Monday, September 11, 2017

Kari Jepon

Assalamualaikum..


Kalau korang nak tau Ongjepun pon makan kari tau? Tapi kari dia takde la macam kari kita; Dia tak pedas, ada rasa macam chicken flavor and lebih pekat. Macam I sebelum ni tak pernah pulak  rasa nak order tapi semenjak Shariffah perkenalkan Curry Udon dekat Green House, maka lepas tu terus suka. Makan dengan Tamago Ajitzuke (Telur jepun, dalam dia cair) tu peeerrrghhhhh punya layan. Curry tu korang boleh pilih nak makan dengan Udon or Ramen. If dekat Sushi Zanmai I suka makan dengan Ramen. If dekat Green House I suka dengan Udon. Padahal sama je, tapi kepala I cakap lain and Udon dekat Green House lagi sedap. Hahaha. Ikutkan Curry Udon dekat Green House I kasik 5 bintang and Sushi Zanmai I kasik 3.5 bintang tapi dari tak makan langsung kira aci je la dekat Sushi Zanmai ni. Rindu pulak nak makan Curry Udon dekat Green House. Bila la boleh makan dekat sana lagi. Kitorang dah banned semenjak dia naik harga melampau-lampau sampai ada item dekat 50% kot naik. Kalau tak dulu, situ la kitorang mengulang sebab tempat tu cool. Shein pon boleh lari-lari and ada pulak cake/coffee dekat Evendough tu but now dah takde dah pergi sana. Rasa macam kena buli je kalau pergi makan dekat sana. Anyway, haritu I, Kaklong, Intan and Dyba ada makan dekat Sushi Zanmai and tema hari tersebut ialah Kari. Kaklong pulak order Shoyu Ramen. Shoyu Ramen dekat Sushi Zanmai ni I suka sebab sedap. If Shein makan, large bowl seorang ye? Setel. Kalau small, dia akan mintak two Mama. If I cakap ‘One Only’ nanti dia karate je I. Hahahahaha.


Ada Shoyu Ramen, Curry Ramen dengan Nasi Lauk Kari Ayam. Haha. Tetiba nasik je cakap melayu terus. Mana entah bill, dah hilang.



Nasik Kari Ayam dia ni bagi I sedap la. Especially kalau makan time teringin and tengah lapar. Lawannya dengan Chicken Fillet. Ni kalau dapat sambal air mata lagi layan ni. Hahahah.


Curry Ramen. So far kalau order dekat Sushi Zanmai, tak pernah pulak abes sebab banyak sangat. Ni small size tau? Kuah dia tu pekat I saspek dia letak kentang la. 


Wuuuuu sedapnya Soyu Ramen! Tingin pulak nak makan ni. 


Harini semua order yang kari-kari je. Dengan Sushi pon ambik Kari jugak. Hahaha.

I tau ada yang terliur ni tengok gambar. Korang tu memang. Mana boleh I share apapa nanti ada je yang tingin. Hahahhaha. Untuk yang baru-baru nak cuba I suggest 1 bowl yang small tu cuba share 2-3 orang. If ok, baru order lagi. Ok? Rasa memang tak pedas. Untuk Mat Kari macam Shein, I rasa dia akan suka Cuma kekadang ada Curry Ramen yang rasa chicken stock too strong. Tu maybe banyak MSG yang tak bagus tu. If korang tanya I, frankly speaking yang Sushi Zanmai I memang susah nak abeskan. Tapi if Green House punya memang habes licin setitis pon takde tinggal. Tu maksudnya sedap la tu. Price pulak untuk semangkok +-RM15.00 macam tu la. I kalau makan Curry Udon/Ramen memang kenyang sampai esok sebab kuah dia tu I rasa dia bubuh kentang ke apa entah. Kenyang semacam. If korang yang pernah makan Japanese Curry and tau kat mana ada yang sedap, suggest I eh? I macam tingin pulak dengan Japanese Curry lately. Kota da yang suggest dekat Jepun terus, I ajak la Sazli pergi Jepun. Senang. (Ni kalau Aliah Ongkaya/Apai baca mesti cakap ‘Kayaaaaa boleh laaaaaaaaaaaaaa’) Hahahahaha.

-eNd-

2 comments:

adda syuhada said...

mmg sedap ...

Chooyaya! said...

adda syuhada : ko ni manjang mmg sedap je. hahahahah