Tuesday, May 2, 2017

Aktiviti di Kampung

Assalamualaikum..

Sabtu sampai Isnin kitorang balik Jengka. Cita-cita I always nak keluar awal dari KL tapi biasalah cita-cita tak semua menjadik kenyataan. Contoh : Cita-cita nak jadik Pembaca Berita sampai sekarang tak menjadik kenyataan kah kah kah. Pagi Sabtu tu I kunci dah jam pukul 5.00am kononnnnnnnnn. Konon kalau concentrate 2 jam buat kerja maka siaplah awal and dapat la balik awal. Lupa pulak cuti 3 hari ni jalan jem. Biasa kitorang kalau cuti panjang macam ni, pukul 6.00am dah keluar rumah nak elak jem tapi tetiba hilang ingatan maka bermasaklah dalam kereta jem dekat MRR2 sampai ke Tol Gombak dah berapa lama. Keluar pukul 11.00am sampai kampung pukul 2.45pm macam tu. I half way dah selamat tido sebab anak bujang I romentik. Dia duduk dalam car seat lepas tu suruh Mama baring atas riba dia. Dia siap letak angan dekat badan, siap pok-pok lagi. Sesekali dia baring pula katas muka I. Eeee Shein, nape ni manjakan Mama sangat.. Kata Sazli, ‘Shein dengan Abah selamat la. Kitorang pakai seatbelt. Mama tak pakai bahaya’. I cakap, ‘Okla, kalau jadik apapa jumpa I dekat Syurga la eh? Lepas tu kalau U kawen lain, jangan pulak puji I beria depan Isteri baru. Kena jaga hati dia. Walau I baik macam mana pun, walau you rindu I macam mana pon. Kena keep. Jaga hati isteri’. Gittew pesanan I. I rasa macam tak berapa ikhlas sebab sedih pulak kalau kita mati, laki kita kawen lain sebab nanti dekat syurga dah tak dapat jumpa. Sobsssss. Sazli tak layan pon I cakap. I saspek dia sedih. Sekali sebenarnya dia diam sebab malas nak layan. Hahahahaha. Balik kali ni best la sebab ada Kaklong semua so Shein ada la kawan. Dia kalau ada Amsyar takde la menyerengak dengan I. Menyerengak paham tak apa maksud dia?


Hari Jumaat Shein nak Banana. So I beli la dekat gerai tepi jalan simpan tiga dekat depan sikit dari SPCA yang menghala ke Taman TAR tu. Dekat situ ada jual mangga oren and mangga hijau. Subhanallah manisnya lahai. Lagi manis dari mangga Harum Manis. Bagi I la. Yang Oren sekilo RM14.00, yang hijau RM8.00 macam tu lebih kurang. Teringat Si Ain share gambar dia makan mangga dengan susu cair so I pon buat. Improvise sikit sebab biasalah I kan over. Lepas tu Ain tak puas hati kenapa I punya nampak lagi sedap hahaha. Potong Mangga cube. Dalam bekas pilihan anda masukkan ais + mangga + susu pekat manis dalam 2 sudu (ikut kemanisan) and susu cair sampai penuh gelas. Mix well. Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Takyah blend pon sedap.



Malam tu kata Kaklong, I kena masak. Dia setelkan pinggan mangkuk Mak. Ok Kaklong. No problem! This time balik rumah macam hazab sikit sebab Mak renovate sikit dapur buat tempat sinki. Renovatenya sikit, sepahnya macam nak buat rumah lain. Hahaha. Ada ayam tu sekor, kata Kaklong suka hati la nak masak apa. Suka hati nak masak apaaaaa?? Jawapannya memang Ayam Masak Kicap pedas la. Hahaha. I kan hantu kicap? Makan apa semua kena ada kicap manis. I letak dalam Instastory I punya masakan, tag Fouziah Gous. Lepas tu dia PM I cakap I berdosa kasik dia terliur. Oooo yang I letak video makan berdosa, yang dia pergi Jepun makan Sushi sedap-sedap kasik I terliur tak berdosa la? Hahaha. Rindu pulak Poja. Dah lama tak jumpa dia. Kata Poja, ‘Kau ingat kau artis? Aku call tak jawab, jumpa pon susah’. Haaaaa baru dia tau. Dia ingat dia je artis? Hahahaha.


Ayam Masak Kicap Pedas


Yang ni I buat Rendang Ikan Tenggiri. Ikut resepi yang Kaklong ajar. Nak masak dia sama je dengan rendang ayam cuma gantikanaayam  dengan ikan tenggiri je. Ni request by Mak Azizah. Dia hint tanya I macam mana resepi nak buat rendang ikan. Cecece. Segan la tu nak mintak menantu buatkan. Mak baru operate mata so dia tak boleh expose on haba sebab tu now dia nak makan apa kena panaskan guna microwave je. I pon suka masakkan untuk dia sebab dia jenis appreciate. I masak apaaaaaaaaaaaaaa pon sedap. Lagipon I jenis suka puji masakan I sedap. Ain tak puas hati je. Tapi lantakla. Kenyataannya begitu. Rahsia nak rendang sedap? Api kena slow.  Nak masak kena lama. Tu yang bersila masak. I turunkan dapur ke bawah. 



Semalam Mak Azizah bekalkan Nasi Impit dalam 10 pack kecik tu. I buat la Kuah Lodeh. Tak cukup bahan pon. Lengkuas takde, ketumbar bijik takde. So I tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dengan udang kering. Tu je. Serai apa semua takde. Sayur pun letak carrots dengan bunga kobis je. Lepas tu Suhun, Fucuk dengan kentang. Pooon sedap je. Rasa macam raya pulak. Masa letak dalam Instastory Kata Kaklong ‘Ok la tu dik, nanti raya ko dah boleh masak sendiri. Aku pon dah tua’. Hurm… Sedih pulak rasa. Banyak Kaklong sacrifice jaga adik-adik dia dari kecik sampai la tua bangka ni. Tetap dia Kakak Sulong yang pikul banyak soal keluarga. I love you Kaklong. Hutang makan BBap kita setel eh? Hahahah.


Petang Sabtu masa sampai tu I sempat la nap sekejap lepas tu terjaga sebab BISING. Yang tua pon bising, yang kanak-kanak pon bising. Tengok dekat luar Si Kaseh, Shein and Amsyar main getah paip. Si Shein suka la dia dapat main kotor macam tu. Dia lompat-lompat dalam lecak. Lepas tu masuk ikut pintu depan dengan baju berlumpur tu. Penat Atok engkau mengemop Shein.


Esoknya Abang Long bancuh simen, kasik Kaseh dengan Shein simen umah Atok. Tampal kat mana yang dah berlubang. Abang Long memang jenis macam tu. Apa dia buat, kalau bebudak sebok nak buat jugak, dia bagi je. Kasik learn and expose. I tak berapa setuju sikit hahahahhaha.


Cecece yang gemok tu konon dia Supervisor la?


Petang Ahad Abang Long and Kaklong melayan Mak pergi Nursery bunga beli pasu and bunga Melati. Lepas tu beli tanah jugak. Ada dua jenis. Oren and hitam. Entah kenapa nak kena guna sampai 2 tanah. Yang tu kena belajar kemudian. Masa ni De tanya Mak. ‘Mak yang Mak semai tu jenis apa?’ Lepas tu Mak jawab ‘Jenis Flower’. HAHAHAHAHAH. Bengkak tak hati nko De?


Ni kata Kaklong sejenis ulam. Kata Mak, Idah jiran kitorang selalu la ambik time nak buat nasi kerabu. Bukan Serai Kayu, Bukan Daun Sekentut jugak. Sapa tau??


Ni bunga ni pon lawa tapi banyak duri. Warna dia memula merah terang lepas tu lama-lama akan pudar sikit la. Tapi still cantik. Yang ni Mak tanam letak dalam pasu besar


Bunga ni pon cantik jugak. Nampak macam bunga raya. Tapi bukan.

Tengok dekat rumah Mak ni pokok bunga banyak jenis seronok je. Ada lada kecik, ada kacang oanjang, ada daun kesum gemok-gemok macam best je. Kata Kaklong, Abang Long pon suka tanam pokok bunga jugak sekarang ni. Esok rumah dah siap, lepas tu ada tanah sikit dekat belakang I nak tanam la macam ulam pegaga, lada solok, bendi semua tu. Nanti kalau Sazli nak makan ulam zaaaaappppp ambik je belakang rumah. Harap masa tu jangan la ada binatang apapa nak merosakkan tanaman I sebab I jenis emosi lepas tu merajuk + nanges. Hahahah. Seronok kan kalau bercucuk tanam? OMG dah tuwe betul nampaknya I ni. Suka pon bercucuk tanam je. Tak lama lagi nak bela ayam pulak. Aje mampos. Hahahaha.

-eNd-

1 comment:

mama tisya said...

sedapnya air mangga susu ngan ayam kicap tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...