Tuesday, March 21, 2017

Viral oh Viral PEROMPAK !

Assalamualaikum..

Nak taip ni pon masih ada lagi sisa-sisa bengang sebab kes semalam, I found out yang entry I bertajuk Resepi Homemade Shell Out Sedap yang I share telah digunakan tanpa izin dari I and lepas tu taknak bagi credit pulak oleh Facebook Fanpage Viral oh Viral. Pundek punya Admin. Dah la plagiat orang punya karya lepas tu dibahasakan kita pulak. Eeeee menyirap ok? Kisahnya bermula dari ada seorang readers yang tag I dalam satu post resepi Homemade Shell Out ni. Memula I nampak la yang dia letak credit surayasulatin.blogspot so I pon PM dia mintak dia tukar url complete link entry shell out tu and terus Admin dia cakap yang dia dah tukar resepi tu. Ewah. Dia ingat semua orang bodoh macam dia ke? Kata dia dah tukar sebelum I PM lagi sebab ‘takot kes yang macam ni la’. Dah kalau dia tukar, how on earth masa I PM dia masih lagi dia guna resepi I dalam post tu? A moment after that PM baaaaaaaaaru la dia tukar. Sanggup eh dia tukar resepi rekaan dia tu yang entah sedap entahkan tak sebab kedekut nak bagi kredit pada I and blog I. Hahahaha. Macam-macam jenis manusia dalam dunia ni. Yang I tau, orang yang ‘takot’ nak bagi credit ni dia rasa macam nanti dia bagi FREE PUBLICITY pada kita and at the same time risau traffic kita naik. Sebab tu sanggup taknak kasik link, Subhanallah. Padahal rezeki tu kalau dikongsi lagilah Allah bagi more. Bab kongsi rezeki ni I dah banyak kali sangat dah cakap.  Tapi biasalah kalau dah ada dalam hati tu perasaan ‘tamak’ memang tak boleh nak buat apa. Ni sebenarnya case yang kedua involve entry Resepi Homemade Shell Out I ni.

Last year ada jugak I mintak this one high rating pageview cooking blogger untuk cuba resepi tu with a deal. End up dia ignore the deal, whatsApp and PM dalam Facebook pon dia taklayan lepas tu resepi I yang dia cuba tu kredit ala kadar je dia bagi. Kredit : Suraya Sulatin tu je. Kah kah kah. Takde  blog link, takde apa. I pon taktau dah nak cakap macam mana. Anggap rezeki I sampai situ je la tapi untuk manusia-manusia tamak ni, I harap one day dia akan dapat balasan la. Sungguh I rasa teraniaya. If that cooking blogger tu tanya I sekarang apa I nak, I nak dia remove entry tu and buat la entry lain and jangan guna resepi I. Deal lain tak payah, disini taknak! As for now, untuk kedua-dua person ni, I tak halal. Tu je I nak cakap. Tau tak hukum dia kalau berhutang macam mana? Nanti bila mati, roh keatas tak, kebawah pon tak. Tergantung. Tak takot ke? Bak kata Admin Viral oh Viral, ‘resepi tu bukan boleh bawak ke kubur pon’. So? Ko dapat share sampai more than 20k dari resepi aku yang tak boleh dibawak kekubur tu, lepas tu kau dapat paid review by that, ko rasa macam mana? Ko guna penat lelah usaha orang untuk ko buat duit… Tak malu ke?


Ok. Memula I komen, dia delete. Lepas tu I pon PM. As yang korang boleh baca, kasar ke bahasa I pada dia? I mintak letak complete link je. Bukan mintak remove or mintak duit ponnnnnn.



Dan dan dia cakap dah ubah resepi sebab risau kes macam ni la? Bodoh ke apa risau kes macam ni? Dah kalau guna gambar and resepi orang, kasik la kredit. Tu je. Mintak izin. Itu caranya. Bukan main semberono je. Dia buat hari Sabtu post tu, masa I PM dia semalam BARU LAH DIA TUKAR. Time tu dah dapat more than 20k over share. Disclaimer blog I tak baca ke?


IMBOK dia kata? Ni budak wechat ke apa ni? Nampak sangat bukan a smart person. Belum sempat bincang lanjut, dia dah block I. Biasalah…. Orang bersalah memang macam ni la. Takot dengan bayang-bayang sendiri. Kah kah kah.



Ni I sempat printscreen masa sebelum dia ubah resepi guna resepi dia yang entah betul entahkan tak la resepi dia. Dicopynya ayat kita sebijik sebijik lepas tu kredit kasik url yang tak complete. 


Sebijik-sebijik dia copy

Ni la url yang tak complete yang I mintak dia ubah tu. Tapi taknak….. Kedekut weh. Takot kita lagi popular la tu. Dia taktau Sazli lagi famous dari dia sebab dapat masuk HotFM Instagram. Hahahahahha. Dia dapat masuk ke? 

So dekat sini, I nak mintak jasa baik korang semua untuk report page Viral oh Viral ni. Share la entry ni biar semua orang tau yang karya walaupon nampak bodoh, tak boleh diplagiat/dicuri. Kena mintak izin dari tuan punya badan. Tak kisah la tak boleh bawak masuk kubur ke apa. Kena hormat hak orang. Jangan dicuri. Mencuri tu pon bukan lah sifat yang bagus ye? Page Viral oh Viral ni banyak kot curi gambar, resepi and video orang lain tanpa kasik kredit. Semalam pemilik video dalam post tu pon ada komen, but macam biasa la dah kena block. Ni la sejenis manusia yang senang mencarik duit dengan guna orang lain. Duit taknak keluar, izin taknak mintak, lepas tu semberono je. Haik ptuih!!! Bencinyaaaaa akuuuuu hahahhaha. Eeeee geram sangat sampai I taip ni tergelak-gelak. Habes rasa marah sampai sudahnya aku ketawa. Udah giler ke apa?

Korang, tolong I report page ni ok? I tau page strong macam ni susah nak ditumbangkan but at least kita cuba. Kalau kena tutup, baru padan muka. Biar next time dia belajar dari kesilapan dia. Jangan sesuka hati nak ambik kesempatan menceroboh karya orang. I bersusah payah kot dengan Kaklong and De buat Shell Out tu sampai kepala semua bau kari blakang sesenaaaaaaaaaaaaaaaang je kau nak copy paste lepas tu taknak kasik kredit. Kentut kau la. 


Ni cara nak report page
Step 1 : Memula search viral oh viral dekat Facebook
Step 2 : Pergi dekat bahagia atas ada tanda 3 tu kan? Lepas tu click report
Step 3 : Pilih la mana-mana. I pilih yang ke 5 tu
Step 4 : Submit to Facebook to review

As for now, memang I tak puas hati giler. Kang kalau sampai nak kena tulis email dekat Facebook mengadu keluh kesah Mak Esah masalah karya diplagiat ni macam melampau sangat tapi I bengang la sebab macam kena buli. Serious. Untuk ADMIN Viral oh Viral kau dengar sini bebaik eh? I tak halal you guna resepi I tu walaupon sekejap. U biadap ok? If I nak carik sapa you, I can. No problem. My husband can easily find you just like that. Seriously he can. Sesiapa nak buat masalah dengan I dipersilakan tapi deal la with my husband. Tu je nak cakap. Sekarang kau takot ke tak? Kalau tak takot takpe. Kalau takot lekas mintak maaf NOWWWWWWWWWWWWWWWWWWW.




Banyak dapat share eh guna resepi I? 21.7k share. Rezeki kau la eh Viral oh Viral. Walaupon resepi tu tak dapat bawak masuk kubur tapi kau pon satu hari akan masuk kubur. Ingat tu! Hmmmm macam tak berapa nak relate sangat pulak. Hahahaha. BTW dia punya point No 5 macam bagus je. USAHA, TAWAKKAL, DOA PADA ALLAH. Ewaaaah cakap nak bahasa masjid je tapi perangai serupa kepak ayam pizza hut. Hangit bau ketiak bangla! Pui!

-eNd-

4 comments:

ubai ismail said...

ramai sekarang ni suka copy paste leps tu tak letak kredit.

ermm.

kesian blogger2 yang penat menulis kan.

Nur Aishah said...

hhhahahaha mana nak cari suraya sulatin dah dalam dunia ni?? marah2 dia pun sempat geletek2 usus orang?? nnt lunch hour kang haku report sama makzukebeg(ni bkn saja2..ni mmg sbnrnya tak pernah betul eja nama mamat ni!). hidup suraya! *bawa sepanduk gambar shellout*. jom!! kita buat piket jalanan area ampang!

f.m.y said...

kaksu..bila jadi camni, kaksu ingat 1 je.. Kak su makin glamer.. Chin Up kaksu.. Move ahead.. Abaikan yang nonsense ni.. USAHA, TAWAKKAL, DOA PADA ALLAH hahaha

~faRahaNis~ said...

hahahahah.. sori kaksue, i terketaweee... nk marah org tp bahasa comel..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...