Wednesday, August 8, 2018

Pasal Lift

Publish : 4/12/2017
Re-Publish : 8/8/2018


Assalamualaikum…

Bebaru ni ada dua kejadian kelakar melibatkan lift. Biasalah office puluh tingkat macam kitorang ni kalau kena nak balik time peak hours tu kekadang makan 20 lift berenti pon tak dapat nak naik lagi. Memang laaaaaaaaaaama nak tunggu lift kosong. Orang kat dalam lift ni pon kekadang duduk depan-depan semua sebab kedekut taknak kasik orang masuk. Ikutkan boleh je nak squeeze in lagi. Ada jugak yang jenis dah nampak ni dalam lift macam sardine naaaaaaak jugak masuk. Tingat dulu masa zaman I dengan Kaklong pergi kerja naik motor kan, bila balik kitorang tukar kain kepada seluar. Kalau pakai baju kurung kena la tukar seluar sebab nanti bila mengangkang naik, kain tu sampai kepeha. Hahahaha. Kalau I pakai baju saloma, kain belah belakang kan? Kekadang malas punya pasal nak tukar seluar dia punya belah dah sampai bontot. Nanti turun motor jalan mengundur la sebab taknak bg orang nampak. Tekepit-kepit. Dari office dah pakai dah ni helmet, tukar seluar so samadengan macam nak pergi menoreh. Imagine eh? Pakai baju kurung, seluar and pakai helmet yang full face tu. Dah gaya team Ultraman dah. Masa nak tunggu lift tu kekadang bekejar le nak masuk lift belah sana. Pintu lift terbukak dari jauh Kaklong pon jerit ‘tungggggggggggggggggggu’. Belari la kitorang siap ada sound effect bunyi brek ‘sreeeeeeeeeeeeet’. Sekali dalam lift orang ramai giler hahahaha. Keras kitorang masuk lift. Lepas tu ada dengar orang cakap, ‘Ada Ultraman punya team la dekat office ni’. Dalam hati = pundeeeeeeeeeeeeek! Hahahaha


Negaraaaaaaaku


Yang minggu lepas pulak lain cerita. Lift ada 6. Hadap mengadap 3 unit. Kekadang kita tunggu belah sini, lift hujung sana yang terbukak. Ada sekali tu berlari la I, Intan and Dyba mengejar lift sebab ada lift turun. Standby dah ni depan lift konon tunggu lift bukak je, zaaaappppp kitorang nak masuk. Sekali bila lift terbukak PENUH! Lepas tu dalam 5 saat orang dalam lift pandang kitorang, kitorang pandang dorang. Awkward giler sebab sesame diam. I pon entah dari mana datang idea bangang terus angkat tangan jadik macam konduktor muzik tu. ‘Negaraaaaaaaku’. Hahahahahahh. Lepas tu lift tertutup. Si Intan sampai terkepit-kepit kaki tahan nak terkencing. Dia cakap, ‘Kaksu macam mana eh boleh terfikir nak buat macam tu. Bongok la Kaksu ni. Kaksu tau tak Kaksu bongok?’ HAHAHAHHA. Yerlaaaa sebab semua diam, baik nyanyi. Hahahahha.

Kejadian kedua pulak. Naik lift ramai-ramai dengan sesapa entah office department lain. I tak kenal. Ada la kot dalam 8 orang. Ada sorang brother dekat dengan butang lift tu tanya brother belakang. ‘Tingkat berapa?’ Lepas tu Brother tu jawab ‘Empat empat empat’. Laju je dia sebut. Lepas tu I dengan Intan spontan sama-sama jawab, ‘Tingkat empat empat empat takde, tingkat empat ada’. HAHAHAHHAHAHAHHA bongokkkkk. Kelakar giler kitorang kan? Ke tak? Hahaha Ok tak payah jawab. Brother belakang tu bengang kot? Muka ketat je keluar lift dekat tingkat empat empat empat. Kah kah kah. Eh jaaaaanganlah marah. Hahaha. Hadoi. Macam-macam hal kisah lift ni. Tak kira yang masuk lift tak tekan apapa lepas tu lift tak bergerak. Berangan je memasing. Korang ada tak kisah kelakar dalam lift? Share la… I nak baca. Ok?


-eNd-

7 comments:

- dieyana - said...

hahahha...giler selamba je kan nyanyi negaraku. hahhaha

ai pun mcm2 kisah tentang lif ni, yang kelakar, sewel, bodoh, semua ada..hahha..yang sadis pun ada, terkurung dlm lif gelap gelita, 5 minit, sorang2 kau...huuhuhuh...tolongggg.....sambil meraba butang loceng. hahha, hari pertama kerja kan, panik giler weihhh...

Maie said...

Xmemasal trkekeh sorg2 kt ofis.. smpai bos tnye ade bnde menarik ke hahaha

Xde pngalaman dgn lif sbb kje ats ats yg xbrtingkat heheh lebiu kaksue santikkkk

Unknown said...


huhuhuhuhu.....mereng la kak su.
saya pun nak share satu pengalaman.saya jenis trauma kalau nampak group lelaki melayu.ada sekali ni saya sorang2 masuk lift.bila lift nk tutup ada lelaki melayu tahan.tu pun macam dh nk terkencing, panik punya pasal.ingatkan dia sorang rupanya berderet dekat belakang yg masuk,apa lagi saya cabut keluar dari lift macam kena kejar dengan orang giler..gigih sanggup naik tangga sampai tingkat 11.lepas tu saya kalau nampak group lelaki melayu nk naik lift cepat2 saya tekan button close.hahahahahha

Unknown said...


huuhuhuhuu..mereng la kak su.
saya pun ada satu pengalaman nk share.kalau ingatkan balik memang macam tak logik.saya dulu memang xramai kawan lelaki melayu boleh bilang dengan jari jer.jadi saya memang agak penakut dan trauma dengan lelaki melayu sejak sekolah lagi.masa mula2 keje, ada sekali ni saya naik lif sorang2.tapi xsempat tutup ada sorang lelaki melayu tahan.masa tu macam nk terkencing and dh berpeluh sejuk.ingatkan dia sorang rupanya belakang dia berderet nak naik lift jugak.apa lagi terus saya keluar dari lift gigih naik tangga sampai tingkat 11 takut punya pasal.lepas pada tu kalau nak naik lift sorang2 kena make sure xda group lelaki melayu.kalau ada, cepat2 saya tekan button pintu lift tak nak bagi dorang masuk.sampai sekarang pun masih takut lagi dengan lelaki melayu ..hahahahahahhaa

Hayati Ghazali said...

ada jugak, tapi ni kisah kakak i...

Masa tu dia baru balik UK..so pagi tu dia kena dtg ofis kerajaan nak uruskan hal apa tah..masa tunggu lift tu dia kata dia heran tengok orang macam resah gelisah je...pastu bila lif terbukak, dia pun masuk dengan ramai pekerja pekerja yang lain...sampai je tingkat yang dia tekan...berlari lari orang kuar lif...kakak i pun cemas ikut berlari sebab takut la jugak kan...sampai ke pintu..mereka yang berlari tu rupanya mengejar punch card...hahaha..kakak i terpaku sekejap..blur...hahahaha (bomb scare mmg selalu terjadi masa dia duk UK belajar dulu..tu yg kalut sekejap tu...ingatan kat UK fresh lagi masa tu)

Unknown said...

Ok ini kelakar.berlari lari dgn org nk punch kad hahahhaha

Alueyah said...

Adoii kaksu ni nk pecah otak I gelak tolong jgn krlakar tu jujur sgt plss ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚