Thursday, August 24, 2017

Genting Premium Outlet

Assalamualaikum..

Hari Ahad haritu plannya nak ke Mitsui Brand Outlet sebab I nak beli jogging pants dekat Nike. Nike Outlet murah la sikit dari Nike Boutique. Murah dalam RM100.00 macam tu. Yang I dok pakai ni Sazli punya. Dah buat macam harta sendiri dah. Kah kah kah. Memula dulu dia pesan ‘Mama jangan pakai I punya seluar, nanti kembang’. Dia memang tau? Selalu bajet dia lagi kecik dari I tapi sebenarnya sama size je. If seluar tracksuit I boleh pakai Sazli punya. Tak boleh jugak terima at first place, dah kenapa boleh pakai sama size, bukan ke Sazli lagi besar? Tapi lelaki ni peha dorang kecik dari perempuan. So I kena terima hakikat peha Sazli lagi kecik dari I okbye T_____T Macam seluar track Sazli tu, I dah consider I punya je sebab dah jadik favorite pants. Dedua pulak tu I ambek. Dia pulak time ada run, kena cakap nak pinjam dari I hehe. Haritu masa Sazli pergi Mitsui dia cakap ada jual new design yang cantik and harga dia pon tak sampai RM300.00 so terus la I cakap nak pergi. Kitorang plan nak pergi Ahad tu tapi tiba-tiba sebelum gerak, kitorang tukar plan. I cakap I teringin nak pergi Genting Premium Outlet dengan alasan tak panas. Lagipon baca review semua orang cakap best. Sazli cakap dia lagi suka sebab dia pon tak pernah pergi so terus la kitorang ke GPO. Sazli memang suka Genting Highland semenjak kitorang pergi tengok Otomen. Kata dia, next time boleh pergi Butterfly Farm dengan Strawberry Park tu. Shein sure suka. Lagipon tak jauh dari KL. Sejuk pon sejuk. Walaupon sejuk tak level Europe tapi ok la, sejuk la dari Jengka. Tetiba Jengka. Haha.


TQ Papa bawak I and Shein datang GPO. Kami berdua kaki meladi. Mana boleh duduk rumah nanti pening kepala. Nak pulak Shein now dah pandai mintak jalan and buat muka boring.



Masa I datang tu orang memang ramai, meriah! Tapi takde sampai crowded. So ok la. Kang boring macam Penang punya Branded Outlet pon tak ok jugak. Luas GPO ni, tapi sayang Nike punya Outlet tak bukak lagi. I tengok Kampachi (Japanese restaurant) pon opening soon. Bestnya! Bagi pendapat I sini best sebab tak panas, kawasan luas, surau luas, takde masalah parking, kedai makan banyak and banyak Branded Outlet ada dekat sini. Price wise pulak sama macam Outlet lain. Kalau ada Toys R Us lagi bagus. Macam Chocolate Boutique harga takde la jadik murah macam dekat Langkawi tapi kalau dah sesak-sesak tingin boleh je. Godiva pon ada and harga mahal sikit la dari KL punya tapi Godiva dekat sini memang meriah. Triump pon murah, Victoria Secret pon murah and Polo Ralph waaaaaaaaaaaaaaay murah dari boutique. Sesuai untuk bawak kanak-kanak sebab cuaca tak panas melekit and facilities macam baby room semua comfortable. I kasik 4 bintang lah GPO ni. If tanya I apa yang kena tambah, I nak mintak kawasan mainan kanak-kanak tu takyah mencabar sangat. Yang ada ni, macam tak sesuai untuk budak below 10yo. Dah jom tengok gambar.


Si Shein imitate cow. Aci boleh je dia ni. Ni dekat kedai Chocolate. Naseb dia tak mintak apapa.


Masa dekat sini ramai yang tolak stroller macam kereta tu. Shein terus nak. So kitorang pon terus la carik mana nak dapatkan kereta tu.



Kereta tu ada dekat Information Center dekat area Food Court. Ni kitorang otw nak kesana I sempat snap gambar.


Kereta tu korang boleh sewa dekat sini. Harga RM30.00 untuk whole day. Ada 2 jenis, single and double. Yang double I tak sure berapa harga. Deposit kena letak RM100.00 so nanti bila pulang, dia akan kasik balik lah. 


Kalau tanya I berbaloi ke tak, SANGAT BERBALOI. Naseb la ada kereta ni, seronok la Si Sendong korang kena tolak. Kalau tak sure dia bosan. Naseb baik la muat nak masuk.


Shein, peace pandang camera la woi.


Tu ada bag dekat belakang, so boleh letak barang shopping and handbag. Sangat la membantu. I sukaaaaaaaaaaaa.


Kitorang makan Godiva dulu sebelum lunch. I memang dah lama tingin. RM25.00 satu.


Kitorang makan dekat Absolute Thai sebab I nak makan Pulut Mangga tapi sold out pulak. Pundek betul hahahaha. Shein sampai kedai makan taknak keluar kereta.


Kitorang duduk dekat bahagian luar. Saja nak sedut fresh air lagipon sini tak panas. Luas restoran ni. Kedai makan lain pon ada melambak.


Shein akhirnya keluar jugak dari kereta, tapi dia tak bagi park jauh. Layan Itsy Bitsy Spider sementara tunggu makanan sampai. Celcom punya line dekat sini strong signal. 


I order Pandan Leave Chicken RM18.87


Prawn Omelette RM19.81


Kangkung Belacan RM15.57


Semua ni dengan 2 warm water + 3 rice is RM78.10 kira ok laaaaaa. Tak mahal sangat.


Dah siap makan, bawak Shein main dekat kawasan permainan ni. Yang ni la I cakap dia punya permainan macam susah sikit. Kena panjat tali la, mana la budak baya Shein dapat main. Dah tak pepasal Mama terlibat.


Yang ni pon susah nak main. I mana larat nak angkat Shein kasik dia gayut dekat palang tu.


Masa Shein dah siap main and I nak belikan dia 1 toys, terjumpa dengan Ceera Noh. Dia cakap dia baru sampai. Ceera ni cantik. Kurus orangnya. I dah jumpa dia 3 kali. Masa Open House Filla, Event UMobile and dekat sini. Ceera dah tak active blogging dah macam dulu. Dia cakap dia malas T___T


Sebelum balik, kitorang singgah Polo Ralph Lauren. Kena masuk asing sebab Si Shein taknak masuk. Dia ajak tengok fountain ni. Kata Sazli, kalau nak aman shopping tak boleh bawak Shein. Kalau tak dia hingaq. Sebok ajak jalan. Hahaha.

Kitorang gerak balik dalam 5.30pm macam tu and sampai KL pon still cerah lagi. Bestnyaaaaaaaaaaaaaa. Sazli cakap dia suka dekat sini. Next time kalau nak datang, boleh check in dekat Genting Highland terus la. Dari GPO ni naik cable car terus ke atas. Cewaaaah macam berani je. I kalau dekat Genting ok lagi la naik cable car dia. Tapi kalau mencanak macam Langkawi tu sumpah memang tak naik dah. Cukup la sekali. Dalam kereta, Shein dah gol. Penat la tu…. Padahal bukan berjalan pon, penat jugak. Oooo sebab tadi dia main dekat playground sebab tu penat. Kitorang keluar rumah dalam 12.45pm and sampai umah balik dalam 6.30pm so keluar dalam 5 jam setengah. Happy sangat…. TQ Allah bagi I pinjam Sazli and Shein. Both are my sweetheart. Bila tak jumpa rasa rindu and sunyi je. Lagi la Shein dah banyak cakap ni, lagi la I suka. Kekadang annoying sebab Mama mama mama mama mama tapi kalau kerja dia takde depan mata, rasa macam nak cepat balik pulak. Hahahahaha. Korang nanti jangan lupa datang GPO ok? Lepas tu makan Godiva. Okbye!

-eNd-

2 comments:

Aliah Ali said...

Kaya boleh laaa gi genting balik ari... x ajak plak tu.. ko pun nk buat group lain ke maksu?

FadMN said...

I saw u kat sini dok guard shein kat playground tu.pastu nampak ceera noh lalu dengan anak2 dia.nak tegur pun tak lalu sebab time tu anak dara i tengah sibuk manjat pastu mata nak kena tengok baby lagi.stress mak baru ingat nak ajak bergambar.tapi u pun sama i tgk dok layan shein kat tengah tu hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...