Monday, April 13, 2015

Mama Shein Demam

Assalamualaikum...

I'm not feeling well dah almost a week kot? Dedar je rasa badan sampai la harini. Takkan la sebab budu demam kemain lama sangat? Pelik jugak. Weekend ni pon banyak spend time dengan Shein. Dia pon membuli boleh tahan. Jangan pecaya sangat muka kesian dekat bawah ni. Haha. 

Time lepas mandi, nak pakaikan dia baju and nak menyiapkan dia sikat rambut, pakai bedak semua punyalah seksa. Siap package nak kena kejar dia segala. Tak kuasa. Taknak sikat rambut? Lantak ko kat situ. Mama tak larat nak kejar. 


Laju... laju... buaiku laju.... aku nak kawen... dengan anak rajaaaaaa....

Si Shein ni kalau tengok kite mengejar lagi galak dia berlari. Tu yang bila badan tak larat, I lantakkan aje. Kalau bising-bising bebel dekat dia, sekarang ada pe'el baru, dia akan tutup telinga. Hahaha. Menyirap jeeeee. Pakkal la tak berapa pandai nak cakap. Kalau tak mesti dia cakap 'Bising la Mama. Bebel jeee'. Hahaha.

Ko tunggu Shein, Mama sihat nanti jom la lawan wrestling kalau berani! Sekarang dia himpap ke apa I buat bodoh je. Takde tenaga nak layan. Sok lusa dah fit siap ko. Oklah. Tu je nak mengadu untuk harini. Sekian, terima kasih. (Macam jilake je penutup entry. Haha)

-eNd-

2 comments:

ijan said...

demam ada apa2 kot Su... cuba check.. hehe

alah Su, sekarang memang musim.. panas kan sekarang...take care dan minum air banyak2 (nasihat orang je pandai kan, tuan punya badan pun sama...hehehe.)

CikPuanWanda said...

semoga cpt sembuh kak suraya..asyik ulang blog ni nk tgk kot2 ada update