Monday, September 4, 2017

I Love my Volkswagen Tiguan

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum

Harini I nak share experience I dengan Volkswagen Tiguan. Model ni jenis compact SUV yang baru je dilancarkan awal tahun ni dan mendapat sambutan hangat di Malaysia setakat ni. I sendiri bila dah bawak terus la jatuh cinta and tak pelik la kenapa Volkswagen Tiguan ni menjadi model SUV yang terhangat dipasaran sekarang. Excited sangat I nak share dengan korang semua experience I with Volkswagen Tiguan. Rekaan Volkswagen Tiguan sangat unik dan berbeza dengan model SUV lain. Banyak lah yang I suka pasal Tiguan ni. Rekaan unik, interior yang kemas, selesa dan luas. Smooth handling, friendly user and paling best dia punya technology feature yang amat memudahkan I sebagai wanita yang tak berapa banyak sangat tau pasal kereta ni and yang sejenis tau bawak je. Haha. Haritu tetiba naik dekat screen ‘Tyre Pressure Loss Indicator’ and dekat screen dia tunjuk tayar mana yang kurang angin. Kan senang macam tu? Ni kalau takde indicator macam ni susah jugak nak check angin tayar. Bila masa nak kena isi semua…  

Naik ramai-ramai pon selesa. Kerusi dia I rasa macam kerusi urut tu… Lembut je. Itu yang duduk sekejap je dah gone sampai Hongkong. Hahaha. Shein pon selesa je duduk dekat belakang. Luas tempat kaki boleh melunjur and kali ni duduk 3 orang dekat seat belakang tak payah dah la nak berebut duduk tengah supaya kena aircond sebab Volkswagen Tiguan ada 3-zone climatronic aircond termasuklah aircond untuk penumpang belakang! Sejuk satu kereta. I pulak bila bawak kereta tinggi macam ni automatic confidence level nak drive tu makin tinggi. Sebelum ni memang fikir, ‘eh boleh ke aku nak bawak kereta besar-besar macam ni?’ Jawapan : No problem. Parking semua senang macam kacang. Apa nak heran? Sensor keliling kereta lepas tu ada camera dekat belakang untuk parking. Nanti kalau termasuk jalan sempit ke sensor akan berbunyi. If rasa tak confident nak bergerak takper sebab nanti kereta ni akan guide and bagi dirention ‘safe to move’. Best best best! Sukaaaaanyaaaaa!!



I am so in love with you my Volkswagen Tiguan


Untuk family yang selalu travel bawak barang banyak walaupon trip 2 hari 1 malam macam kitorang ni (hehe) memang sesuai la dengan Volkswagen Tiguan ni sebab kereta ni luas, boot space luas (Up to 1,655 litres) and sangat selesa untuk long distance driving. Short distance apatah lagi kan? Dia punya level confident drive SUV macam drive tu pakai lubang hidung! Hahaha. Bonet dia pon senang nak bukak and tutup. Kalau jenis badan petite pon takde masalah. Tekan je button, dia akan tutup smooth je. Jangan risau nak guna kuderat empat kerat untuk bukak bonet semua everything is smooth handling. Check out video dekat bawah ni.


Bab keselamatan pulak korang jangan risau sebab Volkswagen Tiguan ni  mempunya 6 airbags. Lepas tu kalau kita ada anak kecik, kereta ini jugak ada ISOFIX. Tak semua kereta ada ISOFIX ni sebab tu I suka model ni untuk keselamatan Shein. ISOFIX ni kalau korang nak tau ialah international standard for attachment points for child safety seats in passenger cars. So bila pasang carseat kita tau yang tahap keselamatan anak yang duduk dalam car seat tu lebih terjamin. Penting sangat-sangat ye ni emak-emak sekalian. Kereta ini juga dilengkapi dengan Electronic Stability Control (ESC), Anti-lock Braking System (ABS) and Brake Assist (BA), Multi-collision brakes, Intelligent Crash Response System (ICRS), Electronic Parking Brake (EPB)  serta hill-hold control. Kalau nak cakap bab power and suspension I yang perempuan ni pon tau kereta ni power and sangat pick up. Kereta ni boleh pergi up to 100kph dalam masa 0 – 8.9 saat. Power kan? Volkswagen Tiguan dilengkapi dengan 6 speeds DSG maksudnya tak kisah la pemanduan yang macam mana pon, kereta ni boleh handle walaupon kawasan curam dan berbukit-bukit. 


Pandangan dari depan. LED headlights and rear LED tail lamps. 



Tayar dia guna 18-inch “Kingston” alloy wheels.



Dari semua sisi pon nampak cantik.



Pandangan dari belakang



Boot space luas (Up to 1,655 litres) 



Luas kan? Nak sumbat orang pon muat ni. Hahaha.

Apa lagi yang best? Volkswagen Tiguan dilengkapi dengan 8 inch touch screen 12.3” full color high resolution Active Info Display. Dekat screen ni ada navigation, kelajuan dan gear, penggunaan dan range and macam-macam lagi lah termasuk entertainment macam dvd and radio. Semua digital. Best kan? 




Macam haritu dia bagitau I yang tayar depan belah Kanan dah kena isi angin.



Meter semua digital.




Ada Navigator. So senang la kalau nak tengok maps time travel. Besar pon besar. Puas hati.



Dekat screen depan diantara meter ni pon ada navigation. 



Nak parking pon takde masalah sebab ada rear view camera terpapar pada screen. Boleh Nampak lebih jelas view belakang masa nak parking. Lebih confident dan Selamat.


Sebelum berhenti dia akan bagitau berapa jarak pemanduan dan speed average.



Nampak yang tanda (P) tu? Yang tu dia punya handbrake.

Now jom kita tengok sisi lain bahagian dalam. Kereta ini dilengkapi dengan kerusi kulit dengan ketinggian tempat letak tangan yang boleh dilaras. Dekat belakang pon ada aircond so sejuk satu kereta. Sistem kawalan suhu 3-zone untuk keselesaan semua penumpang and dekat kerusi belakang pulak ada meja lipat yang boleh laras. Nak makan boleh, nak bukak laptop pon boleh. Kalau malam pulak, dekat pintu ada cahaya so senang boleh nampak lantai.


Ni meja lipat dekat seat belakang. Ada 3 laras. Siap ada cup handle. Boleh letak air jugak.



Dekat stering ni boleh control volume radio, jawab call dari phone (yang disambungkan melalui Bluetooth) so lebih selamat. Tak perlu gelabah carik handphone.



Ni pandangan dalam bahagian pemandu. 



Kerusi kulit memang nampak class dan selesa. Nak adjust kerusi pemandu kedepan, kebelakang, tinggi dan rendah and seat recline semua ada dekat sisi  kanan kerusi.


Ni kerusi bahagian belakang. Luas kan?


Ada aircond untuk penumpang belakang.


Shein pon suka la naik kereta ni. Ni Sazli ambik gambar masa nak hantar dia pergi sekolah.


Don’t forget to fasten your seatbelt. Ni Shein pesan :)



Haritu Dyba and Intan pon nak jugak experience dengan Tiguan. So kitorang jalan la ronda-ronda KL. Korang tengok punya luas boot dia. Intan and Dyba duduk pon muat!


Dorang cakap best la naik kereta ni. Duduk belakang leather seat, ada aircond. Rasa macam boss-boss pulak. Dah tu Kaksu sapa? Driver eh? Hahaha.



 Thank you so much Volkswagen Tiguan for the great ride and the best experience driving ever.


Maklumat tambahan yang nkorang patut tau pasal Volkswagen Tiguan ialah sehingga harini sebanyak 2.8 juta unit Tiguan telah dijual di seluruh dunia dan tersenarai sebagai finalist World Car of the Year selain dari pernah menerima pelbagai pengiktirafan dalam industry permotoran termasuklah memenangi German Design Awards 2017, and the Innovation Award under the prestigious Plus X Award. So, ternyata Volkswagen Tiguan memang SUV hebat dan patut dimiliki. Dijual dengan harga RM­148,990 for the Comfortline and RM168,990 for the Highline. Untuk maklumat lanjut boleh layarai laman web https://www.volkswagen.com.my/tiguan.

-eNd-

No comments: