Thursday, May 4, 2017

Asal Usul 'Nak Uwet'

Assalamualaikum..

Nak tau tak asal usul yang I selalu cakap Naaak Uweeet tu? Asalnya dari cousin I nama Long. Dia masa kecik-kecik dia agak outspoken la. Garang sikit and ada dengki dengan Ngah and Kaklong I. Sebab dua orang tu kawan baik, blakang dia lelaki mana boleh nak geng. Selalu la masa dulu dorang main sama-sama. Kekadang Kaklong pergi rumah Mak Itam main dengan Ngah and kekadang Ngah datang rumah kitorang main dengan Kaklong. Masa tu 70-an I dalam syurga lagi. Haha. Kebetulan Mak dengan Mak Itam mohon rancangan Felda and dapat pulak dekat Jengka Satu sama-sama. Kaklong ngan Ngah pulak almost sebaya so boleh la jadik geng. Long (Abang kepada Ngah) maybe la ada dengki ke apa sebab tu dia macam suka gaduh dengan Kaklong and Ngah. Ada sekali tu Ngah datang main dekat rumah Mak sampai 2 3 hari lepas tu tak reti-reti nak balik rumah dia. Jalan kaki eh datang rumah Mak? Ada la dalam 2km macam tu jarak rumah Mak Itam dengan rumah Mak. Zaman 70-an dulu mana la nak ada telefon semua so susah la nak contact. Motor pon tak silap I zaman tu tak ramai sangat orang pakai. Bila Ngah dah 2 3 hari tak balik-balik, Mak Itam pon suruh la Long turut si Ngah balik. Member bengang kena jalan kaki jauh kot? So bila sampai rumah Mak dia cakap kat Ngah, ‘Hei Betik (Nama manja Ngah) ! Ko balik sekarang. Mak engkau tu dah nak mampos!’. HAHAHAHAH. Lepas tu Long kan suka berangan. Kalau dia dah hensem-hensem nanti dia berdiri depan cermin, lepas tu cakap ‘Ekten!’ Ekten = eksyen. Hahahahaha. Long la yang suka sebut ‘Chek, nakwet!’. Memang masa kecik suka mintak duit dekat orang. **Anak buah Mak I panggil Mak as Chek.


Ni Adik Atol. Anak kawan baik Kaklong I. Ni sorang lagi asal nampak muka orang masa kekecik dulu, ‘Nak Uwet’.


Nama dia Azrul sebenarnya tapi biasalah nama manja jadik Atol. Kitorang panggil dia Adik je. Dah besar panjang pon Adik jugak panggil. Eeeeee mengada. Walaupon dia dah besar tapi entah eh? Rasa macam dia kecik je lagi. Dulu masa kecik punyalah nakal. Kalau dia datang rumah Mak kan, nanti dia tanya. ‘Atok, boleh adik baring atas katil Atok?’ Hahaha. Mak balas dengan jelingan maut sebab katil Mak dekat kampung semua dia tarik tegang eh? Kitorang memang dari kecik diajar guna katil masa tido je. Selain dari tu keeeeeeeeenot! Adik Atol ni dia masa kecik lambat bercakap. Dulu-dulu kan cerita Dil To Pagal Hai tu popular so cara dia describe De dengan I beza la. Kalau De, dia cakap baik sambil senyum-senyum. Dia cakap De macam Rani Mukherjee. Kalau tanya I baik ke tak dia cakap, ‘Makcik ghimau’. Ghimau tu sebab garang la kot? Hahahaha. Adik Atol ni dari dalam kereta tak turun lagi nanti dia hulur tangan cakap, ‘Atok, nak uweeeeeeet’. Hahahaha. So kitorang sampai la sekarang selalu guna ‘Nak Uwet’ tu. Sekarang dia dah tak cakap Nak Uwet dah. Tapi upgrade sikit. ‘Makcik nanti belikan Adik kasut Gucci. Adik nak. Haritu Doktor Suhaimi belikan Adik jam Tissot masa dia pergi Switzerland’. Kaklong tanya dia, macam mana Doktor Suhaimi boleh belikan. Selamba dia jawab, ‘Adik mintak’. HAHAHAHAHHAHAHA kaki pau membawak ke besar, yang pelik ada tu yang nak melayan. Sabar ajer la. Ni nak pau I kasut Gucci. Eh engkau? Makcik pon pakai Vincci je.


Haritu Adik ada interview dekat KL. Kata dia ‘Adik nak makan sedap. Makcik belanja Adik’. Yerlaaaaaaa. So bawak la dia makan dekat Madam Kwan. Kira sedap la tu kan? Air dia mintak Air Sirap Bandung. Orang tanya nak makan apa cakap semua pon boleh. E!


Adik dengan kawan dia makan Nasi Bujari.



I dengan Kaklong makan Mushroom Chicken Rice.


Ayam dia memang la sedap nak mampos.


Dessert kita ambik Banana Fritters with Ice Cream


Eh. Nak jugak letak gambar Makcik sekeping. Hehe.

Kalau Adik dapat kerja dekat KL maksudnya dia kena duduk seorang menyewa atau sewa bilik la. Kata Abang Long ‘Boleh ke Adik tu duduk sorang-sorang dekat KL’. Semua orang tak harap dia duduk KL sebab rasa macam boleh ke dia jaga diri makan apa semua nanti. Dia kan anak manja Ibu and Abah dia. Tapi dia deny. Dia cakap dia tak manja. Yang manja tu Along (Abang dia). Cecece. Kata Adik, nanti kalau Adik kerja KL, hari-hari Babah main tennis dengan Adik ye? Hahahaha. Adik Atol and Abang Long sama-sama wakil tennis untuk wilayah untuk company. Abang Long Wilayah KL and Adik Atol Wilayah Jengka. I rasa ada kot dorang pernah lawan. Tak ingat sapa yang menang. Rasanya macam Adik Atol je. Hahahahaha. Untuk Adik, Good Luck eh? Kalau dapat kerja KL sesekali boleh la belanja Adik makan. Hari-hari nak makan dengan Makcik and Mama (Kaklong I) tak ok jugak.  Pergi la carik kawan sendiri. Mana macho kawan dengan perempuan.


-eNd-

No comments: