Thursday, March 10, 2016

Room at Avillion Water Chalet, Port Dickson

Assalamualaikum..

Ni major throwback ni. Lama dah terperam dalam draf tak berusik. Sebab harini I rajin, so I share dengan korang sebagai panduan. Korang kena sayang I lebih ok? I nak share gambar bilik yang kitorang duduk masa dekat Avilion Water Chalet PD masa Shein punya 3rd birthday last year. Gambar bilik dulu, lepas tu gambar lain menyusul kemudian (entahkan bila hahaha). Kitorang tido 3 hari 2 malam dekat sini. Sazli la suka dekat sini sebab kat Avillion ni banyak kolam and luas tempat dia so tak boring. Lepas tu ada Mini Zoo sesuai la untuk budak-budak macam Shein. Puas la dia berlari mengejar burung merak. Bilik dia pon ada Jacuzzi and day bed. Pokok banyak so rasa redup je. Syok! 3 hari cukup la kot dekat sini. Lama-lama pon dah macam terbangang-bangang taktau nak buat apa. Hahaha. Sudahnya membuta masing-masing dalam bilik. Nak main pantai konon? Pui!

Kitorang ambik bilik jenis Premium Water Chalet. Dia Premium sebab dia Sea View so dekat  balcony luar boleh la nampak orang main Banana Boat, Jet Ski semua.  Ada 2 type of room iaitu Water Chalet and Garden Chalet. Harga memang berbeza-beza. Bilik tu actually sama je, tapi view je la yang lain. Kalau nak best, I recommend korang ambik Premium Water Chalet. Shein pon suka la dapat tengok laut luas depan mata. Lalu pulak orang naik Banana Boat. Lepas tu plane asyik lalu je all the time ok? Habes semua dia babai dari orang naik bot sampai kapalterbang. Kalau nak murah, boleh booking through Agoda.com, Booking.com or Trivago.com. Kalau book terus dari hotel, harga akan jadik lebih mahal. Lepas tu plan la date mana yang korang nak pergi. Lagi lama tempoh book, lagi la murah.



Day Bed. Sini tempat nak baring waktu siang. Shein suka la dia duduk sini. Bukak tirai tu, mengadap laut terus so dia suka tengok boat lalu and kapalterbang lalu. Day Bed pon luas. 



Ni katil dia. Macam bilik pengantin. Tinggal letak tirai je. Nak tido 4 orang pon muat sebab katil dia luas.


Jacuzzi ni pon best. Shein dengan Sazli la banyak guna. I nak cecah kaki pon Shein tak bagi. Dia siap babai I, tolak suruh keluar bilik. Time dia berendam dengan Sazli, I datang pon dia jerit. Batu Belaaaaaaah....


So I mandi guna shower ni je la. Apalah nasib. Yang dekat sebelah tu, dari atas tu takde atap. So kalau hujan, terus kebawah laut. Agak seram la. Macam dalam cerita hantu yang atap kena bukak tu kan? Hahaha.


Sink ada dua, so takyah rebut time nak gosok gigi.


Sipi-sipi nampak toilet. I memang suka konsep toilet macam ni. Jamban asing. So lantai tadek la basah and nak berak pon privacy. Haha.


Pintu nak menghala ke balcony


TV Flat Screen. Sebelah tu almari baju. Seram pulak ada cermin tu.


Ingat tak kejadian bangun pukul 6.00am bangun nak tiup belon lepas tu Shein buat dek lepas bangun tido bila nampak belon ni? Konon I nak surprise dia la. Sekali member bangun, buat taktau. Hahahaha Baca dekat sini.


Sambil makan chips, layan tengok orang naik banana boat and jet ski. 


Dekat sini kalau sebelum subuh and petang air surut. So bangun pukul 5.00am nampak ada orang kutip kerang. Ingatkan sapa la jalan atas air. Kus semangat. Bila malam memang tirai I tutup habes. Takyah beria sangat la nak tengok kat luar. Kang nampak bukan-bukan sapa nak jawab?


Shein and Abah kemain enjoy eh korang. Mama macam mana?


Shein asal nampak muka I je cakap 'Bye -bye'. Lagi best dia sanggup keluar dari sini, tolak I keluar bilik lepas tu sebelum tutup pintu cakap babai lagi sekali. OMG


Segala lori Shein bawak masuk dalam ni. Hahaha. Berendam sampai kecut baru naik.


Ni Shein dekat balcony. Dia memang suka tengok laut. I suka tengok Shein enjoy macam ni.


Ok la belanja satu gambar muka busuk


Dalam pukul 8.00am macam tu, air dah start naik semula.

Macam masa kitorang pergi ni, maybe peak time and cuti sekolah so harga jadik dalam RM950.00 macam tu satu malam. Included breakfast for 2. Kira murah lagi jugak tu sebab kalau call hotel terus, satu malam RM1,435 untuk Premium Water Chalet. If sekarang ni korang book untuk bulan April, satu bilik cuma RM597.00 (tapi no refundable) or RM686.00 (Free Cancellation). I sebenarnya banyak bad experience book hotel dengan Agoda ni. Salah tarikh la, tak jadik la. Semua tu non-refundable. Ada dulu sekali masa I book dekat Genting, padahal dah full payment cuma I tak boleh check in, nak mintak tukar dengan orang lain pon jenuh. Sebolehnya dorang tak bagi jugak. Hotel policy kata dia. Sentut la! Tapi lepas several call and bertekak, baru la dapat tukar dengan orang lain.


Bagi I, Agoda ni ok kalau korang tadek masalah. Maksudnya booking and pergi. Tapi kalau book lepas tu nak cancel sebab ada urgent matter or book lepas tu tak boleh nak pergi and mintak orang lain yang check in maka akan jadi masalah lepas tu. Overall, I suka Avillion ni. Boleh la datang lagi. Dia tak sama macam resort lain. Korang kena datang sini one day. Makan pon boleh tahan. Kata la korang malas nak keluar, boleh je order nanti dorang hantar ke bilik. The Foods pon boleh tahan sedap. Harga pon tak mahal sangat. Dalam RM30-RM40.00 macam tu je untuk 1 dish. Cumanya makanan cepat sejuk la sebab bilik sejuk. Kalau makanan sampai, terus kena makan time panas-panas.



Rendang Pizza


Chicken Rice

Blardihell. Sedap pulak Nasik Ayam ni I tengok. Dah la tengah lapar ni. I tengah usaha nak diet dengan besungguh ni. So goodbye delicious foods. Huwaaaaaaa. Taip panjang-panjang tabah lagi, masuk je gambar makanan terus goyang. Hahahahaha. Stay tuned untuk gambar sekitar hotel pulak ok? Babai.

Avillion Water Chalet Port Dickson
Batu 3, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan, Malaysia

4 comments:

Miss Moon said...

mana gamba mama berendam hahahah

adda syuhada said...

teringin nak pergi..

Chooyaya! said...

moomoo301 : segan. hehe

adda syudada : insyaAllah one day ok? (^_^)

Nor said...

CORUS PARADISE PRIVATE APARTMENT PORT DICKSON FOR RENT..(MUSLIM ONLY)-with lift

FULLY RENOVATED APARTMENT..
Fresh and brightly decorated for superb relaxation.

Located close to Corus hotels,beaches view/above the water,PD town & Teluk Kemang.

Shared pool and outdoor common area between Corus hotel & Corus apartment...

The space
Accommodates: 4+
Bathrooms: 1+1 ( water heater)
Bedrooms: 2
Beds: 2+1
Check In: Anytime after 3PM
Check Out: 12PM (Noon)
Property type: Apartment
Room type: Entire home/apt
Fully renovated apartment
Each bedroom have a 2 singles/ 1 queen size bed.
Kitchen is equipped with refrigerator, electric cooker, oven, and the essentials.
Extra bed : 4

No pork,No alcohol & No drugs allowed inside of the apartment.

Rates per night :
Weekdays : rm200
Weekend : rm250
Public Holidays/School holidays : rm300-rm350

Safety features
First aid kit

Availability
1 night minimum stay

*Already removed every tile & replaced all & extended the master room & create additional bathroom. Original unit has only 1 bath.

*5S CONCEPT

Contact me:
Che Norijan Binti Jamil
019-2222777
Direct owner