Thursday, May 26, 2016

Sambal Air Mata Ikan Bilis with Petai

Assalamualaikum..

Korang kan, kalau nak tau macam mana rasa I punya Sambal Air Mata, boleh la order dekat Naily’s Kitchen. I dah serahkan resepi pada dia bulat-bulat macam I punya original resepi lepas tu dia masak and I dah rasa and memang 100% sama. Dijamin sedap! Memang gitu ler rasa sambal air mata I. I pesan banyak kali pada dia. Bawang kena banyak, ikan bilis kena berkualiti, minyak kena banyak, masak biar lama supaya cili betul-betul masak so pedas dia tak la membawak ke jamban and mengundang buasir bunga. Lantakkan la tak healthy ke apa sebab minyak berlinang, janji sedap. Gula garam semua pon I bagitau macam mana nak kasik balance. So untuk bulan puasa ni, korang beli je la dekat dia kot malas nak masak time sahur. Makan pon berselera. Macam I, I suka panaskan sambal dalam kuali, lepas tu pecah telur. Makan dengan kicap manis. Bapak la layan. Sepeket tu memang boleh 3 kali makan. Bukan susah ponnnnn. Panaskan kuali, pecah telur sambil goyang tetep lepas tu dah siap. Hahahaha.



Sambal Air Mata Ikan Bilis with Petai




Sambal Air Mata Ikan Bilis Biasa


Sambal Tumis Ikan Bilis


Tabur ikan bilis goreng. Perrrghhh!

Kata la nak kelainan, korang panaskan sambal, letak la sayur buncis or kacang panjang. Masukkan nasik sejuk yang balance berbuka semalam lepas tu tabur dengan ikan bilis goreng and makan dengan telur mata. Serious layan wei. Kekadang I suka rebus telur 12 minutes. Lepas kupas kulit (takkan la nak goreng telur rebus dengan kulit-kulit hahaha), goreng la telur rebus tu. Lepas tu masukkan sambal air mata and bawang besar. Poooooon layan. Banyak cara nak makan sambal air mata ni. Just be creative. Buat perencah Kangkung Goreng Belacan pon ok jugak. Panaskan sambal tu, masukkan sesudu sos tiram dengan belacan lepas tu leburkan kangkung. Dah jadik Kangkung Goreng Belacan. Lawan dengan ayam goreng lepas tu ulam timun cina. Boleh imagine tak macam mana dia punya sedap. Kataaaaaaaaaa la ada tempoyak pon syiok. Panaskan ajer sambal dalam kuali and letak tempoyak secukup rasa. Nak lagi sedap, boleh letak udang jugak. Udang tu jangan masak lama nanti keras. Cis! Tetiba telan ailio.


Packaging

Specialnya sambal ni, Naily’s Kitchen guna Ikan Bilis gred premium lepas tu cili padi segar jenis gemok debab. Bukan yang siam punya tu sebab tu la kick giler. Packaging dia pon cantik. Minyak takde la meleleh-leleh keluar parcel kalau guna postage. So, korang kalau nak order boleh order sekarang. Ada 3 jenis Sambal dari Naily’s Kitchen. Sambal Air Mata Ikan Bilis with Petai RM14.00, Sambal Air Mata Ikan Bilis Biasa RM12.00 and Sambal Tumis Ikan Bilis RM12.00 jugak. Postage RM7.00. Berat dalam 300gram each.  Lebih kurang tu la berat dia. Kalau korang makan portion I, satu pack tu dapat la 3 kali makan. Sambal sedap macam ni kalau tak beli memang rugi la wei. Takyah sesusah pijau tangan pegang cili pon. Semuanya dihujung jari. Sediakan aje ongkosnya zaaaaaapppp sambal sampai depan mata. Good Luck!

Handphone : 012-768 8616

-eNd-

No comments: