Thursday, December 15, 2016

Tanabendang Banglos Langkawi & Nafihan Travel

Assalamualaikum.
.
First sekali nak ucap terima kasih pada semua readers yang dah bagi info pasal trip Langkawi. Harini kaksu suruh (paksa) update blog and share pasal accommodation and kereta sewa. Dia kirim salam jugak dekat korang. Dia busy sikit sebab ada concert shein and lepastu ada photoshoot. Cenggitu la YB. Level-level rosmah je dia punya busy. Tapi sebenarnya kalau kaksu busy ni elok jugak, sebab bila dia banyak masa free dia suka carik pasal dengan ain. Hahaha.

Ok first sekali kita letak la gambar rumah yang kaksu dah decide. Booked. Tanabendang Banglos Langkawi. Tak tau kenapa guna term banglos sedangkan rumah dia takde pulak lapan tingkat ada lift ke apa. Tapi cool kan? Rumah kampung complete with everything.


Anyway, previous entry yang ain buat sebelum ni silap info. Nama tempat ni Tanabendang. Bukan D’Bendang. Patut la bila kaksu search D’Bendang keluar rumah batu homestay macam tengah bendang. Padahal masa sama-sama carik beriya cakap lawa rumah kampung kayu, sekali salah nama rupanya. So suka la kaksu sebab at first dia nak rumah macam Villa Sri Kampung tu. Tapi date tak available, plus dalam pada suka dia kata macam seram jugak rumah tu. Haha. Kaksu ni sejenis yang takut hantu. Tapi suka cakap. Contoh, kalau ain drive malam sorang nanti dia suka tanya ‘ada hantu tak ain?’ peramah sangat tanya. Ingat kita yang takut, balik bila kita usik cakap ‘kaksu kat rumah abang saz takde kan? Ayokkkkk’ terus kena marah. Konon nak takutkan orang. Padahal sendiri lagi penakot. Kah kah kah.
.
Untuk harga, Tanabendang ni masuk reasonable jugak. Tapi macam biasa la kena rajin survey harga each website macam Airbnb/Agoda/Booking.com/Trivago and mana-mana lagi ada. Harga memang lebih kurang, tapi kadang booking fees tu berbeza. Ada orang tak kisah, ada orang kisah. Ikut suka la. Untuk this trip, accommodation ain yang settle kan. Ain short list 6 tempat kalau tak silap, then kaksu yg decide. Masuk bab payment back to bos balik. Hahaha.  if korang check kat memana website harga untuk family room (2 queen bed) around RM305-320/night. Harga macamtu untuk 5 orang rasanya still worth it. Rumah pon cantik complete semua. View pon bendang/padi. If pergi berkawan divide by 5 sorang baru 60++ semalam kan?
.
Tapi nak dijadikan cerita, kaksu suruh call owner check rumah lain ada tak orang duduk on the date kami stay tu (dia kan penakot haha). Total situ ada 6 rumah. So bila call rupanya boleh book direct. And akak tu bagi RM300/per night. Dah jimat sikit sebab takde booking fees. Alhamdulillah. Bila tanya nak check in awal akak tu offer kitaorang tambah RM100 je and dia bagi check in awal, check out lewat, and tambah pillow, bedsheet and blanket yang boleh guna with daybed mattress. Sebab total yang pergi 5 orang. Katil disediakan 2 queen. so settle.

Kalau tak silap untuk family room ni nama dia Anjung Chalet B1. Macam family room la. Offer 2 queen bed. Lain-lain nama ada macam Tiang Seri, Tunjuk Langit, Tibar Layar, and Papan Cantik. Jenis pulak beza la macam ada yang untuk 2/3 orang offer with 1 king bed or 1 queen bed + single bed macam tu. Harga start from RM250-300++ untuk family room yang kami amek ni.

Kawasan toilet and bilik mandi. Bathtub pon kayu. Nak padan dengan rumah kayu agaknya. Haha.

Cantik. Siapa yang takde kampung memang boleh duduk sini sesaja feeling balik kampung. anyway korang boleh check full photo kat google/any wesbite yang ada offer untuk booking. rumah ni complete with air-cond, tv, tempat santai, meja menulis semua. nak masuk gambar semua macam banyak sangat. lagipon bos cakap update je, dia tak cakap kena bagitau detail. haha dasar pemalas banyak je alasan. kbye!

Tanabendang Banglos Langkawi
No 156, Lot 2118, Tanabendang, Kg Belik,
Kedawang, Langkawi, Kedah.
Contact No : 019-2159095
.
P/s: Actually ada few room yang lebih murah and cantik and worth for 5 person kita boleh dapat. Tapi unfortunately tak available on 18-21hb tu. Ada yang available tapi bad review bersepah. Gambar sikit punya cantik. Tapi most of review bad. Terus kena reject dengan Suraya sulatin. Untuk Tanabendang ni hope okla. Review pon semua baik. Kalau indah kabar dari rupa jugak memang terjun bendang la jawabnya. Hahaha.
.
Ni nak selit pasal sewa kereta jugak. Thank you sebab ramai bagi contact number dekat kaksu. So far most of them memang kita tanya. Harga tak jauh beza. But harga per day memang mahal boleh tahan. Kami decide amek yg pakej. Lebih murah. Contohnya viva/myvi if per day around 90-120. If sedan macam saga/sentra/vios/city around 130-180 per day. Mahal jugak. Ke biasa? Haha. Tu tak kira kalau musim cuti. Harga boleh slumber naik eh. So kitaorang decide amek yang pakej. But dekat pakej kereta kecik macam myvi dah takde. So amek jela yang ada and sesuai for 5 person. Untuk yang stay 3-4 hari macam kami, memang seeloknya amek yang pakej sebab lebih murah. Contohnya, harga untuk per day viva adalah sama dengan pakej untuk Toyota vios. So worth it la. Ni contact untuk pakej kereta sewa yang kami ambil.
.
Nafihan Travel
Contact No : 013-4353413 (Encik Han)
.
Hope info ni berguna if korang plan any Langkawi trip!
.
Bye.
Ain :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...