Friday, March 17, 2017

Sazli di HotFM

Assalamualaikum..


Sazli semalam popular la sekejap sebab video dia nyanyi lagu Aiman Tino yang I secretly rakam masa dalam kereta OTW balik kampung 2 minggu lepas tu dah gone viral-viral ayam sebab Hotfm re-post dari IG I. Hahahaha. Tak pepasal je kan? Kebetulan semalam HotFM punya segmen dengan Aiman Tino, tu la dorang kekonon carik mana-mana Mat Rock yang layan lagu jiwang suruh tag dekat video Sazli tu. Aku yang beria jadik bloger 28 tahun ni selamba je Sazli caras dalam masa 1 hari. Hahaha. I tengok view dekat IG HotFM yang video Saz tu mencecah almost 25,000 view kot? Amboi dia tu. Once dapat tau je video Saz masuk HotFM maka kecoh la dekat group Perth and Facebook. Apai la paling over siap nak jadi Manager la, suruh potong rambut pakai gelang la. Hahahah. Bongok memasing. Berlawan-lawan nak groom Saz. A day before si Ahmad Zack bagi video Aiman Tino tinggal pesan pada Sazli suruh rakam cover lagu 2 minutes. Sampai habes pon takpe dia kata. Hahahahah. Gini lah kalau kawan-kawan banyak kerja media. Senang je nak penetrate artist. Tapi yang I pelik, I dah baaaaaaaaaaaaaaaaanyak kali bagitau nak jadik Pembaca Berita hapah takde sorang pon layan ok? Si Effa tu kerja TV3 lepas tu kawan baik Jay Jamalina kan? Ade dia nak suruh I datang audition? Takde. Menyampah. Hahaha. I kalau dapat jadik Pembaca Berita sumpah memang semua orang akan terhibur lepas tu paling attitude sekali I la among anchor yang dah ada ni. RTM, Astro, Media Prima habes I tapau semua. Kalau berita Politik ada I campak je kot kertas dekat camera siap tendang. Tak ikut dah skrip auto queue dekat screen. Hahaha. Lepas tu mekap nak JLo je hari-hari siap pakai crown tinggi-tinggi. Haaaaaa ko ada Pembaca Berita pakai crown? Nanges la DS Vida dekat tepi tu sikit I tak heran. HAHAHAHAH.


Bukan senang nak cari Mat Rock layan lagu Aiman Tino ok? Hahaha. Sazli ni memang tau? Tak sepadan dengan imej rock rambut panjang kenteng. Karaoke pergi nyanyi lagu Langit Ketujuh Sharifah Zarina memang kena bahan la dengan Apai, Apis, Kidd semua. Lepas tu dalam kereta layan ambik video Hantu atau Buaya dengan Shein hahahahahhahah. Kot nyanyi lagu rock Awie or Amy Search ok jugak tapi itulah suami I. Rambut panjang tak bermakna ganas. Dalam hati ada taman konsep dia. Hahahaha. Sazli ni dia orang seni. Baik. Pandai handle anak. Pandai main bola sepak. Pandai bawak diri. High tolerance level, bijak, Architect, solat trawikh tak tinggal kalau Ramadhan, Maghrib and Isyak memang Jemaah dekat surau tapi kekadang imej dia tu orang boleh salah tafsir dia ni macam kutu keladak entah mana-mana. Tapi tak salah orang jugak pon. I kalau tengok orang rambut ngerbang pakai sleeveless pon I seram. Hahahaha. Sebab tu pepatah Mat Salih berkata, ‘Don’t judge the book by its cover’. Gittewwwww. Tak kenal maka tak cinta. Ye dak?

Kepada Sazli, tahniah sebab dapat popular sekejap semalam. Berani eh you nak sailing I? Hahahahhaha. Lepas ni kalau ada permintaan kena la buat video lain pulak eh? Hehe. Shein prop. I tukang rakam merangkap Manager. Kah kah kah. Tak puas hati pulak kena jadi Manager talent nama Sazli. I ingat I yang artis Siti Nohaliza ternyata I kalah di tangan Sazli. Cis!

-eNd-

3 comments:

Amanda Suria said...

Caya la Sazli..mat rock layang jiwangggggg

Chooyaya! said...

amanda suria : dalam hati ada taman tu. hehe.

Nur Aishah said...

Su..effa tu effaizah shaidan ke shaidin eh?? yg penah jadi pengacara melodi tu eh?? ek eh smua kawan2 haku hang kenai..si talib pun kenal.. mak lekha umah depan galaxy?? tak kenal? tu mak mentua aku tu.. hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...