Monday, November 20, 2017

Boat Noodle With Kakyang Yang Mengandung

Assalamualaikum..

Haritu kitorang makan dekat Boat Noodle Avenue K. Lepas tu ada menu baru la wei. Nama dia ialah Fried Songtam. Dia Songtam tapi dia goreng. Paham? Sedap hoi! Ni sebenarnya menu baru atau menu dah lama tapi I yang dah lama tak datang sini? Hahaha. One more, chicken wings dia pon dah besar sikit. Last time alahai macam anorexia chicken je. Seiring dengan size dah besar, I tengok harga pon macam ada peningkatan jugak - bagus. Overall for visit kali ni Nora kasik 5 bintang! Selera kitorang makan sama naik dengan Mak Buyong. Next time I nak order Pad Kra Pow la pulak. Tengok Kakyang punya macam sedap jeeeeeeee. Nak mintak segan sebab member mengandung sure tingin nak makan banyak. Macam Intan tu lain la dia. Kesah pulak dia kan? Kakyang tanya ‘Kak Intan nak?’ Intan jawab ‘Makan dulu, tak habes nanti Kak Intan makan’. E! I paling pantang kalau orang jawab makan dulu, tak abes nanti baru makan kalau I pelawa. Sebab korang tau kan, kita kalau makan mesti yang best tu tinggal last. Tingat dulu masa I makan Maggie Korea dekat Pavilion. Simpan la kuning telur tu nak makan last. Seeeeekali Sazli ambik sudu, makan telur I takde tanya. Kata dia ‘Laaaa, nape tak makan? Meh I makan’. Zaaaap korek kuning dia lepas tu ngap. I rasa macam nak ambik pisau tikam je dada I. Hahahaha. Terkulat-kulat je I. Macam Ayang haritu, dia simpan kuning telur dia sekali Kaklong makan. Nak marah kang jatuh derhaka tapi bab makan kekadang jangan cari pasal wooo. Dulu masa sekolah, I pernah merajuk dengan Makcik Kentin sampai I tak makan. I dah queue lama lepas tu dia bagi orang lain dulu. Seharian moody. Eh tak sangka bab merajuk bab makan ni perangai dari zaman sekolah rupanya. Adeh. Perangai I banyak turun dekat Shein ni. Tapi Shein I tengok makan selera je. Debab je takde masalah. Haha. Takde lagi dia merajuk bab makan. Eh, ada! Masa dia merajuk pasal eskrem, lepas tu Sazli suap and dia sanggup tak telan walaupon dah dalam mulut dia. HAHAHAHA. Ikut perangai Mama rupanya!



Tasty Chicken Wing RM9.90 sepinggan ada 5 ketul. Apeni chicken wing tak kasik sampai ketiak dia? Hahaha.

A Peace of Mind with Tiger Balm Mosquito Repellent

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum..

Dah lama dah Mama and Abah promise dengan Shein nak bawak dia pergi Turtle and Fish Feeding dekat KDE. Asal weekend je macam-macam nak buat and schedule memang pack untuk kitorang anak beranak mengalahkan YB hahaha. Susah benar nak selit time. Bila dah free cuaca pulak tak ok. Sekarang tak boleh nak predict cuaca. Tengah hari panas tiba-tiba bila masuk petang hujan pulak. Ku sangka panas hingga kepetang, tetapi hujan di tengah hari. Gitteewwww. Terus masuk peribahasa. Hahaha. So haritu lepas balik dari Bowling Tournament terus la I dengan Sazli bawak dia pergi KDE untuk melunaskan janji dengan Shein sebelum dia tuntut and come with another condition pelik-pelik. Budak ni bukan boleh percaya sangat. Kang tetiba di UP sendiri mintak eskrem 8 lah, excavator 4 lah. I tengok dekat luar ni hujan renyai-renyai tapi Shein doesn't care. I dah cakap dekat Shein, 'It's raining Shein. Turtle and Fish want to sleep'. Shein jawab 'No Mama, No No. Turtle and Fish want to eat'. Yerlaaaaah. I ni bukan apa. Kalau hujan renyai-renyai macam ni malas la nak masuk kawasan yang berpokok-pokok or dekat outdoor sebab banyak nyamuk. Kena gigit nyamuk nanti keluar bintat satu hal sebab gatal, buatnya kena gigit dengan Nyamuk Aedes tak pasal kena Denggi. I memang phobia sangat-sangat dengan Demam Denggi. Dah 2 kali I kena rasa macam nak mati. First time tu, I punya platelet turun sampai 50 kot? Time tu memang give up nak hidup. I sampai cakap dalam hati 'Kalau macam ni punya seksa la kena Denggi, baik mati je'. Imagine eh? Dengan satu badan and sendi sakit, tak lalu makan, sakit kepala, badan lemah selemah-lemahnya. Bertahan pon sebab drip je. 20 botol ada kot? Masa first time I kena, duduk hospital 9 hari sampai nak giler rasa. So, until now dengan Nyamuk memang I tak main-main. Tak sanggup fikir kalau Shein kena go through yang sama macam I. Denggi sangat-sangat bahaya. Boleh membawa maut. 


Sebelum masuk dekat KDE punya Turtle and Fish pond, I tampal Tiger Balm Mosquito Repellent Patch dekat baju dia. I memang keep patch ni dalam bag-pack Shein all the time untuk standby kot nak buat Outdoor activities. Best bau patch ni macam lemon. Takde la bau yang sampai kita pon tak selesa and bagus sebab dia melekat kuat and langsung tak ganggu Shein dengan activity dia. Baju pon tak rosak. Patch ni is Deet FREE and sesuai digunakan walaupon untuk baby. Patch ni takde skin contact. Just tampal je pada baju. Bila Shein pakai patch ni, I takde dah risau dia kena gigit nyamuk. Senang hati I.

Sunday, November 19, 2017

Slot Prelove Chooyaya - Preloved Medela Freestyle, FREE Malish Bottle Sterilizer And FREE Nursing Cover

Slot Prelove Chooyaya - Preloved Medela Freestyle, FREE  
Malish Bottle Sterilizer And FREE Nursing Cover

Assalamulaikum Kaksu,

Saya nak jual preloved Medela Freestyle saya dibeli tahun 2014, guna dalam 7 bulan je, condition and performance bagus sangat-sangat lagi. Saya bagi 8/10. Suction masih bagus. Reason nak jual sebab anak dah sepasang, belum ada plan nak tambah anak lain lagi hahaha.
 
Items are:


1 - Freestyle pump
1 - Lithium ion battery - rechargeable
1 - AC adapter/charger
1 - Double pumping kit - includes: (2) breast shield bodies, membranes and back caps, 
(1) set of tubing
1 - Set of PersonalFit Breastshields
4 - 5oz bottles and lids
1 - Portable microfiber carry bag
1 - Medela cooler bag and ice pack 
2 - Handsfree kits
1- Nipple for bottle feeding.

Saturday, November 18, 2017

Slot Prelove Chooyaya - Furla Piper Dome Large (New) and Duck Alhambra Square (PRELOVED)


Slot Prelove Chooyaya - Furla Piper Dome Large (New) and Duck Alhambra Square (PRELOVED)

Assalam Kak Sue yang santek... Saya nak letgo 2 items: 


Furla Piper Dome Large (New) 
   come with long strip and dusty beg
   Measurements : 15.5' W x 15' H x 6.8' D
   Colour : Pearl White 
   Reason : My Sil tersalah beli saiz.. dia buat utk hantaran tp over saiz..
   Price : rm1150 bole installment 3x... letgo sampai jadi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...