Friday, March 16, 2018

Resepi None-bake Oreo Cheesecake Yang Simple dan Sedap

Publish : 22.7.2015
Re-publish : 16.3.2018

Assalamualaikum..

Haritu masa malam raya, I buat None-bake Oreo Cheesecake. Kata Mak, nak bawak buah tangan untuk bawak pergi rumah Tok esok pagi, yang I buat sendiri. Memula I nak buat Trifle. Lepas tu tak dapat pulak jumpa kek gulung, so terus ubah plan buat None-bake Oreo Cheesecake ni la. Bahan pon tak banyak. Lagipon senang je nak buat. Takyah guna penimbang pon. So confidence la skek nak buat kan? Tingat dulu I buat 'cream puff' tak guna penimbang. Sukat guna kulit telur. Boleh? Terus cream puff I jadik macam kura-kura. HAHAHAHAHAHA, Korang baca dekat sini. Janji jangan gelak ok? Heeeeee.

Bahan-Bahannya

1. Whipping cream 200ml. I guna jenama Arla
2. Cream Cheese  250 gram (any brand)
2. Biskut Oreo 2 pack. I ambik yang biasa punya
3. 1/4 Buttercup (atau 2 sudu). Nak guna margarine pon takpe. Tadehal.
4. 3 sudu icing sugar
5. 1 sudu teh essence vanilla

P/s: Yang this time, I guna this ingredient. hasilnya sedap tapi lembik la. Nak makan kalo, kena makan straight from peti ais, kalau tak dia lembik dah macam tiramisu. If nak yang jenis boleh slice and serve, korang kena masukkan gelatin. So dia akan keras texture dia macam agar-agar. If guna gelatin, korang boleh la letakkan fresh milk. Ok? I guna this version sebab can't find any gelatin haritu. Tadek hal. Sebab still sedap jugak.


Antara bahan-bahan yang digunakan.




1 pack Oreo, Letak dalam bekas macam ni and hancurkan. I tak keluarkan cream dia. Masukkan jer sekali sebab saja nak bagi base dia pon rasa sedap. If korang rajin, boleh keluarkan cream dia and later letak dalam cream cheese + whipping cream punya adunan. If letak cream oreo ni, icing sugar dah tak payah letak. Ikut suko ekau la nak guna cara yang mana satu. 


Cairkan buttercup dalam microwave. 1/4 eh? Ada yang merajin guna kaedah double boiler. I guna microwave je. Jadik jugak. Hehe.


Campurkan buttercup yang dah cair tadi dengan oreo yang dah dihancurkan. I tumbuk guna lesung batu je. If sesapa ada food processor lagi la senang. Guna tu je. 1 peket oreo + 1/4 buttercup sedang elok je texture dia. If lebih butter jadik lembik, if kurang butter jadik berderai.


I tadek spring form. So belasah la guna loyang. Padat-padatkan oreo + butter tadi and masukkan dalam peti ais kasik keras. Petua nak cantik untuk sukatan yang macam I guna ni, korang guna bekas kecik takpe, janji tinggi. The best is 5 inch punya loyang/spring form. If ada spring form, lagi la senang nak keluarkan cheese cake ni nanti. If korang nak letak dalam gelas kecik-kecik macam dekat hotel tu pon boleh. Nak makan nanti, just sudu and suap. 


Putar whipping cream. Jangan over-beat ok? Gunakan whipping cream yang baru dikeluarkan dari peti ais. Putar sampai texture dia jadik macam ni. Makesure bekas tu jangan ada minyak or air. If over-beat nanti cream dia jadik terasing dengan air. Tu maknanya tak jadik. I guna hand mixer. I nak guna pemukul telur pon boleh. Tapi basah la skek ketiak. Hehe. Dah siap,  keluarkan and letak dalam bekas lain. 


Lepas tu putar pulak cream cheese sampai texture dia jadik ringan and lembut. Masukkan 3 suru icing sugar atau cream tengah oreo tadi. Also masukkan 1 penutup icing vanilla. Time ni just guna spatula and kaup balikan ajer. Takyah beria nak guna mixer jugak. If korang guna gelatin, also boleh bancuh gelatin and masukkan time ni. If tadek, takpe.


Masukkan pulak half bungkus oreo yang dihancurkan manja. Takyah beria hancur macam nak buat base tadi.


Lepas tu masukkan kedalam loyang.
Untuk hiasan, I patah-patahkan oreo, and susun dalam loyang macam ni. Hias ikut suka hati ekau la. Nak letak chocolate chips boleh, chocolate rice pon boleh. Tadek hal. Lepas tu letak dalam peti ais. Bila nak makan baru keluarkan.

Korang boleh la cuba buat none-bake oreo cheesecake ni sendiri. Petua nak sedap, jangan manis sangat and serve time sejuk. Tu je. If nak besar buat kek birthday, boleh double kan adunan so jadik la besar. Google la and tengok macam mana dorang hias kek ni. Ada yang hancurkan oreo and letak keliling kek. Lepas tu ada yang hias dengan berries. Terpulang. Letak indication plastik tulis 'Happy Birthday' dengan lilin, also dah boleh jadik kek birthday. Rasa memang confirm sedap. No doubt. Sapa-sapa boleh buat. Senang je. Prepare barang, sambil buat sambil goyang tetep, tetau dah siap je. Haha.

BTW, untuk nak menyenangkan korang, I share dari Youtube step by step macam mana nak buat None-Bake Oreo Cheesake ni. Mana tau ada yang first time baru nak buat and still rasa tak yakin. Hope this video helps you :)


Selamat Mencuba!

-eNd-

9 comments:

Unknown said...

Senangnye..takyah bakar2 kan...bole try nant..

Aien Aquarius said...

Salam. Nk tanye. Kenapa cheese tu mcm likat ek

Unknown said...

Susu tu bila nak kne masukkan

NINA FARHANA said...

Sedapnyaaa.. esk nk buat untuk jamuann harap2 menjadi lerr hiks. Tq sudi share resepi 😊

Unknown said...

Whipping cream tu penting ke?.. kalau x de x jadi eh🤔

Hs said...

Kalau xde xpe je.. Cuma nnt rasa creamcheese kuat... Tapi still sedap.. Ade je org x ltk whip cream

Hs said...

Blh je... Ade resepi x guna whip cream

Hs said...

X perlu susu

Hs said...

X perlu susu