Monday, March 20, 2017

The Trove and Fickles

Assalamualaikum..

Haritu I ada pergi ke Fikcles sebab nak jumpa dengan kawan Shariffah nama Miss Lola Anna Fira untuk ambik baju. Baju ala-ala British India yang macam kurung kedah tapi takde kocek. Boleh pakai dengan jeans, palazzo and kain tu. Jenis senang sebab sarung je, lepas tu pakai rantai besar daaaaah Siti Nohaliza. I sukaaaa la baju macam ni sebab multifunction. Nak pakai pergi office pon boleh, kenduri pon boleh, jenjalan pon boleh. Paling sesuai nak pakai masa Open House punya season. Pakai dengan Palazo also look decent la. Baju macam ni kalau makan banyak pon InsyaAllah selamat sebab dia akan cover perut buncit lepas bedal lemang sebatang. Kah kah kah. Miss Anna pon ada buat banyak jenis kain. Ada Cotton Prada, Lace, Opal Chiffon, Cotton Embroidery and many more. Actually I pon tak ingat apa jenis kain dia ada. Hahaha. Yang Cotton murah je, starting price RM55.00 sehelai. I dah ada a few colors dah. Bahaya kalau Miss Anna datang bawak bag dia tu, nanti semua nak rembat. Korang boleh tengok dekat FB Page The Trove. Tapi situ tak banyak pon dia update sebab baju dia ni macam goreng pisang panas. Sekali keluar, tak sempat masuk FB dah gone. Jahitan dia kemas, kain pon berkualiti and nampak ‘mahal’. I masa memula tengok tak percaya harga RM55.00 je. Kata Miss Anna, dia start buat ni sebab susah nak carik yang berkenan dihati. Lepas tu dia buat sendiri la. Miss Anna ni, dia la boss, dia la QC dialah dispatch. Semua dia buat. Gila kuasa betul. Hahaha.


Cantik kan? Simple je. Pakai dengan necklace. Purrfect!





Apa nak panggil baju ni? Cotton Top eh? Ada memacam color. Memang rambang mata nak pilih. For cotton, harga RM55.00 sahaja sehelai. Murah kan?



More colors. Selling fast you alls. Kalau nak tau stock terkini kena check dengan Princess Anna ok?

Sesambil borak, kitorang pon makan la. Serancak bercerita, serancak tu jugaklah makanan gone. I tanya Miss Anna, mananyaaaaaa gambar orang pakai? Dia cakap guna gambar Shariffah jer la. Dia tak sempat nak buat photo shot. Lepas tu I dah pesan, buat la Instagram. Nanti sapa pakai, dia masukkan dalam Instagram dapat la promote jugak. Kata Miss Anna, dia dah try jadik model but Ya Rabbiiiii. kalah Kate Moss. Tu yang dia malas tu. Hahahaha. Masa kitorang jumpa tu, air kosong je segelen habes dekat kitorang. Banyak sangat cakap, cenggitulah. Air liur cepat kering. Jom layan gambar makanan pulak.


Lontong Goreng Fikcles


Yang ni pulak Salted Egg Wrap. A must order thing kalau datang Fikcles


Last but not least, Green tea Frap. Pon sedap!

Baju-baju Miss Anna ni under label The Trove. Packaging pon cantik siap ada reben and label hand-writing. Nampak sangat Miss Anna ni very particular dengan barang yang dia jual. Next batch dia dah bagi I warna-warna yang bakal keluar. I menyirap je tengok. If korang nak order, boleh terus Call/WhatsApp Miss Anna Fira dekat 019-3830282 but expect late reply sebab Miss Anna ni jenis busy all the time. I seronok dengar dia cerita pasal dia and Mak dia. Gaduh-baik-gaduh-baik and pasal Mak dia punya travel experience over Europe dengan kawan baik dia. Kata Miss Anna Mak dia kuat bebel. Kalau campak Mak dia dalam perigi lama yang ada hantu pon, nanti hantu tu yang keluar sebab tak tahan dengan Mak dia. Hahahahaha. I suka borak dengan dia. Semua cerita jadik kelakar walaupon cerita serious. Sesambil borak, tak sedar makanan atas meja semua gone. I pon dah lama rindu nak makan Lontong Goreng dekat Fikcles. Sedapnyaaaaaaaaaaa!! Memang takkan lagi ada mana-mana tempat yang buat Lontong Goreng sesedap dekat Fikcles ni. Best la meeting ni. Makan sedap pon dapat, baju cantik pon dapat. Woot woot!

-eNd-

2 comments:

Dyba Dbuh said...

kaksu.. dyba pun suka jugak baju2 mcm ni..
tapi ada size dyba x? hahha

Chooyaya! said...

dyba dbuh : size dyba kena custome made la. kaksu try tanya tauke dia boleh tak buat kecik terus. deh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...