Wednesday, July 12, 2017

Sangkayaa Kepundek Hunting (Dan Berjaya)

Assalamualaikum..

FINALLY dapat jugak ku merasa Sangkayaa kepundek di Boat Noodle selepas semalam kesedihan mengadu Keluh Kesah Mak Esah pada blog reader’s kesayangan. Ada yang suggest macam-macam outlet Boat Noodle tapi dah namanya becinta dengan Ampang maka susah jugak kaki nak melangkah. Sebetulnya tak besungguh la tu tingin, sebab kalau besungguh mesti ke Klang pon sanggup dahku pergi. Macam kalau kita menginginkan sesuatu dalam hidup contohnya J O D O H yang baik, ketengan hati, mengadu pada Allah perihal masalah hidup, inginkan pasangan menyintai kita dengan sepenuh hati, supaya BF/Suami ubah perangai, hidup lebih senang (dimurahkan rezeki) serta macam-macam pengaduan yang lain, SELAGI TAK BANGUN TAHAJUD TENGAH MALAM mengadu pada Allah maksudnya takde la besungguh kita nak sebenarnya. Hatta kalau inginkan kesihatan orang yang kita sayang pulih, if takat doa dalam hati, doa waktu hujan, doa lepas solat dan selagi tak Tahajjud, semua tu tak declare kita nak besungguh. Ok? Sekian ceramah Uztajah Nobayah. So sapa yang inginkan sesuatu dengan besungguh, bangunlah sepertiga malam untuk buat Tahajjud. Ni I pernah buat, ngadu pada Allah and magic, memang Allah tolong kasik jawapan and I dapat apa yang I nak. Serious. Ok sambung cerita Sangkayaa kepundek. Kepundek tu tambah sebab bengang. Masa tadi ni sikit lagi I nak kena rasukan ablasa tapi naseb baik staff Boat Noodle cakap ‘Sangkayaa ada Miss, tapi kena tunggu 1 jam. Roti tengah steam’. BAGUS. Sebab memula dia cakap TAKDE. Lepas tu I bebel-bebel cakap suruh keluarkan dari menu BARULAH DIA KATA ADA. CARIK PASAL SUNGGUH NI KAN? I agak dia saja nak menyakat sebab semua dah gelak-gelak. Bodoh nih!


Sangkaya. Kau kan? E!


Anny pulak memang tengah kebuluran. Katanya nak makan masam+pedas and memang nak makan Sangkayaa jugak so boleh la repeat Boat Noodle. Dia duduk diam-diam dekat tepi langsung tak kacau I tengok menu and berani dia membiarkan I order sendiri.??? Makanya I mengorder 4 mee, 1 kerabu Maggie, satu Grill beef Ball, 2 Chicken Wings, 2 Sangkayaa. Lepas tu ada hati nak order Tempura tapi I sempat isitifar. Hahahahaha. Anny cakap ‘Suraya, kau order Sangkayaa 2 ke?’ ‘Eh mestilaaaaaah. Sorang satu’. HAHAHAHAHAHA. Lagipon ciken wings dia kurus. Kata Anny, sebab tu anak ayam. Yer ker wei tu anak ayam? Kejam kot kalau dia kanak-kanak lagi dah sembelih. I cannot brain this. Tingat dekat Bintik, ayam emak dekat rumah yang Boipren dia Si Taji Ayam jiran sebelah. Kata Mak, Bintik dah meninggal. Mati bawah rumah. Taji kokok-kokok cari Bintik. Dia taktau Bintik dah gone. I cakap pada Mak, patut sebelum kebumi Bintik, Mak bawak la Taji tengok jenazah Bintik so dia takde la meroyan kokok-kokok carik Bintik. Kata Mak, biarkan dia. Sapa suruh kawen bini tua sangat. Bintik tu pangkat nenek dia dah. Hahahahaha. Melawan je Mak ni tau kalau I cakap apapa. Ada je jawapan dia. Geram je.


Kak Kiah korang dah mental koyak tengok makanan. Hahahaha


Ni Mimie Fahmi punya pasal la ni. Cakap Kerabu Maggie sedap. Sudahnya I tapau je sebab no space anymore to eat.


Sebelum balik, sempat pau Kak Kiah casing henpon dan jugak tempered glass iPhone. Ada hati tu dia nak ambik yang iPhone 7 punya sebab lagi lawa casing dia. Jangan nak buat sedih sangat.

Kah Kiah korang ni kalaupon ambik gambar 100 juta keping hatta dah siap mekap cantik and dekat studio TETAP takde satu pon dia berkenan. Hahaha. Dia cakap tak lawa. Lepas tu now ada perangai suka amek gambar timing tetengah orang lalu lalang. Ni gambar atas dekat booth casing handphone ni. Tepi escalator. Ada satu gambar dia boleh siap naik satu tangan letak belakang kepala macam iklan deodorant. Dia punya confident! Hahahahahaha. Anyway, tenkiu Boat Noodle Avenue K kasik I and Kak Kiah makan Sangkayaa kepundek. Lagi 3 tahun la pulak makan. Dah ilang ngidam. Kalau mati, mata dah rapat ni. Kbye.

-eNd-

2 comments:

mama tisya said...

sangkaya boat noodle mmg sodap..br juga mkn last week..mmg tiap kali pi boat noodle wajib order

adda syuhada said...

sedapnyer...