Friday, March 31, 2017

Aiskrim Malaysia Sedap!

Assalamualaikum..

Dulu masa zaman kanak-kanak, Eskrem Malaysia memang la terpaling favorite sebab sedap, manis, sejuk dan murah. Murah tu yang paling penting. Seposen je sebatang. Memang layan je kalau makan. Jiran-jiran pon banyak yang jual. Kalau jalan kaki balik dari sekolah, I biasa lalu jalan belakang (jalan potong) so singgah la rumah Ayu Ouyob beli eskrem. Ada Milo, Sirap, Limau Kasturi, Asam Masin… Kekadang upgrade skek macam eskrem bubur kacang hijau. I sukaaaaaa. Yang paling favorite is eskrem kelapa la. Sedapnyaaaaaa sebab dalam dia ada isi kelapa. I memang suka eskrem kelapa. Kekadang abes sapu sampah, Mak upah dengan Eskrem Malaysia jugak. Padahal boleh buat sendiri tapi biasalah yang kena keluar duit tu lebih sedap. Hehe. Nak dapat eskrem cone memang agak susah la. Tu kena kerja keras sikit macam tolong kutip buah relai dekat ladang baru la Arwah Ayah bagi upah singget. 3 lot pulak tu. Perrrrghhhh. Upah singget tu dapat la beli eskrem cone. Dulu asal eskrem cone, kitorang panggil koneto je (Cornetto). Tapi susssssssssssssssah sangat nak dapat. Once a while je. Ni I citer pasal eskrem ni sebab tetiba macam reminiscing back masa zaman dulu sebab jiran I, Kak Fieza ada jual Eskrem Malaysia. Semua sedap-sedap. I nak makan kena sorok-sorok sebab Boss I (Sheindong) tu kalau nampak I makan Eskrem Malaysia, dia menggelupur nak sama. Kalau mintak tak dapat, dia rampas je dari mulut I. Hahaha. So kalau nak makan, balik kerja tu I singgah dekat Kedai Pakistan bawah apartment ni and makan la cepat-cepat sampai naik kebas mulut. By the time sampai atas kena makesure abes. Dulu Kak Fieza ada letak dekat kedai bawah tu, now dah takde.


My most favorite yang Kak Fieza buat. Aiskrim Malaysia perisa Oreo.


Eskrem Malaysia Kak Fieza ada banyak flavor. Ada Oreo, Asam Boi, Mangga, Cendol, ABC, Guava Asam Boi, Tembikai, Apple Asam Boi, Jelly, Fruit Cocktail, Banan, Nata de Coco, Sumi and many more. I suka yang ada element coklat and susu. Tak kisah la apapa janji ada susu. Macam Coki-coki pon Kak Fieza boleh buat jugak. Kak Fieza boleh supply untuk any event, sekolah-sekolah, kedai-kedai and nak jual dekat rumah pon ok. Takde guna sebarang pewarna dan 100% guna air yang dimasak. Eskrem Kak Fieza ni I confident nak makan sebab kadang-kadang ada jugak eskrem jenis macam ni pakai air paip. I boleh tau kalau guna air paip sebab usually texture dia akan jadik keras semacam. Kak Fieza base dekat Ampang. Yang duduk luar dari Ampang pon boleh je nak order, yang tu boleh bincang dengan Kak Fieza ok? Minimum order is 30 pcs. Nak mix perisa pon boleh. 10 pcs minimum untuk 1 perisa. Selain yang I sebut dekat atas, korang boleh je kalau nak order perisa lain. Just bagitau je dekat Kak Fieza ok?


Aiskrim Malaysia perisa Guava Asam Boi


Aiskrim Malaysia perisa Manggo


Aiskrim Malaysia perisa Watermelon


Aiskrim Malaysia perisa ABC


Aiskrim Malaysia perisa Cendol


Aiskrim Malaysia perisa Asam Boi



Home Made Aiskrim MALAYSIA

Sapa yang berminat boleh Call/WhatsApp Kak Fieza 012-2360434 . harga sebatang untuk semuaaaaaaaaaa perisa sama je. Singget satu. Nak order kena advance 2 hari sebelum tarikh delivery ok? Sebagai peminat Eskrem Malaysia Kak Fieza, I boleh jamin yang eskrem ni memang sedap, bersih dan berbaloi. InsyaAllah. Setiap eskrem tu memang rasa dia puas hati. Takde la kedekut rasa/gula. Manis pon just nice, takde la sampai level potong kaki. Memang kena sangat dengan tekak I. Untuk sesapa yang ada event macam birthday ke, pot luck ke, I memang suggest korang order dengan Kak Fieza or kalau nak beli and letak dekat office pon ok jugak. Nanti kalau ngantuk, pegi je peti ais, layan makan Eskrem Malaysia. Memang best!

-eNd-

No comments: