Thursday, July 13, 2017

Korean Foods Sedap Lagi Murah di B-Station Ampang

Assalamualaikum..

Dah lama plan nak jumpa dengan Muni since dia dah balik Malaysia ni. Nak makan sama-sama dengan Kaklong I, Kaklong Ellis, Ellis semua tapi tak berjaya until la Selasa lepas dapat kitorang jumpa and makan malam sama dekat B-Station - Korean Restaurant dekat Ampang. Dekat Ampang ni memang ada Korean Row yang ada Korean Restaurant, Korean Mart semua dekat je dengan rumah I. Depan Ampang Point tu je so takde hal la nak datang selalu sebab dekat. Memang feel macam dekat Korea bila datang sini. I selalu la datang Phill Mark beli susu pisang and ada nampak la berderet Korean Restaurant tapi tak sure mana yang sedap and mana yang halal. Sekali haritu Muni bagitau dia dah tau mana yang halal and sedap tu yang kitorang pergi sama-sama. Muni now kerja dengan Korean Government dekat Malaysia ni, and dia tau restaurant ni dari situ la. Kata dia sedap dan murah. Rindunyaaaa nak dengar Muni cakap Korea and rindu nak makan authentic Korean Foods. Tingat masa dekat Korea dulu, hari-hari enjoy makan Korean Foods tapi infuse dengan Malaysia sikit la sebab makan dengan sambal hahahaha. Sedap! Ni dapat chance habes semeja kitorang order. Dah la murah! Owner dia Korean and tinggal kat Malaysia since 30 tahun dulu and B-Station ni is Halal InsyaAllah. So sesapa yang nak try makan dekat sini, boleh la datang ye? Halal. Thank you B-Station sebab tak serve makanan tak halal. Sian kita Malaysian also nak makan authentic Korean cuisine. Naseb baik dorang prihatin. Kaklong punya la happy dapat makan semua. Elok la dia makan puas sebab esoknya admitted dekat Pusrawi. Iyaaaaaan iyer!


Sedapnya semua ni! Kena repeat balik ni anytime soon. Nak order pulak yang tak boleh order haritu. Dumpling dengan Seafood Pancake tapau untuk Sazli. Tu nampak macam sedap jugak. Cis!



B-Station ni memang macam typical Korean Restaurant yang kita boleh jmpa banyak dekat sana. Suka hias cecantik, sempit sikit. Hahahahahaha. Lepas tu I perasan restaurant Korea ni dia ada macam ‘bau’ dia yang ala-ala woody tu, susah nak explen macam mana. Melangkah masuk je terus hirup udara dalam-dalam lepas tu cakap ‘rinduuuuuuunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa’. Hahahahaha. Muni ni sejenis penyabar je dia. Masa I dengan Kaklong order dia cakap ‘Banyak sangat tu, nanti tak abes’. Kitorang dok mengadap menu je dekat 10 minutes. Itu nak, ini nak. Rambang mata. Hahahahaha. I paling suka kalau dapat makan sotong bakar dengan mackerel grill balut dengan salad, tapi takde pulak. Takper lah, nanti nak tanam sendiri la salad dekat belakang rumah. Macam Huda, ulam semua tanam sendiri. Nanti I nak tanam Pegaga, Bendi, Lada hijau semua. Bestnyaaaaa!! (Start dah berangan). Hahaha.


Appetizer kitorang ambik Tukbokki. Harga dia RM14.50


Yang ni pulak Korean Fried Chicken. RM22.50


Huwaaaaa sedapnya Kimchi Pancake ni. RM16.50 harga dia.


Yang ni I order. Pot Beef Bulgogi. RM22.00 sahaja. Kenyang! Come with rice. 


Yang ni Beancurd Bulgogi. RM26.50. pon dapat dengan nasi. Kenyang makan ni.


Ellis nak sotong. Yang ada sotong Cuma Spicy Cuttlefish Rice ni. Jadiklah. RM20.00 sahaja.


Ni kalau korang datang, wajib order. Nama Korea entah apa tapi nama English beliau ialah Spicy Seafood Noodle. RM24.00 semangkok. Eh, sebesen. Hahaha.


Portion sini besar weh! Kaklong and Muni both tak berjaya habeskan. Tapi feel weh makan spicy seafood noodle ni. *dah daun kering autumn in my heart beterbangan. 


Ni dapat FREE. Pumpkin soup. Sini air mineral, makanan kecik-kecik dengan side dish semua dapat FREE.


Fresh Mango Juice untuk I. RM9.50 harga beliau. Sedap! Makanan tak sampai dah abes half lepas tu kena la tolak jauh-jauh.


Yang ni amenda entah. Macam bubur nasik, tapi manis. Also dapat FREE as dessert. Nak balik, Sara (partner owner B-Station) kasik sorang sebotol bawak balik.


Yg ni dapat FREE. Ada Kimchii, read bean, suhun dengan fish cake kot?


I tak pandai nak buat ‘love sign’ tu. Ingat tanda mintak duit. Nak uweeeeeet! Hahahahahaha. Tengok la kemain penuh meja. Tu yang mata sepet sama macam Kaklong tu nama dia Sara. Dia la partner owner B-Station ni. Pandai cakap Melayu sikit-sikit.


Jom tengok decoration dalam B-Station ni pulak. Tengoklah ni wei, comelnyaaaaaaaaa!!


Different atmosphere sometime refreshing and boleh relax our mind


Toilet bersih and ada air. Don’t worry. Kot perut taktahan pedas chili dengan kimchi zaaaaap ada toilet. Tingat kes Kaklong nak berak masa otw ke Bunpo Bridge. Dia punya pasal kensel plan malam tu. HAHAHAHAH.


 Kipas ada, aircond ada, bersih, comel dan selesa.


Bunga pon aku ambik gambar. Hahahahaha.


Kat sini takde wifi eh? Konsep dia talk to each other.


Restaurant ni dia ada partition. Small group and big group ada bahagian lain-lain. Ni kalau ada Shein ni, risau I kalau dia berenang dalam ni.


Cantik kan dalam dia? Kaklong Elliza (Kaklong Kecik) and Muni.


Anneyong!


Kemain Sara manja dengan I.


Ok Group Photo!

Kitorang makan semelambak macam ni, cost us only dalam RM233.00 sahaja. Makanan dekat sini range below RM30.00 semuanya. Portion besar. Ikutkan takyah order sorang 2 sebab satu pon dah kenyang tapi biasalah tamak! Hahahahaha. Makanan I kasik 5 star. Next time nak try makan Ikan pulak. Kot takde salad, I beli je sendiri balut dengan nasik. Hahahahha. Tenkiu Sara kasik 10% discount. I tanya dia kenapa taknak balik Korea? Dia cakap dia suka weather Malaysia yang panas sepanjang tahun, makanan sedap-sedap and dia suka society Malaysia tu yang taknak balik Korea dah. Memang nak duduk sini. Feel honored to hear her answer. Dah la baik. Beria tulis nama kitorang atas kertas. Hahahaha. I cakap mata dia sama macam Kaklong, dia ketawa je. Tapi sama sepet la. Hahahaha. Korang kalau nak datang B-Station ni kena datang before 9.00pm (last order) and close at 10.00pm. Tutup hari Isnin tau? Operation hours 12.00pm – 10.00pm If nak datang Waze je B-Station terus dia direct sampai la kat sini. Sebaris dengan Phill Mart ok? Okbye!

B-Station
C14-1, Jalan Ampang Utama 1/1
Taman Ampang Utama
680000 Selangor
Hours : 12.00pm – 10.00pm
Tel : 03-42510455

-eNd-

No comments: