Friday, July 14, 2017

Dari Jendela Anny : Hati Yang Baik


Dari Jendela Anny : Hati Yang Baik

Dulu masa zaman belajar,duduk satu rumah himpit-himpit dengan kengkawan ni kan,macam-macam perangaila ada.Budak rumah aku dulu,semua baik-baik.Semua mempunyai latar belakang yang berbeza-beza.Tapi paling aku tak boleh lupa beberapa attitude kengkawan yang bagi aku agak "baik" lahkan.Paling tidak pun baik terhadap keluarga dia.Zaman hingusan kau kena ingat,tak semua nya matang.Jadi bagi aku,dia matang dan baik lah..

Kawan aku sorang ni kita namakan dia Shidot..Shidot masa nak habiskan degree,adala beberapa subjek dia kena completekan.Dia ni mmg gaya ala jantan skit tapi lawo,rambut cantik,kulit cantik.Boipren henseng.Now dah jadi laki dia la..Masa belajar dulu,tetiba dia decide nak keja part time..Aku pelikla,selama ni..aku je yg keja part time dan belajar ni.Then one day dia cerita,ayah dia jadi security guard kat satu pasar.Sementalah(bahasa apa ni) dia nak singgah hantar barang kat ayah dia satu mlm tu,dia tengok ayah dia tersenggok2 nak tertido masa jadi jaga tempat tu.Masa tu dia balik rumah sewa(dengan aku),dan dia jadi sedih gila.Dia decide masa tu jugak nak carik kerja.Dia taknak bg ayah dia kerja.Biar dia buat part time,dan sikit-sikit apa dia dapat tu dia bagi kat ayah dia.Lagipun,kawan aku ada beberapa subjek je lagi nak settlekan.Dan akulah yang menemani beliau mencari kerja,itu pun aku jugak yang tanyakan semuaaaaaa tempat kat dalam giant tuuu cehhh.Masa dia dah grad pastu nak pegi interview apply cikgu semua pun aku yang temankan.Menda ntah yang dia takut sangat ntah.Keja lain semua dia takut nak apply sebab kena deal ngan orang dewasa.Jadi kalau jadi cikgu dia rasala diri dia berkuasa terhadap budak hingusan agaknya..tu yang jadi cikgu sampai sekarang.Aku pernah dengarla cerita beliau,kalau nak tahu beliau masuk keja ke tak..kalau tak dengar suara beliau menjerit melangkawi 2blok kat sekolah tu bermakna beliau bercuti.Dan murid-murid pun seronok dan sukahati.Kahkahkah


Ps : Orang Seni Je Paham Gambar Ni

Lagi sorang yang aku ingat kawan aku ni,nama dia Min.Min ni ikutkan agak mewahlah.Sebulan masa time belajar dulu ntah bape la parents dia kasik.Seribu ada kot.Mewah gila..tetiap kali kelua ada jela benda dia beli.Perfume la jam la..tapi Min tak lokek.Dia beli pencuci baju,kengkawan yang habiskan.Dia beli perfume,bila kawan dia yang nak keluar dating,kawan diala yang spraykan kat badan..haha tapi seriously,Min tak pernah komplen dan kecoh.Apa dia makan,itula kengkawan dia makan.Apa dia beli,semuala dia pelawa.Bagi aku time belajar dulu,sifat ni dah cukup mulia.Bukan senang nak jadi murah hati macam ni.Bukan sebab dia ni berduit pun,takde keta pun pergi kelas ke apa.Tapi bagi aku,dia murah rezekila..maybe ayah dia pun ada 2org je anak termasuk diakan..jadi hati Min sangat baik.Baik terhadap kengkawan dan berkongsi apa yang dia ada.Tapi,aku tak pernahla pau pencuci baju ngan spray tu haha

Semua orang pun baik.Memang kawan-kawan aku semuaaa pun baik-baik.Bagi aku,kalau kau nak jumpa orang yang baik-baik,kau pun kena jadi baik juga.Insyaa allah,orang baik untuk orang yang baik..

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...