Thursday, May 18, 2017

Intan Yang Mue dan Dotty's

Assalamualaikum..

Semalam Si Intan cakap nak makan light-light je dekat Dotty tapi Intan ada RM10.00 je Kaksu. ‘Intan nak Sandwich dengan Green Tea Latte tapi. Sandwich boleh share dengan kaksu’. T___T Lepas tu I cakap, ‘No Latte, Sandwich je ok? Air minum mineral water’. (Gaya cakap tu macam cakap dekat Shein). Lepas tu dia angguk tak melawan. Bagus. Masuk Dotty nampak dessert dia nak dessert pulak. I nampak dia perati cake dengan mata bercahaya. One slice RM13.00 tak silap I. Tak sempat dia cakap nak yang mana,  lepas tu I cakap ‘Ambik donut je. Baru RM7.00’. Intan melangkah lemah selepas itu. Hahahaha. Intan ni kan dia memaaaaaaaaaaaaang tau? Manja sangat. E! Selalu la ada RM10.00 tapi nak makan aircond. 3 hari ni I sabar je dengan dia so mana dia nak makan, apa dia nak makan lepas tu ada RM10.00 I redha. Ni la Dyba cakap dia mue. Mue tau apa mue? Mue ni manja melampau. Kerjanya nak paw aku je. Tapi takpe la sebab Intan buat Kaksu happy. Apa la sangat belanja lunch RM10.00 lepas tu coffee RM12-15.00 lepas tu pisang + yogurt + chipsmore dekat news.com RM6-7.00 APA LA SANGAT KAN? Janji doakan Kaksu murah rezeki dah *rollingeyes. Intan ni kalau dekat news.com tu DAH PESAN TAKE ONE ONLY tetaaaaaaaaap tak dengar kata. Kang tetiba nampak Chipsmore atas counter dia nak. Dia kata ‘Yang ni Intan bayar sendiri Kaksu, tapi purse Intan dekat atas’. Macam tu la kan selalunya? Sampai hati ke nak mintak singget tu dekat dia? Of coz la tak. Geram je hahaha. Ni Dyba takde ni takper la nak layan dia. Minggu depan Dyba dah masuk office, biar dua orang tu tag team makan dekat kentin bawah yang bau minyak tu. Dorang cakap dah over spend. Gaji nanti baru makan sedap. Baiklah.


Salted Egg Spaghetti. Sedap! Tapi lagi power yang dekat Magnum Café la bagi tekak I. Dekat situ ayam dia sedap + ada cili padi. Memang sedap weh! Ni nak kena pergi la ni before puasa. Sapa la nak teman.



Ceaser Salad pon sedap. Tak plan pon nak makan salad asalnya tapi tetiba I nak makan tumbuh-tumbuhan so terpaksa order ni. TERPAKSA.



Chocolate Donut ni RM7.00 harga dia. Debab macam Si Ain. Daging lebih. Hahahaha.


Halololo comelnya. I suka now update dalam IG Story. Seronok pulak layan. Everyday mesti akan update IG STORY. Nak lebih dekat dengan Siti Nohaliza? Follow IG beliau @surayasulatin (Sesambil promote IG sendiri kah kah kah)


I pesan pada Intan. Lepas ni jangan la pakai dah tudung dia yang merapu jenis takyah gosok tu, pakai je bawal be_anggun. Menyampah I tengok. Dia ni aci boleh je tau? Ada hari dia malas iron baju, pergi pakai Jubah Mak dia pergi kerja.


Tudung dull satin from @be_anggunscarves. RM25.00 je u’olls. I suka sebab pakai nampak cantik and ada class. Harga pon murah. Boleh request color. Cuma Atinten now dalam pantang. Taktau bila dia nak resume back business dia. Semalam I tengok Baby Aiydeen dekat rumah Kaklong, Atinten masih lagi prepare postage tudung. Hahaha. Aci boleh je.


Sekarang kita kalau nak selfie dalam Café penuh orang pon selamba. Lantak la. Bukan orang kenal pon. Hehe.

Esok I akan balik Merbau Pulas kampung Tok. Lepas tu pergi Penang stay dekat Hard Rock sebab Sazli ada run Ahad tu. Dia masuk run dengan John, I run dengan Shein je la atas katil. Hehe. Kitorang ada dekat Penang sampai la Isnin. Bestnyaaaaaaaaaaaaaaa. Tak sabar nak makan sedap-sedap dekat sana nanti (gemok padan muka). Esok nak makan Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Woot woot! Last year waktu-waktu macam ni jugak I pergi Penang. Ni Shein dah banyak cakap ni mesti lagi best berjalan. Kata Kak Fieza now Penang panas lit-lit. Takper. Panas ok, jangan hujan. Kang kalau hujan semua menda tak boleh nak buat. I suka area Armenian Street tu. Bangunan dia cantik-cantik! Hopefully this time dapat la makan Ice Kepal. Lepas tu I nak makan jagung bakar celup susu BESTNYAAAAAAA. Ishk geli bontot fikir makanan sedap-sedap dekat Penang. Paling penting Nasi Kandaq bebeh! Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa telur sotong. Penang, tunggu dahkuuuuu!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...