Wednesday, September 13, 2017

Miamor and Friendship

Assalamualaikum..

Rindunya dekat Miamor Syira. Dia now asyik bizi je pergi Pejabat Wilayah la, masuk ladang la. Kalah YB. Nak jumpa pon kena buat appointment. Ni yang kitorang jumpa ni pon kena set appointment 2 weeks before lunch tau? Time ni Syira busy dengan training Pingpong untuk SUFMA. Menang pulak tu. Pelik aku. Ke ko pemain simpanan je Syira? Hahaha. Memandai nak tuduh Syira pemain simpanan. Yang selalu jadik pemain simpanan tu I lah sebenarnya waktu main Netball for SUFMA kecuali kalau sukan office, I acah-acah Kapten la. Tapi team mate macam mana pulak main? Tangkap bola macam peluk, dah tu lobos pula di bawah. Si Dyba pulak nak masukkan gol dari luar and marah kenapa dia main WD tak boleh jaringkan gol adoi memasing perangai sis tabah je sampai tak tau nak jawab soalan macam mana. Undang-udang pon taktau acane? Heart attack! Rindu pulak nak bersukan. Now dah aktif sangat macam dulu. Habes pon main futsal or bowling dengan office. Yang lain takde dah. Yerla dulu takde anak, takde commitment. Now lain dah… So ada menda yang kita kena sacrifice here and there. Kan? Bagi I, if kita nak buat apapa semua boleh yang penting bijak manage time. InsyaAllah ok, although tak dapat sama macam yang kita nak, tapi kira ok la. Dari takde langsung. Kan? One more thing, kena ada sokongan dari partner so takde la rasa macam berat hati. Bila partner kita support apa kita suka buat, hati kita akan lebih happy lah. Ye dak? Padahal ni entry nak share rindu dekat Syira sebab lama tak jumpa tapi ko tengok dia punya kona sampai 8 baris cerita pasal lain. Hahaha. I kenal Syira rasanya ada 8 tahun kot? Jumpa jarang, tapi bila jumpa sesekali rasa macam tak cukup masa nak borak sebab semua pon nak cerita. Friends come and go tapi yang ngam, yang kita sayang akan lekat dihati.. InsyaAllah… 


Miamor – Syira. Cantik, bijak, helpful and most important tak busuk hati. Bila nak belanja I makan mahal? Hahahah.



Dengan Syira, we only talk about us. Takde menda lain. Aku, engkau. That’s it. Syira bukan kaki drama, bukan busy body, bukan kaki jeles etc. Dulu masa kita really close pon dia tak pernah sebok I kawan dengan sapa, keluar dengan sapa and indirectly suruh I letak dia as priority or what not. Takde. That’s why I love her. 


Actually masa hari yang kita jumpa for lunch ni memasing dah bedal Nasik Lemak dengan gembira time breakfast. So kita ambik la satu salad, satu steak kongsi. Kalau tak, confirm tak abes. Membazir kan amalan syaiton? Ceaser salad dekat VS ni boleh laaaaaaaaaaaaaa.


So Ribeye Steak kita order and share dua orang. Just nice makan dengan salad. Aduh, tengok gambar ni tingin la pulak.


Citer bab friendship pusing-pusing dia keluar bab makan jugak. Hahahaha. I remember dulu masa teringin nak makan dekat Ikea, I dengan Syira order banyak giler kot? Dengan meatballs, salmon, pasta and kek lagi. Bapak la banyak. Nafsu semata-mata. Bukan abes pon. I remember Syira teman I beli barang baby time tu pregnantkan Shein sampai penuh tangan kiri kanan sampai bersila pilih baju. I remember kita keluar sama dengan Intan masa Shein baru 5-6 bulan Trolak Quinny Moodde sebesar alam tu sama-sama dekat KLCC.  I remember Syira selalu sleepover dekat rumah I and kita boleh borak duduk dalam selimut, tak makan tak apa macam nobody business… I remember all the midnite movie yang kita pernah tengok sama and masa Syira masuk meeting room time I susun BOD punya minutes dengan Boss I. Aci boleh jer. Those days kan? RIndu jugak… Tapi I tau, kita semua seiring dengan peningkatan usia, kematangan fikiran semua dapat better life. Dari segi quality of life, financial, kerja semua la. Kan? Itu jugak yang I doakan untuk kawan-kawan I. Semua. I want them to be happy. I think semua orang dalam dunia ni berhak untuk bahagia. Sebab semua orang pon baik and semua orang pernah buat salah. Kan? So everyone deserve a second chance. I percaya setiap orang dalam dunia ni walaupon you pandang dia jahat macam mana pon, akan ada at small tiny dot dalam hati dia yang dia baik dan pernah membuat kebaikan dalam dunia ni and Allah tau tu. So bukan tugas kita to judge people apa yang dia buat is right or wrong. They have a reason. Allah know better. Macam Najib la. Eh. *tetiba

-eNd-

4 comments:

Fiza Abdul Rahman said...

Salam Kak Su,

Anny mana ye? ..

Chooyaya! said...

Fiza Abdul Rahman : Dia tengah busy dengan kerja kontraktor dia... tengah banyak kerja and kena focus :)

Nur Aishah said...

mcm dah nak geng gf je sokong najib? hahaha. dah berdamai ke?? mihmihmih

Chooyaya! said...

Nur Aishah : I reserve my comment. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...