Tuesday, July 25, 2017

Road to Phuket

Assalamualaikum..

4 more days to our Phuket trip. Maksudnya apa? Lagi 4 hari nak kena naik kapalterbang. Itu yang aku fikir kah kah kah. Semalam Atiq cakap ‘Kalau Maksu takot, kita naik taxi je la. Sampai jugak’. Perli la tu, menyam. Hahahahaha. Hadoi, Phuket tu padahal 1 jam 10 minutes je pon. Bukan lama sangat. Kata Intan ‘Nanti Kaksu bizi-bizi dengan Shein, Kaksu lupa la. Tau-tau sampai je’. Intan ni jenis tido jugak dalam kapalterbang. Masuk je terus tido, sedar je dah landing. Flight dekat ke, jauh ke manjang dia membuta. Tak paham aku. Mengikut pengalaman I, memang I takkan berjaya walau sekejap pon mengalihkan fikiran I dari mengenangkan yang I berada diatas udara and di bawah tu takde apapa. Tengok Che Ta tu setahun 20 kali pergi London, macam mana eh dia? Stressed I fikir tak pepasal. Hahahaha. OMG makin teruk anxiety naik kapalterbang I ni. Ongkampung sangat. Haritu tanya Cik Epal, flight ok tak pergi Jepun? Kata dia, kena tambah almost dua jam sebab tak boleh nak landing. Cuaca buruk. Muka gittew je macam takde perasaan masa cakap yang bahagian ‘cuaca buruk, kena tambah almost dua jam tu’. Kalau I memang nanges dah. Hahahahaha. Haritu Bapak pergi Mexico 24 jam dari KL-London-Mexico pon I tanya flight macam mana, Bapak cakap ‘Takdak apa pon, Cuma cemuih je la’.  Teringin nak rasa cemuih instead of takot T___T Ni tadi padahal nak cerita pasal Journey to Phuket tapi intro takot naik kapalterbang dah berapa baris. Hehe. Ok lah, I nak share one stop center untuk sports and recreation punya activities yang best. Semuaaaaa menda yang melibatkan dua menda ni korang boleh pergi ke Decathlon Damansara. Dia ala-ala Ikea. Situ semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ada and semua pon murah. Kitorang haritu beli barang-barang untuk beach activity. Si Aliah nak beli menatang snorkeling tu, tak boleh jadik. I pon kena beli jugak. Nak sorang satu tu dengan Shein yang tak menahan. Hahahaha.


Ni la menatang yang Si Aliah ajak beli. Snorkel Mask. Cool kan? Dia ada size S – XL kalau tak silap. I dengan Shein sama size M. So share je la. Ngada nak beli sampai dua kenapa Aliah tanya. I jawab ‘Kan Phuket?’ Hahahahaha.




Korang kalau nak beli, beli dekat Decathlon. Yang ni RM90.00 je. If online sampai RM150.00 over. Yang ni anti fogging, easybreath and futuristic. Best ni. Senang nak bernafas. Shein pon pandai pakai. Nanti kita tengok prestasi dia masa Snorkeling macam mana. I harap I tak berebut la dengan Shein. Dia ni jenis taknak kalah. Malam tadi I tengok syok pair dengan Sazli main Contra sebok nak main jugak. Padahal bukan pandai pon. Shanom tak puas hati I menang. Dia tanya I dah pandai ke? I jawab ‘I memang Ok kalau pair bagus macam Sazli’. Sesambil cakap yang pair dengan dia lah yang boleh kalah. Hahahaha.

Lagi kitorang beli baju mandi, kasut dekat pantai RM25.00 je sepasang. So kaki takde la kena pasir and boleh bawak masuk air terus sebab dia tak berat. Shein pon beli. Sazli je takde. Tapi I nampak dia macam menyesal tak beli and nak beli jugak tu. Hahahaha. Ada masa lagi kalau dia ubah fikiran. Lepas tu beli towel yang ringan untuk pergi Island nanti, bag-pack and menda apa entah lagi. I pon dah lupa. Semua total melambak dalam 12 items kena RM300.00 je wei, memang murah. Baju mandi tu dalam RM30.00++ je kot? Aliah tanya, ‘Ko takde baju mandi lagi ke Maksu?’ Lepas tu I jawab ‘Phuket kan?’ Hahahahahaha I bongok. Gambar nanti I masukkan kemudian. Lupa nak snap. Dah la ada kejadian lawak sebelum nak pergi ni. Masa Aliah ajak pergi Decathlon ni, I pergi jawab. ‘Taknak la! Berapa KM? Mana larat’. Lepas tu Si Aliah terus call ketawa sampai takde suara. Dia cakap I bongok. Rupanya Decathlon ni tempat beli barang-barang ni. Mana aku taaaaaaaaaaaaaaaau. I ingat dia ajak masuk lari. Kan bunyi dia macam ala-ala run punya activity? Hahahahaha. 


Set boxing ni dalam RM80.00 je wei. Nanti kena belikan Shein. Boleh dia lawan dengan Bapak dia. Mama Referee. Syarat dia : Jangan nanges and jangan merajuk. Dua orang tu bukan boleh. Dedua kaki sentap. 


Sesuai je dengan Si Shein debab ni. Shein memang suka la menda-menda macam ni. 


Ni pon Shein nak. Dia ingat tu masa main dekat Amverton last time. Yang ni pon set dia tak sampai RM100.00. Memang murah compared dengan sports equipment shop yang lain.



Ok dapat sorang satu bag. Bahagia. I sukaaaaaaaaa la Decathlon ni. Murah pon murah. Dah la semua menda Tok Nenek ada. Tshirt, seluar sukan, stoking and semua lah murah wei. Sini semua ada. Mak Bapak je yang takde.

Thank you Aliah and Atiq, kalau tak sebab dorang takde la dapat pergi Phuket ni. Ni plan dorang sebenarnya, kitorang menumpang je. Tapi best la menumpang sebab hotel stay dekat sana pon dapat murah and berbaloi-baloi. Si Galak la bahan, dia cakap ‘Yerlaaa Ongkaya hotel nak Marriot je’. Kentut kau lah Galak. Hahahaha. Padahal kita dapat murah sebab kawan Atiq boleh kasik discount ke apa entah. I pon taktau. I jenis mengikut je. Biar laki bini tu handle semua. Yang penting trip ni nak chill je. Takde beria sangat. Dah tetua ni nak beria sangat pon tak boleh nanti takot kena heart attack. Si Apai, Galak semua nak bahan cakap ‘Macam ni laaaaaaaaa, tak ajak’. MENGADAAAAA. Hahahaha. Sikit-sikit bahan ‘Geng Phuket’. Pantang naik dekat FB nanti ada la dua orang tu buat onar. Lepas tu hasut suruh beli kasut Yeezy Adidas (Bukan Nike la ngek!). Yeezy eh eja dia? Kang salah kena bahan lagi. Dorang ni semua bukan boleh silap, kang cepat je bahan. Geram betul aku.

Decathlon Sri Damansara
AddressM2-G-01, 8Trium, Jalan Cempaka SD12/5,
Persiaran Kenanga, Bandar Sri Damansara, 
52200 Kuala Lumpur,
Telephone : 03-62806701

-eNd-

No comments: