Banyak sangat ni Baby’. Lepas tu I cakap ‘I nak sebab I frust takde Pulut Mangga’. Ellis biasa memang tak melawan. Dia ikut je I. Dia cakap dia now nak jadik Warga Emas. Malas nak macam-macam dah. Hahahahha.

Banyak kan I order? To be frank, memang semuaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedap! Yang tak best sebab I makan waktu perut I tak dalam keadaan yang Ok kalau tak mesti enjoy ni. Aduhhhhh rugi pulak rasa. Air dekat sini sedap-sedap la. Dah tu acane? I kena la rasa semua. Foods pon semua sedap. I sangat rekemen korang datang and makan dekat Suraya Seafood ni. Ni ada dah yang tag I dalam FB cakap Pulut Mangga dah ada. I malas nak letak harapan sangat nanti kang kecewa. Kalau kali ni takde lagi Pulut Mangga, memang I terbalikkan meja. Hahahahaha. Ingat nak bawak la GF I makan dekat sini bebila. Dia sure suka ni. Mak I kalau makan, nak yang sedap-sedap je. Dia tu eksyen jugak tu. Hahahaha. Eh, tapi Kampung Baru malam memang happening la. Korang kena datang. Nanti nampak baaaaaaaaaaanyak gerai kecik-kecik jual Cendol Durian. Rasa dia tak tau macam mana. Nanti boleh la try. Ok? Okbye!

-eNd-

3 comments:

Amanda Suria said...

Nangis tepi bucu katil..kat sini la i mintak nak makan ngan tunang i..dia marah sebab takde parking...huwaaaa...sampai la ni i terasa hati...

Chooyaya! said...

amanda Suria : ada la manja, parking bebetul belakang restaurant tu. rm5 je. nanti u kena datang sini. sedap!

Nur Aishah said...

ke kedai sendiri ni??? (refer nama boleh agak dah), tu yg pomot tak agak2?? propah eh?? hahhahahhahahahha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...