Monday, June 19, 2017

Berbuka Puasa di Rumah Siti

Assalamualaikum..

Tak lama dah kan nak raya? Puasa pon tinggal 6 hari je lagi. Sedih pulak Ramadhan dah nak abes. Sazli tu lagi la rasa ‘hilang’ sebab Ramadhan ni ialah his favorite month. Busy je dia dah macam YB. Trawikh Jemaah, Moreh and latest ni untuk 10 Ramadhan terakhir ada Qiamullail pulak. So far Trawikh dia takde tinggal lagi. ‘Guboy Abah’ – bak kata Shein. Bulan Ramadhan ni memang menguji kesabaran sebenarnya. Panas + lapar maka cepat la nak meroyan. Bila rasa nak maki-maki sebab orang potong lane cuba istifar sikit. Ingat, Ramadhan ni bukan selalu. Entah tahun ni jadik yang terakhir sapa la yang tau kan? So kena la fully utilized and lebihkan sabar sebab Allah pon kata orang yang paling dia sayang dalam dunia ni ialah orang yang Saaa? SABAR. Pandai. Macam I, cakap pandai la. Sikit kang cepat je nak tarik muka kah kah kah. Cita-cita nak buat Trawikh tinggi tapi kekadang 9.30pm dah tido sama naik dengan Shein sebab penat la. Pagi sahur, mana ada tido dah. Balik kerja dah sebok untuk bukak puasa. Mana kain lagi, rumah lagi nak kena kemas.. Shein pon kekadang manja dia, boleh mengundang jugak jenis taktau nak apa dalam hidup dia dok Mama Mama Mama pang baru tau hahaha. Pukul 9.30pm letak kepala dekat bantal dah gone ke Hongkong. Untuk tahun ni pecah rekod takde sekali pon kami berbuka bertiga dekat rumah. It’s either dekat rumah Mak/Bapak or dengan kawan-kawan dekat luar. Tapi boleh kira dengan jari la berbuka dekat luar berapa kali je. Macam Ahad lepas, kitorang berbuka dekat rumah Siti and Zairi parents Adriel schoolmate Shein. Bukak puasa dekat rumah ni relax la sikit… 


Gambar Ketam nombol satu la. Kasik bakar line sikit. Haha. Puas hati makan dekat rumah Siti. Semua sedap-sedap dia kasik makan. I ni pakkal la beringat baju raya semua tempah ngam-ngam je ukuran badan. Kaaaaaalau tak, kau tau la naseb kau ketam!


Masa nak gerak ke rumah Siti dekat Bandar Baru Ampang, Shein tido. Dah dukung masuk kereta pon dia taknak bangun. Continue tido dalam kereta. Masa dia mandi tu dah janji dah if dia mandi, kita pergi jumpa Adriel. Haritu Shein pepandai buat janji ‘After showo (shower), more aikrim, more cikes (chicken)’. Sesuka-suki dia buat syarat. Ha a kan ajer la janji dia nak mandi. Dalam toilet kitorang tu, tong air dia buat macam Swimming Pool. Dia suka la berendam. Tak kuasa I nak tunggu. Nanti dari hall I jerit. ‘Shein, are you done?’ Dia jawab ‘No yay Mama (Not yet Mama)’. Dia punya 5 minutes makan 30-40 minutes. Janji kau bahagia Shein. Siap mandi, Tak sempat pakai seluar dia dah tido. Senang pulak nak tido. Mana taknya, hari Sabtu/Ahad Shein banyak bermain dengan emosi dan drama air mata. Manjang nak attention. 


Ayam Gorengggggg. Kata Shein ‘Pin pin pin’. Merujuk kepada Upin Ipin. Haritu I bawak Kuih Semperit balik Shein cakap ‘Mama, Selamat Hari Raya. Kak Ros. Pin pin pin’. HAHAHAHA. 


Siti prepare 2 jenis nasik. Nasi Briyani and Nasi putih beserta lauk pauk. Ni Ayam Masak Merah.


Salad wajib ada. Signature dish BBI ni. Wajib ada. Semuaaaa worang wajib makan tumbuh-tumbuhan. Haha. Tu yang Adriel kena bahan dengan Auntie dia. ‘Fuiyooooo makan sayurrrrrr’. Memasing mintak sayur masa duduk dekat meja. Adriel punya plate half penuh dengan sayur. Shein pon tetiba mintak sayur jugak. Bebudak ni depan Mr David, Pegaga dengan Petai pon boleh jadik snacks.


Ni favorite Si Siti. Kuih Mak Jah Ampang Jaya. Kuih Mak Jah ni memang popular. Shein punya favorite Kuih Seri Muka. Nama nak Shein je, tapi suka kuih ada pulut macam ongtue.


Ayam Masak Merah diapit oleh Ketam, Acar and Daging Masak Hitam. Sedap!


Ada Sayur Kailan, Kari Ayam and Kuah Dalca as well.


Ni I punya pinggan. Tapi lepas tu tambah ketam and ayam goreng lagi sekali. Diet fikir esok-esok. Malam ni kita MAAAAAKAN!


Shein, Rayyann and Adriel. Bebudak BBI ni nama semua nak international je padahal Atok belah Mak nama Sulatin, Diman. Semua pon Jawa. Haha.


Sazli tengah bercerita pasal group ‘The Late Parents’. Usually yang hantar anak lambat is Sazli, Siti + Zairi parent Adriel and Mr Mohammad bapa si Salma. Semua close dengan Principle BBI. Kebetulan ke apa entah. Hahahaha.


Kata Sazli, dorang bertiga ni selalu la lumba-lumba sapa yang sampai ‘awal’. Awal bagi dorang is 9.30am, padahal bulan puasa masuk kelas 8.30am. Kekadang berselisih dekat atas jalan mana yang sampai dulu kasik signal angkat kening je. Poyo la sampai awal. Hahahaha. Sekarang kalau pagi, yang kena kejut ialah Sazli. Shein yang kejut.’Abah get up, shower Abah’. HAHAHAHA. 


Ni masa memula sampai rumah Adriel. Padahal baru celik mata tu. Terus ‘hidup’. Shein ni memang suka berkawan. Especially BBI Buddy dia la. Memang close. Gaduh memang ada tapi sekejap je dah baik semula. Ko punya rambut tu dah macam kena Karen Shein.


Rayyann and Adriel.


Shein busy dengan Helicopter. Suruh Mama ambik gambar Heli. Layankan ajer.


Ni je satu gambar kitorang yang approve. Siti the Lion, Ms Shariffah and Siti Nohaliza. Siti ni dia suara memang jenis high pitch. Masa memula jumpa dekat Tanah Aina dulu, I dengar dia cakap macam marah-marah sebab jenis jerit. Ingatkan dia garang tapi tak pon. Pesen jenis cakap jerit… Tapi bila dah kenal dia suami isteri semua ok. Tak sangka pulak boleh masuk kepala. Sebab tu orang cakap ‘Tak kenal maka tak cinta’.

Bebudak ni memang suka la dapat kumpul sama-sama macam ni nak pulak bilik Si Adriel peeeeeeeeeeeeenuh dengan toys. Nak roboh dengar dorang lari and main perang-perang. Puas atas, main kat depan pulak. Nerf gun aje berkotak. Tu tak tengok handbag Siti buat display lagi tu.  I segan nak ambik gambar HAHAHA. Segala Chanel, LV, Celine semua ada dalam almari. I tengah pujuk dia suruh pre-love. Kot nanti dia setuju, I share dalam blog ok? Semalam Zairi cakap nak jual Chanel Boy RM10k terus I cakap nak. Baru pakai 2 kali kot? Lepas tu kata Si Siti dekat Zairi ‘Your head!’ HAHAHAHAHA. Husband Siti jenis supportive bab handbag, kata dia dah deal beli satu setiap 3 bulan. Untunglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Anyway, thank you Siti for inviting us berbuka puasa. Shein pon happy sampai taknak balik. InsyaAllah ada rezeki nanti kita kumpul lagi. I tak sangka by sending Shein to BBI, I dapat this kind of friendship. Al-hamdulillah. Nanti kita party makan-makan lagi ok? Mmmuaaaaah!


-eNd-

No comments: