Thursday, April 13, 2017

BLVD with Nina

Assalamualaikum..

Semalam lunch dekat BLVD sebelah office I dengan Nina kawan I dari Penang yang turun KL dengan Si Anny Ariffin. Nina sampai awal so dia lepak dulu dekat Dottie layan makan Salted Egg Donut sambil coffee. Memula nak makan dekat Dottie je tetiba tukar plan nak makan dekat BLVD. Anny dah siap order so dia makan dulu dekat Dottie and join kitorang later. BLVD banyak jugak ubah menu, so yang I suka Bone Marrow tu dah takde. Menyampah. Teringat kesedapan dia… Mana la nak dapat Bone Marrow yang sedap macam dekat BLVD ni. Kalau korang tau, kasik tau I eh? I kalau dah suka satu-satu makanan tu memang susah nak move on. Mesti tingat je setiap masa. Tapi semalam makan dia punya Lunch Specials Set sedap jugak. I makan Steak Sandwich. Tekak I rasa ok la, but I lebih suka Steak Sandwich dekat BRYCG Green House. Yang BRYCG tu pon dah take out from menu tapi sebab kenal Chef Tony so dia boleh la buatkan. Naseb baik. I suka kalau Steak sandwich ada caramelize onion, honey mustard dengan sundried tomato. Yang lain takyah bubuh pon takpe. Sandwich ni jangan belasah letak sos banyak-banyak nanti soggy mana nak sedap. Tingat dulu makan dekat Subway, semua sos I belasah letak meleleh sampai ke siku. Lagi banyak sos, lagi I suka. But lama-lama tengok Sazli kalau makan sandwich and burger sos dia sikit je. Bila try sedap! Since that I dah tak suka dah sos meleleh-leleh ke siku sebab sos banyak ni kill the taste. Cecece. Cerita nak gempak je. Padahal kalau letak Sambal Air Mata dengan nasik, yang tu la I terkam dulu. Kah kah kah.


Pan Fried Baramundi with Ratatouille


Yang ni Nina makan. I kurang suka Ikan yang isi putih macam Barramundi ni. I suka yang isi merah. Unless kalau isi ikan putih goreng or masakan melayu, tu lain cerita. Senang citer Ikan I tak suka yang masak western. Kalau Japanese ok. Nak pulak sashimi. Tu favorite. Tapi I rasa jugak Nina punya ni, sedap! Side dish dia is Ratatouille. Pon sedap. Nina tak habes Ratatouille, I habeskan. Hahahahaha. Si Nina ni makan alahai sopan je. Tertib je dia ambik fork and spoon. Makan pon slowly kunyah tak bukak mulut. Kata Anny sebab dia dah biasa duduk London so makan pon jadik sopan. I pulak makan sandwich memang takde der pisau garpu. Makan ngap macam tu je, macam makan burger. Hahahaha. Siap makan habes senget benget tudung punya tak senonoh mengunyah. Ingat balik jadik segan dekat Nina. Tapi sekejap je segan, now dah ok.


Steak Sandwich with Fries

Steak Sandwich ni dia bagi macam half portion from size asal yang kita boleh order untuk Main Dish tu tapi takpe, tetap kenyang. Masa dekat menu tak baca betul-betul yang side dish dia is Fries. I pergi order pulak Truffle Fries sebab Truffle Fries dekat BLVD ni beyond sedap. Semua fries takkan boleh lawan dekat BLVD punya. Mc Donald pon kalah. I nak order as side tapi dah tak boleh. Ada yang portion biasa je. Pernah order and memang takkan habes sebab tu nak order half portion je. Naseb baik boleh tapi Waiter tu masa hantar I nampak macam portion biasa, lepas tu I tanya la. Dia jawab macam muka poyo la. ‘We charge for half portion’. Cara explains and buat muka tu macam kita ni nak order half sebab takde duhet. Sabar je la. Memang betul la cakap Boss I. Pekerja Hotel/Restaurant dekat Malaysia ni susah sangat nak dapat yang sopan and hormat customer. Yang semalam tu salah sorang daripanya la.

Sedap Ceaser Salad dekat sini. Ceaser Salad ni ada dalam set Lunch Special tu. Dapat Salad + Main Dish harga RM48.00. Exclude air. BLVD dah takde house water dah, its either sparkling or still water. RM18.00 harga sebotol. Anny dia minum Mocha (RM15.00). Coffee dekat sini harga dia macam dekat Coffee Beans, Starbucks semua tu. Range dalam RM15-RM20.00 segelas ikut jenis.


Caesar Salad


Truffle Fries. RM25.00 untuk half portion. Tapi ni dia bagi normal portion. Patut RM50.00 harga dia. Sedap but makan dua orang takkan habes. Good for 4 person.


Nina. A descent girl (^_^)

Sopan and tertib orangnya


Ada sapa rindu Anny tak? Sapa rindu angkat tangan!

Nanti on Mei, I ada pergi Penang. Stay dekat Hard Rock sebab Sazli ada join Hard Rock run. Ingat dapat lah jumpa Si Nina. I dah plan nanti time Sazli lari, I nak ‘lari’ dengan Shein dalam kolam tak pon atas katil. Hahaha. Lepas tu nak suruh la Si Nina datang. Tapi dia cakap time I datang tu dia dah fly back to London. Dia pergi on 15 kalau tak silap. Eeeee menyampah! Orang dah la susah nak datang Penang, time orang datang dia pulak takde. Takpe la InsyaAllah kalau ada rezeki nanti jumpa dilain masa. Sorry Nina sebab tak dapat nak spend time lama sangat sebab biasa lah I kan Part Time Power Rangers, always busy menyelamatkan dunia. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa dekat London (Tinggi cita-cita. Padahal naik kapalterbang 50 minutes pon dah nak nanges. Hahahahaha)

-eNd-

1 comment:

- dieyana - said...

sedap dan cantik! ^__^