Wednesday, April 19, 2017

Amverton Cove : Archery

Assalamualaikum..

Seronok la dapat pergi Amverton Cove haritu sebab dekat sini ada banyak activities boleh buat. Serious banyak and memang sesuai untuk budak kecik sampai la yang dah dewasa especially yang suka outdoor activities macam I. For Kids ada pedal Go Cart, Scooter, Yoyo Car and Kids ATV and for adult pulak ada Archery, ATV, Paintball (6-12 pax), Paddle Boat, Swan Paddle Boat, Kayak, Bicycle, Fishing Rod Rental and kalau datang dalam group (minimum 10 pax) boleh buat Flying Fox, Rock Climbing, Abseiling/Rappelling. Best kan? Dah buat semua activities ni layan pulak makan dekat Golfers’ Terrace yang makanan dia sedap-sedap tu. I ada share dekat sini. Peeerrrrggghhhh! Korang nanti plan la apapa dengan family or friends yang suka outdoor activities macam ni. If ramai-ramai nanti harga akan jadik lebih murah. All activities yang I sebutkan dekat atas ni semua murah-murah tau? Nanti at the end of this entry I akan share dia punya rate. Seriously affordable. Yang I nak share harini, kitorang buat Archery. Archery ada untuk Adults and Kids as well tapi nampaknya haritu telah dimonopoli oleh kanak-kanak. Nak pulak orang lain takde and memang group kitorang je yang buat Archery time tu so boleh la belama-lama. Sorang dapat buat more than 1 round. Shein tu lagilah, duduk sampai malam pon takpe. Kemain suka dia. Padahal bukan dia pon yang shot haha. Tapi Sazli buat-buat macam Shein yang shot arrow dekat target sports archery tu. Pom-pom girl ada dekat sebelah beria kasik support dari mula sampai akhir. Beria la aku ‘Shein, good try Shein. Good job. Give me five!’ Meloncat-loncat la mak dia sebelah sudahnya give me five dengan angin. Yang Shein sebokkan is ‘Tidavi’ (Mr David). ‘Tidavi, Tidavi look look’. Sambil tunjuk arrow dekat target sports archery tu T___T


Shein and Abah in action. Cecece dia ingat dia la tu yang shot arrow. Tapi bagus Shein ni. Dia suka try semua menda. Memang nampak he’s more to sports activities. Macam tu la Shein. Lelaki kena la suka bersukan. Macam Abah pandai main bola sepak. Kasik la game apa pon dia boleh main. I love you Papa (tetiba hahaha)



Maknye Shein pon nak jugak. I ada experience main Archery ni masa dekat Lexis dulu. Lebam habes lengan sebab tak pakai arrows guard. Untuk adult kena pakai eh? Kecuali kalau rasa kebal macam Mr David. Lebam habes tangan dia. Hahaha.


Rayyan in action.


Tengok Shein, ye ye je dia focus kan? Yang tengah tolong tu nama dia Faiz. Dia yang handle bahagian recreation. Baik orangnya.


Shein try to shot ‘Edifah’


Tempat Archery ni tak jauh dari resort area. Dalam 500 meter macam tu je. Masuk dalam hutan sikit, sebelah dengan tempat Paintball. Sini kawasan dijaga rapi. I sukaaaaaa. Kalau bentang tikar lepas tu camping pon best ni


Rate : RM20.00 in house rate for 12 arrows.


Nak datang sini kena naik Buggy. Memang best!


Ni rate untuk Outdoor Activities. Operation Hours 8.30am - 6.30pm

Best la Archery ni. Kita learn untuk focus more. Kena pegang Archery Bow dengan stabil lepas tu shot! Archery Bow ada untuk Adults and Kids. Adults boleh buat sendiri je but kids kena la bantuan adults. Nampak senang tapi sebenarnya susah jugak. If ada chance, next time I nak buat lagi la. Memang best! Next entry I akan share pulak experience kitorang dekat Animal Island. Pon best jugak especially for kids la. Lepas tu every weekend ada show ular bebetul depan mata. Seram tapi a good experience la untuk kitorang semua. Shein selamba pegang Phyton. Semuaaaa orang pegang except for Shariffah. Hahahaha. Takot la tu! Malu je dengan Shein sebab Shein pon boleh pegang Phtyon tau? Si Bryton pulak acah-acah berani, tapi sebenarnya takot sebab lepas tu muka nak nanges. Hahahaha. Ok guys, till next entry. Mmmuaaaaaaah!

Amverton Cove Golf and Island Resort
Jalan Pulau Carey, 42960 Pulau Carey, 
Selangor,Malaysia

-eNd-

No comments: