Wednesday, January 4, 2017

Langkawi Girls Trip : Mak Ngah Gulai Panas, Kisap

Assalamualaikum..

Masa dekat Langkawi dapat la kitorang makan Laksa Ikan Sekoq dekat tepi Airport tu. Kan kalau dekat Langkawi ni sebok orang suruh makan Laksa Ikan Sekoq. Bagi I, rasa Laksa tu biasa-biasa je. Macam rasa Laksa la. Takde la extra-ordinary ke. Kot I yang tak tau appreciate tu taktau pulak. Bagi tekak I, sedap lagi Laksa Mak Timah dekat Jengka satu. Hehe. Masa first night sampai, dapat makan ketam and more seafood’s dekat Mahsuri Bamboo Restaurant. Dia punya restaurant menghala ke Pekan Kuah and ada 2 ekor udang besar sebagai pintu gerbang. Kemain. Makan pon sedap! Lepas tu dapat makan Nasi Dagang Pak Malau tepi sawah. Pon best. Korang boleh baca dekat sini.

This entry pulak I nak cerita and share tempat makan sedap dekat Restoran Mak Ngah Gulai Panas, Kisap. Kalau korang nak datang, waze je Masjid Kisap Langkawi. Restaurant ni right in front of Masjid ni. Kitorang makan dekat sini lepas buat Mangrove Tour dari Jetty Tanjung Rhu. Kedai biasa kodok je. Jual Nasi Campur tapi boleh buat gulai made to order. Gittew. Ikan boleh pilih sendiri nak apa dekat dia punya peti ais. Masa Kaklong cakap nak makan Gulai I dah bentak-bentak kaki sebab rasa macam ‘Apeni gulai? I taknaaaaaakkkk!’ sebab I imagine kalau Gulai ni macam Gulai Kawah tu masak banyak-banyak no no I don’t like. Tapi bila rasa yang masak fresh guna rempah gulai giling perrrghhhh kata ko. Ni memang different punya gulai. Bukan macam Gulai Ikan dekat KL yang Mamak tu. I pening kepala kalau makan. Ni lain ok? Gulai Langkawi korang kena try!


Hurm.. Nak makan yang mana satu eh? Kaklong sampai confuse nak makan apa. Lauk kitorang mintak simple je. Ikan Kerapu sekor. Kepala dengan ekor buat Gulai. Badan Goreng. Lepas tu lawan dengan ulam pahit macam pokok puding apa entah cicah dengan Sambal Belacan and Kicap campur bawang and cili tu. Perrrrghhhhh



GF and Kaklong. Ko muka lebo ikut sapa ha nyonya? Dia ni kalau pakai compact powder cepat habes sebab muka dia luas banyak ruang kena sapu. Haha. Kalau muka kecik macam Mak jimat la beli bedak.


Ni Adik Emy. Dulu masa dia kecik, Kaklong yang kerja mengasuh dia. Ayah dia Cikgu dekat Sekolah Kebangsaan Jengka Satu. Cikgu Yusof Che Pin nama dia. I pon ingat-ingat lupa pasal Adik Emy. Yang I ingat is Mak memang baik dengan family Cikgu Yusof sekeluarga.



De dengan Siti Nurhaliza

Now Cikgu Yusof berada di Kementerian Pendidikan Perlis. Adik Emy pon sama ikut jejak Abah dia jadik Cikgu jugak. Tapi sekarang ni dia pon sama jugak dengan Abah dia, Cikgu yang kerja dekat Office. Thank you pada Cikgu Yusof sebab belanja makan dekat  Mahsuri Bamboo Restaurant and Adik Emy belanja dekat Mak Ngah Gulai Panas ni. InsyaAllah ada rezeki nanti kita jumpa lagi. Jauh benau nak datang Langkawi ni. Kata Cikgu Yusof nanti dia nak datang Jengka. Nak reminiscing back masa zaman dia muda-mudi dulu. Cikgu Yusof dia mengajar De I. Sebab masa dia pindah Perlis tu, I pon tak masuk sekolah rendah lagi. Tapi I remember memang I ada memory dengan Adik Emy. Dia panggil I ‘Kak Cik’ and panggil Mak I, ‘Mak Tua’.


Ikan Kerapu goreng simple macam ni. Makan panas-panas dengan nasik. Peerrrghhhhh kelaut la ko punya diet.


Close up sikit Gulai Panas Ikan Kerapu by Mak Ngah Gulai Panas. Ni bahagian kepala. Letak Bendi sekali. Sedapnyaaaaaa! I suka makan Gulai dengan Kicap Manis.

Macam I cakap tadi, if korang nak datang sini boleh Waze Masjid Kg. Kisap je ok? Senang terus sampai. Tak berapa jauh sangat dari Pantai Cenang. I agak dalam 30 minutes je kot perjalanan. Sini ada jual Nasi Campur jugak tapi kalau nak power, wajib order Gulai Panas ok? Ikan Fresh boleh pilih. Haritu kitorang makan berenam sekali dengan Ain and Adik Emy, sekor debab Ikan Kerapu sama macam Ain total bill is RM150.00 kira ok la kan? Takde la mahal mana. Ni tengok gambar dah ada rasa teringin jugak ni. Nanti nak mintak Kaklong masak Gulai Ikan macam ni jugak la. Tapi rasa tu taktau la sama ke tak. Daun yang macam daun puding tu pon I makan habes! Punya hebat. I sorang je makan sebab daun tu rasa pahit. Dekat Langkawi memang I gain weight kot? Ada la 2 kilo sebab makan wajib bertambah. Selera manjang. Makan Maggie cup pon berebut-rebut. Bukan berebut dekat tangan yang pegang cawan tu tapi berebut dekat mulut terus. Hahaha. Ngek!

-eNd-

3 comments:

cikkyra blogspot said...

sedapnya lauk. hohoi.

Mommy Cici said...

uihh gulai tu. makan dengan sambal belachan, renjis dengan kicap. dap dap

Chooyaya! said...

cikkyra : memang la sedap. makan pulak panas-panas

mommy cici : perrrrghhhhh pengsan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...