Pages

Wednesday, August 24, 2016

Intan Celebration Vol 3

Assalamualaikum…

Sebelum Intan pressure I bila nak letak entry #IntanCelebration Vol 3 (Sempena dia lulus exam) ni baik I update now. Dia tu bukan boleh kira. Hari Jumaat tu I peratikan ajer perangai dia masa dari office sampai la ke Tony Roma’s, asyik la amek gambar dengan Kaklong semua dekat seat belakang kemain begembira bergelak ketawa like a bausssss. I pon cakap, ‘Ambik gambar beria buat apa? Kalau Intan cantik tapi Kaksu nampak gemok, Kaksu tak masukkan jugak dalam IG or Blog Kaksu’. Lepas tu Intan ketar-ketar suara tanya, ‘Tapi kenapa???’ I kata ada IG dengan blog sendiri kan? Buat apa nak sebok dekat Kaksu? Hahaha. Down terus member. Masa sampai dekat Tony Roma’s kan, kitorang duduk dekat seat 6 orang. Tapi hujung both side ada kerusi so table for 8 la. Si Intan boleh duduk dekat kerusi chairman. I tanya dia, ‘Intan macam mana eh boleh fikir nak duduk kerusi tu sorang-sorang jadik Chairman, kan kita 6 orang ni?’ Lepas tu dia menjawab. ‘Ni kan Intan Celebration? Biar la Intan jadik Chairman’. Lepas tu I jeling dia sampai pening kepala sebab beria sangat lantas Intan pon bangun hentak kaki duduk dekat kerusi belah sana. Hahahaha. This time kitorang order je makanan and share ramai-ramai. Senang nak kira nanti bill divide je by 6.00pm. Tapi Intan punya majlis tapi go dutch. Aku pon tak paham kenapa.


Kick Shrimp ni memang sedap. RM28.90 harga dia.

Apapa makanan semua kita bahagi enam. Udang ni beria la kira sorang 4 ekor. Hahaha. Ada balance 2 ekor, I bagi Kaklong satu, Dyba satu. Intan tanya I kenapa Dyba and Kaklong dapat lebih? I cakap sebab tadi Intan makan roti dah banyak kan? Bagi la orang lain pulak. Lepas tu dia buat muka. I memang tak puas hati dengan Intan dari Khamis lagi sebab seminggu ok dia remind suruh pakai white shirt, denim pants dengan blue shawl? Paksa pulak tu. I dah la tak suka pakai pants. Masa I cakap I pakai denim tapi jacket, Intan muka dah sedih. OMG kenapaaaaa la ada manusia sejenis ni. Orang punya birthday dia decide nak makan kat mana and tema kaler apa, dia punya apatah lagi. Ni Izzy nak buat Bachelorate Brunch pooooon dia sebok nak decide theme apa, makan kat mana. Geram je! E!


Menghampakan la Hot Wing ni. Tak sesedap dekat Chili’s and BLVD House. Masam sangat and keras. Tak juicy. Bak balik duit aku! RM23.90 harga dia.


Kitorang adjust Hot Wing ni makan dengan honey mustard so ok la. Sedap jugak. Banyak order makanan harini. Apa nak jadik la hahahaha. Ada dish yang Izzah tak makan lepas tu Intan cakap, ‘Spaghetti Izzah takyah bayar’. Hahahah. Ngek Intan! Masa nak order air pon dah pesan. Air sejuk je ok? Jangan order air sedap. Ni kalau ada Sarah, dia peduli apa orang tak bagi order air sedap. Dia tetap order je. Dia tu pelik suka minum air sayur-sayuran. Teringat lagi dulu kes I minum air celery + carrots + green apple dekat O’Briens. Uweeeeek!! Tak seeeedap! Semua kes terpengaruh dengan cerita orang la ni. I beli size small, blakang Intan lagi tamak order large terus. Kitorang pergi hari Ahad. Isnin tu bercerita la dekat Intan yang I pergi O’Briens beli air tu, sekali Intan gelak. Rupanya dia lagi upgrade, order large terus. Eeee rasa minum air sayur. Tak seeedap


Wei korang, bawang goreng ni tak masuk bill la. Hahaha. Kira halal ke tak ni? Nanti kena datang Tony Roma’s and bagitau mereka tak put dalam bill. Ok? Kalau Tony Roma’s tak halal, next exam takot Intan fail pulak. Haha.


Roma Sampler, RM39.90. Dalam dia ada potato skin, hot wings dengan bawang goreng tu jugak. Potato Skin dia sedap!


Tak sempat ambik gambar lagi ada yang tak sesabar nak makan. Yang ni Chicken Flatbread. RM25.90


Shrimp Pasta, RM38.90. Dia guna fettuccini, I tak suka. I prefer spaghetti. Tapi kira boleh laaaaa


Chicken Salad, RM29.90


Steak Flatbread. RM35.90
Yang ni lagi sedap dari Chicken.


Tak habes pon salad ni sebab memasing dah kekenyangan. Yang habes dia punya cheese bread tu je. Yang ni Intan berebut dengan Kaklong. I peratikan aje dua orang tu berebut. Sorang guna garpu, sorang guna chopstick yang dapat dari Kick Shrimp tu. Geram je I tengok sampai terpelanting salad ke luar. Tak nak mengalah masing-masing. Nak marah Intan tu takper lagi, yang Kaklong tu dah bercucu tu apa kes? Hahah. I makan memang tak boleh duduk sebelah Intan sebab nanti gaduh. Dia suka berebut makanan dengan I. Kata la depan tu ada 4 lauk kan? Yang I ambik dengan sudu I, yang tuuuuuu lah dia nak. Ada sekali gaduh jugak dulu masa dekat Bawang Kecik JJ AU. Hahaha. Intan memang suka cari pasal. I pulak bab makan kan serious. Jangan sekali-sekali nak cuba ambik makanan I, kalau tak nanti I marah. Foods is serious business ok?


Sebenarnya Intan suruh ambik gambar banyak kali. Tapi I tak layan. Hahaha. Gambar bawah ni proper la sebab meja tak penuh lagi. Yang meja huru-hara malas I nak masukkan dalam blog. Huru hara ok?


Suka la kau Intan? Lepas dia, dia.


Gambar ni agak kelakar. Kitorang mintak Waiter ambikkan sebab nampak dorang berkumpul dekat tepi meja belah sana. Dah la nak memacam gaya kitorang nak siap change position semua, rupanya semua orang dok tunggu waiter tu sebab nak surprise meja sebelah celebrate birthday. Hahahaha. Mesti bebulu je meja sebelah tengok kitorang.

Dah siap makan semua, kitorang pergi ke Breadtalk sebab tadi masa Izzy beli dia punya Salted Egg croissant bapak laaaaaa sedap wei. Sumpah sedap! So berderu la kesana pulak macamkan tadi tak kenyang makan. Si Intan pon as a pwincess request la nak ambik gambar tetengah jalan raya ni ha. Kata Intan Celebration? *rolling eyes. Dah tu sapa yang nak ambikkan gambar? Haha. Last-last mintak Kakak Indon jaga Breadtalk tu untuk snap gambar. Dia kan cakap jawa pekat? Kata dia, ‘Krozon tu sedap dek!’ Krozon pon boleh. Hahahaha, TQ Kakak Indon tolong ambik gambar Intan Pwincess and the gang. Malu kat oghang haih posing tetengah jalan macam ni. Intaaaaaaaaaaaaaannnnn!!


Salted Egg Croissant from Bread Talk. Sedap menggila bak ang! 


Semua orang cakap Kaklong yang paling sebab baju dia lawa. Ok kak, today I kasik u chance.


Lepas ambik semua gambar berangan posing tepi highway, kitorang pon check gambar. Sekali slide, tengok ada gambar ni.

Muaahahahahahah Kakak Indon ni tersnap gambar dia kot? Masa berenti dekat gambar dia, memasing terkejut diam and lepas 2 saat baru gelak macam nak pecah perut! Hahahahah. Ok la kakak, saya up gambar akak dekat sini kasik akak glemer sikit ok? Tenkiu layan kitorang ambik gambar ye? Semoga Allah balas yang baik-baik untuk kakak sebab bagi Intan happy haritu (^_^). Untuk Intan, congratulation sayang! You made it! Walaupon hampir sewel baca buku finally Intan lulus exam. Kesian dia tak tido nak tunggu result haritu. Macam cacing kepanasan dah I tengok dia. InsyaAllah Intan akan berjaya dapat segenggam Ijazah lepas ni. Tapi Kaksu rasa, towards the end, Intan akan sewel kot? Hahahaha.

Tony Roma's Pavilion
Lot No LG1.15, Level 1
Pavilion Kuala Lumpur
03-21433278

-eNd-

1 comment:

  1. hehe i pun terkejut tengok gambo yang last tu.

    mencabar iman lah scroll blog kaksu time dalam pantang T_T tapi nak scroll jugak. dulu aktiviti wajib kat opis. hehehe

    ReplyDelete