Monday, March 20, 2017

Jom Kawan-Kawan Kita Bantu Adik Syahid

Assalamualaikum..

Kawan-kawan semua… Harini I tengok satu gambar re-post dari IG pasal anak Bazli UNIC nama Syahid yang sekarang tengah buat rawatan kimoterapi sebab kena Kanser Lymphoma  Stage 3. I tengok bibir dia dah melepuh dah. Sian dia… Umur dia baru 3 tahun. Muda setahun dari Shein je. Tengok adik ni punya gambar terbayang muka Shein. Sedang Shein purak-purak sakit kaki pon I dah sebak, inikah pulak sakit yang macam ni. Kecik lagi dia untuk rasa sakit sebegini hebat. Adik Syahid dah 6 hari tak makan. Kata Doktor, minggu ni memang minggu kritikal untuk Adik Syahid kesan dari kimoterapi. Dia diberi susu pon dari saluran tube. Ulser yang teruk dalam mulut dan bawah lidah membuatkan pipi Adik Syahid bengkak. Bibir tersangat kering sampai luka. Allah… Kuatnya kesan kimoterapi pada anak kecik ni Ya Allah… Kesiannya dia… Kau kurangkanlah sakit Adik Syahid Ya Allah, dia kecik lagi.… Rambut Adik Syahid dah mula gugur. Kata Doktor 27 Mac ni mungkin kimoterapi untuk round ke dua. Auntie Su harap, Adik Syahid kuat. Ok? Taktau nak cakap macam mana. Sedih sangat. Ni pon seketul ada dalam tekak rasa macam nak muntah pon ada. I ingat nanti bebila nak visit dia tapi takot I yang tak kuat. Taknak la attach sangat. Maybe tengok dari jauh je. Macam dulu kes Arwah Angah meninggal, I susah nak lupa. Asyik nanges nanges nanges. Sebab jumpa dia dekat Hospital. Tapi takde rezeki, masa visit tu is hari dia meninggal pon.


Adik Syahid. Cancer Lymphoma Stage 3

Korang.. Kalau sayang I or acah-acah sayang pon takper la. Jom la ye kita sedekah sikit dekat Adik Syahid. Ni ialah orang yang betul-betul kita kena tolong. Untuk keluarga dia supaya ringan beban. Ni I tengok Ayah Adik Syahid nak cari rumah sewa area KL untuk 6 bulan. Maybe untuk senang urusan mengubat adik Syahid. Banyak tu nak guna duit. Kita tolong ye? Please. RM10.00 pon takpe. I tengok hari-hari traffic I 10-12k view. Let say la each one of you bagi RM1.00 pada adik Syahid, family dia dah dapat RM12,000 dah kan? Mungkin boleh ringankan beban keluarga dia. I dah banyak kali cakap, The Power of sadaqah. Subhanallah Maha Hebat. Nanti bila kita ditimpa kesusahan, Allah akan bantu dengan cara yang tak disangka-sangka. Murah je rezeki kita, sungguh. Rezeki tu kan dari Allah? Mungkin dia bagi untuk kita kongsi dengan orang lain. Please ye kawan-kawan? Sekejap je ambik masa bukan online banking and buat transfer. Kita tolong family Adik Syahid ye?

Kalau kata tak mampu nak bagi sumbangan, mohon panjang-panjangkan entry ni atau repost dari IG I pon takpe. Mungkin tu pon dapat membantu Adik Syahid dan keluarga dia. Sedekahkan al-fatihah pada dia and mohon Allah permudahkanlah urusan Adik Syahid dan keluarga dia. Mohon Allah kurangkan sakit dia… Mohon yang baik-baik dari Allah untuk Adik Syahid. Sesiapa yang bagi sumbangan pada adik Syahid, I ucapkan berbanyak terima kasih. I takde apapa pon kaitan dengan family Adik Syahid. Tak kenal sesiapa pon dalam keluarga dia, tapi apa salahnya kita tolong menolong dan berkasih sayang sesame insan kan? After all kita semua kan bersaudara? J

Untuk Sumbangan boleh bank in ke RHB Bank Mohd Fairus Zainal (Pengarah Urusan UNIC) 1581 8700 0626 40. Ok macam ni. Sesiapa yang bagi sumbangan, boleh WhatsApp I 0129184042 and bagi proof sumbangan tak kisah la berapa pon. RM1.00 pon takpe janji bagi. Nanti I kasik discount beli House of Corset RM100.00 sehelai. Annesuraya Skincare RM80.00 satu set. Transbella RM70.00 sebotol and Transgluta RM60.00 sebotol. Ok? Kita bantu Adik Syahid dan keluarga ye?

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...