Friday, December 30, 2016

Shell Out KL : Indah kabar Dari Rupa. Dah la Mahal.

Assalamualaikum..

Tetiba sekarang ni macam tak boleh nak get over and tak puas-puas makan seafood ala-ala Shell Out. Last makan yang paling sedap dekat Brolly la. Yang tu korang boleh baca dekat sini. Masih tak boleh lupa macam mana sedapnya dia punya Garlic Rice. Makan dengan Shell Out dia yang richhhhhhhhhhh with seafood’s cukup rasa semua masam pedas and kari dia terasa la kari. Bapak la sedap. Dah la murah je. Selonggok baru RM108.00 lepas tu udang pon gemok, oyster besar-besar tak macam Shell Out KL ni. Cis! Haritu masa dekat Langkawi dengan Kaklong, Mak, De and Ain kitorang makan dekat Shell Out dekat area Pantai Cenang. Tak la berapa amazing sangat tapi murah la. Set dia start dari RM48.00 selonggok macam yang dekat Shell Out KL.

Sebab tak puas hati makan Shell Out so malam tadi dengan Ellis, walaupon dah sampai depan Jibby East sanggup tu patah balik pergi Shell Out G Village. Haha.  Tapi lepas makan rasa la hampa. Maybe pada yang tak pernah rasa Shell Out yang lebih sedap kata la Shell Out ni sedap tapi I punya tekak memang very hard to please. Fikir-fikir balik sebenarnya Shell Out yang paling sedap is yang I buat sendiri masa dengan Kaklong dengan De dekat rumah De dulu. Kari berasa, butter berasa, ada daun kari and pedas memang sedap la. Korang kalau nak cuba boleh tengok resepi dekat sini. Memang paling sedap! Ikut la resepi sebijik macam tu InsyaAllah korang akan puas hati. Makan banyak tu sebaris cukup untuk 15 orang modal dalam RM300.00 je. Puas hati. Malam tadi makan selonggok macam tu dah RM189.90 lepas tu kena pulak paksa upgrade ambik ketam size XL sebab ketam biasa dah habes so tambah pulak RM18.90 pundek la. Total Shell Out tu sahaja RM208.80 tu tak campur GST lagi tu. Ni la last I makan dekat Shell Out branch. Memang lepas ni takde dah. Takde laaaaaaaaaaa sedap mana pon tapi biasa la menda viral ni mudah je terpengaruh nak cuba.


Shell Out G Village. Nampak macam sedap kan? Wait until korang rasa sendiri. Tapi macam I cakap tadi, kalau korang tak pernah makan yang sedap rasa la yg ni sedap. Kalau tekak I. No. I memang tak puas hati + mahal nak mampos. Ni sahaja RM208.80 ok?


Ke sebab I tak pandai pilih sos dia? Entahlah tapi rasa memang macam tak kena la dengan tekak I. Tak boleh jadi ni. Kena buat sendiri jugak dengan Kaklong tapi tu la masa tak berapa nak ada. Ni tingin nak makan Kuih Keria Antarabangsa pon sampai kesudah tak buat-buat jugak. Ini la nasib kalau kerja Part Time Power Rangers. Mana la nak ada masa. Bizi je all the time. Yerlaaaaaa. Nak carik duit buat bayar yuran sekolah Shein. Haha. tetiba cerita sedih keluar. Sedih ke tak?


Walaupon tak sedap sangat tapi close up macam ni nampak la sedap jugak kan? Menyirap jugak. Hahaha. Minyak berlinangan tu. Perrrrghhhh


Pandangan tepi


Tapi Fried Sweet Potato ni sedap! Yang ni je la I kasik 5 star dekat Shell Out. Hahahaha


Si Ellis dengan dia punya signature pose.


Kata Ellis, too much black pepper sebab tu kill rasa kari dia. Memandai je.


Ni muka happy la sebab tak rasa lagi. Put too much expectation sekali keciwaaaaaaaaa.


Ketam ni cost us RM18.90 sebab nak upgrade dari size biasa ke XL. Dalam selonggok Cuma ada seekor ketam je. Sorang separuh so takyah gaduh.


Tengok tu minyak meleleh dekat siapa yang paling gemok. Tengs.


Sebelum balik kasik conteng dulu dinding. Penuh dengan contengan dah dekat restaurant ni. I dengan Ellis punya right dekat counter. Sapa yang datang Shell Out G Village Ampang ni kirim salam la dekat kitorang punya signature dekat situ ok?

Kat sini I minum Air Kelapa fresh. Ain la tak habes-habes cerita pasal air kelapa dah I pon tingin. Along anak buah I kalau air kelapa dia suka bancuh dengan gula Melaka. I tak suka macam tu. I suka Air Kelapa fresh atau Coconut Shake tapi extra eskrem la. Yang tu baru best. Ishk cakap pasal Coconut shake dahhhh teringin jugak. Ramai cakap Coconut Shake sedap dekat Pantai Klebang tapi I lebih suka yang dekat Kolej Telekom dekat area Semarak office lama I tu je. Situ sedap giler Coconut Shake dia. Dulu ada Fiezul boleh la order-order mintak dekat dia. Ni dia tak takde nganga je la. Hahahaha. Ok la. Sekian sahaja cerita pasal makan dekat Shell Out yang I rasa tersangat la exaggerate kesedapannya padahal takde apa pon and dah la mahal. Sorry to say, bagi I I kasik 2 bintang je out of 5. Memang tak sedap and a bit mahal untuk I. Tapi mana yang teringin nak cuba boleh la try. Cumanya nanti kalau frust, jangan cakap I tak remind pulak eh? Pada Shell Out sorry for this review but ini pandangan ikhlas. Nak suruh improve pon taktau macam mana. Tapi kira ok la kan sale sehari RM15-20k untuk satu branch. Apa ada hal?

Shell Out Seafood Restaurant
Lot G-12, Pusat Perniagaan G
(G Village Ampang)
No. 35, Jalan Desa Pandan
55100 Kuala Lumpur
016 – 52345616


-eNd- 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...