Thursday, December 3, 2015

Korea : Day 1 (Part I)

Assalamualaikum..

Selepas almost 2 bulan baru I nak buat entry Korea. Hahahah. Lambat la sikit sebab balik dari Korea I macam bizi menyelamatkan dunia dengan masuk nasyid segala kan? Sebab tu la lambat share. Ni pon gambar I guna mana yang ada dalam henpon I je. Yang ada dalam camera Ellis ‘banyak’ la sangat. Kaklong pulak bawak Go-Pro tapi gambar ada 8 keping ke berapa entah sebab jakun belaka tak reti nak guna. Sazli? Sekeping pon dia tak ambik. I je la pinjam henpon dia buat amek gambar sebab gambar iPhone cantik. Tu pun dah hari ke-dua last. Sabar jer la. Camera bukan takde tapi tetap nak guna henpon.

Bila I tengok balik gambar dah mananya gambar bangunan? Asyik gambar selfie je. Acane? So konsep dia sekarang, I cerita korang fikir ikut imaginasi sendiri la eh? Hahahaha.

Kitorang naik flight MAS sebab kata Kaklong dia takot naik Air Asia. Kan paling last crash plane is Air Asia? Choi. Mintak simpang. Tambang seorang dalam RM1,800.00 sebab I beli bukan time promo. Shein punya ada la less 20% tak silap I. Untuk dia, kitorang amek seat jugak sebab KLIA – Incheon lebih kurang dalam 6 jam setengah. Kalau nak pangku dia mau kematu bontot sebab Shein berat pon dekat 20 kilo. Kalau korang nak murah, beli la time promo dekat mana-mana Matta Fair. I memang bukan jenis suka check-check mana tambang murah ke apa. Bukan sebab kaya tapi M A L A S. If ada seat, beli je la. Takyah fikir banyak-banyak. Flight kitorang pukul 11.35pm and sampai Incheon Airport pukul 6.45am waktu sana (sana awal sejam dari Malaysia).

Masa pergi, flight was smooth. Masa balik hazab nak mampos asyik turbulence jer. Dalam kepala fikir, ni sempat sampai ke tak ni? Drama sangat. Haha. I pon banyak tido. Shein pon tido jugak all the way dari KL sampai ke Korea. Kitorang sampai dalam pukul 6.45am waktu Korea. Dekat immigration stuck sekejap sebab masa kitorang punya turn tu, ramai Indon kot? So, sorang-sorang kena tarik masuk office.

First day, I dah ambik Munirah (Malaysian student dekat Korea) untuk guide kitorang. Actually kalau korang jenis adventure boleh je kalau nak jalan sendiri tapi sebab I dengan bawak Shein ni, malas nak renyah sangat. So we decide untuk ambik guide. Lagipon ada guide ni senang, nak beli tiket, nak naik train mana semua dorang setelkan. Sana kan semua dalam bahasa Korea? So agak susah sikit nak bergerak. Boleh la nak Google, tapi I jenis 'sabar' sangat so baik guna Guide. Korang klik dekat sini untuk entry yang I cerita pasal Guide I dekat sana. OK?



Alhamdulillah... Safely landed! Memasing muka belacan sebab tido je sepanjang dari KL - Seoul.




Suhu masa ni lebih kurang dalam 18', excited giler. Masa ni pulak KL tengah teruk haze, sampai Korea rasa macam hidung puas hirup udara segar.

Dari Incheon Airport nak ke Apartment kitorang di Seoul Station actually boleh naik bas, taxi or Airport Railway (Keretapi express). Tapi memandangkan barang banyak macam nak pindah sana terus (terutamanya Ellis and Kaklong Kecik) so kitorang naik Airport Railway jer la. Konsep dia lebih kurang macam ERL la kalau dekat Malaysia. Tambang dari Airport ke Seoul Station lebih kurang dalam 6,000 won (RM22.00). Dekat Korea ni, if korang nak guna public transport, korang kena beli Kad T-Money. So segala jenis Subway, Train and bas korang guna kad ni je. Boleh beli dekat mana-mana vending machine and dekat any convenience store. Harga kad tu sahaja 2,500 won (lebih kurang dalam RM10.00). If duit dah habes, korang boleh top up. If guna tak habes, duit boleh refund semula. 

I rasa masa dekat sana, I top up T-Money dalam 40,000 won (RM145.00). Memang kitorang banyak guna subway and train. Sazli and Shein ada a few time naik taxi sebab nak balik awal and masa pergi Lotte World kitorang naik taxi jugak, lepas tu masa balik dari Seoul Station - Incheon Airport pon naik taxi so I agak Sazli bayar for transportation je dalam RM600.00 duit kita. Sebab jenis redah and tak study. Buat pengajaran la untuk sesapa yang datang Korea for first time. Ikutkan masa balik dari Seoul Station nak ke Incheon Airport tu boleh je naik KTX tapi sebab orang dekat kaunter tak paham-paham apa kitorang cakap sudahnya naik taxi. Patut malam tu boleh jer survey awal-awal sebab Seoul Station sekangkang kera je dari apartment kitorang. 


Dari Incheon Airport ke Seoul Station tak sampai sejam. Memang laju. I suka sistem pengangkutan dekat sini. Very punctual. Cuma masalah bahasa je la. Sebab Subway/Train dekat Seoul ni panjang berbelas KM ok? Lorong nak keluar pon banyak. Kalau level tak adventure macam I ni, jawabnya tido dalam Subway je la sebab taktau mana nak keluar. Haha. Naseb ada Ellis and Kaklong Kecik. Dorang la yang banyak study.


Yay. Dah sampai Seoul Station. Kalau Malaysia ni, Seoul Station ni macam KL Central la. Segala train, subway, KTX akan berenti sini. So kalau korang first time datang Korea, elok ambik apartment yang dekat dengan Station. Senang nak bergerak.

Nampak macam panas kan? Actually waktu ni sejukkk sangat. Tadek la sampai 10' tapi kalau compare dengan Malaysia memang la sejuk. Sazli suka gila cuaca macam ni. Dia kan tak boleh panas? Kalau panas nak ngamok je. Hahahah. Sama la macam I. Papa, I rasa kiter kena pindah negara 4 musim la. I hope you consider cadangan I. Dekat sidewalk tu, memang ada la pengemis. Tapi dorang tak kacau orang pon. Lepas tu orang-orang dekat sini semua cakap Korea. Ko paham ke tak, itu ko punya pasal. Konsep dia, you datang negara I, cakap guna bahasa I.


Dah, jom gerak ke apartment dulu untuk hantar barang sebelum lunch. Tu apartment kitorang just across the street. Nampak tak bangunan tinggi kaler kelabu tu? Situ la kitorang stay. Kitorang sewa dari airbnb. Nama tempat tu Kang Place. It's a duplex apartment yang dalam gambar nampak besar, tapi bila sampai sempit ya amat tapi ok la sebab ada kitchen, washing machine semua. So boleh masak. Katil pon cukup untuk kitorang berlima. Tadek sapa yang kena duduk lantai.


I suka la Korea. Rasa rindu sangat nak pergi sini. The weather r so nice. Mat Saleh pon ada jugak dekat Korea ni. Tapi usually dorang jenis backpacker punya style.

Harga apartment kitorang untuk 6 hari 5 malam lebih kurang dalam RM300 sehari/person. So seorang kena bayar RM1,800.00 la untuk 6 hari 5 malam. Dekat Kang's Place ni bayar ikut kepala. Walaupon sini kecik, tapi selesa la sebab muat untuk kami 5 adults and Shein. Boleh masak, boleh basuh baju siap ada dryer semua. So takde masalah sependa habes ke apa. Tempat pon bersih and selesa. Korang boleh book through Agoda, Booking.com or Airbnb. So far yang paling murah I tengok Airbnb la. Kang bagi kitorang Free pocket wifi selama kitorang dekat sana. Ikutkan sewa lebih kurang dalam RM30.00/sehari tapi dia bagi Free so alhamdulillah.



Katil besar ada 2. 1 dekat atas, satu kat bawah. Lepas tu ada sofa yang boleh jadik katil. Ada tv, toilet and meja makan. Sini konsep bukan macam hotel yang tiap-tiap hari ada orang kemas. Kemas sendiri, towel nak bersih sila basuh sendiri sebab dah disediakan dryer. 



Tu ada meja mekan, ada kitchen complete dengan periuk nasik, kuali belanga, pinggan mangkuk semua. Nak buat kenduri pon boleh. Tangga tepi tu naik atas untuk tingkat 2. tapi berdiri pon tak boleh la sini. Macam dalam cerita Nujum Pak Belalang. Tunduk je. Hahahaha.

Tapi tak alhamdulillah jugak sebab masa last day, I tercicir pocket wifi tu dalam taxi dari Lottee World so sekian kena bayar balik 155,000 won (RM550.00) duit Malaysia. Huwaaaaaaaaa. Dah la bagi pocket wifi cap ayam. 3 jam bateri dah kong, lagi nak suruh ganti macam harga baru beli. Pantek la. Tapi ikutkan takyah pocket wifi pon takpe sebab dekat Apartment memang dah ada wifi, lepas tu kat Seoul ni merata ada wifi free. Dekat traffic light pon ada. Sepanjang-panjang dalam bas, sentiasa ada je wifi yang auto connect. tadek hal.


Muni bawak kitorang makan dekat Myeondong lepas letak bag. Ni kitorang naik bas. Lepas tu naik train. Saja je ngengada. Ikutkan dari Seoul Station boleh je nak naik subway terus. Kitorang saje nak tengok Seoul. Tak payah mandi sebab bukan main kotor pon. Lagipon sejukkkkk!

Cabaran bawak budak kecik dengan stroller bermula disini bila nak turun ke Subway, kena la angkat stroller sebab takde rail ye? Naik bas pon kena angkat stroller jugak. Imagine kalau I tak beli Aldo Compatto ni, Sazli kata nak bawak Quinny Moodde yang gedabak tu. Mampos nak mengangkat. One thing kalau nak naik public transport and bawak stroller memang ini dia la. So memang kena banyak sabar and kena kerja sama bantu membantu. Untuk hari pertama kitorang tak biasa lagi so agak tough. Dah masuk hari kedua, dah terror. Sorang pegang beg, sorang tolong angkat stroller. Shein je la best macam raja. Dia pon kitorang tak lepaskan sebab takot lagi payah nak control. Lagipon sejuk-sejuk ni Shein lagi suka kalau duduk dalam stroller. Relax je dia. Kemain.


Ni bebetul depan Seoul Station. Kemain Kaklong Besar posing. Kaklong ni dah la Pak Lawak ok? Dengan nak terberak dalam bas la. Macam-macam hal. Tu nanti I cerita dalam next entry.


Yayyyyy dah sampai Myeondong! Si Shein sambung tido sebab sejuk. Apa lagi? Membuta je la kerjanya.



Dekat sini banyak jual cosmetic. Masker 50 keping baru dalam 12,000 won (RM43.60) cuma masa I datang sini, Laneigh jadik mahal. Mahal dari Malaysia sebab currency la. Duit kiter jadik murah. Nyampah.  Mas ni kiter tak boleh nak focus pada shopping sebab target sekarang ialah makan. Shopping nanti 2 days before balik Malaysia.



Muni bawak kitorang makan dekat Swan Wang Kalbi. Halal Restaurant dekat Myeondong.

Bagi I, dekat sini tadek la sedap macam masa makan dekat Sinchon. Yang tu terpaaaaaling sedap! Tapi sebab masa ni takde lagi rasa masakan lain yang sedap so ni kira sedap sangat dah ni. Kat Korea ni, korang kena rajin la Google cari Halal Restaurant. Bersepah ada. Jumpa dengan tak jumpa je. Jangan sembarangan makan Street Food sebab takot ada Babi. Kaklong masa dekat Korea ni, asal nampak je makanan. 'Wei apa tu? Babi ke?' Hahahaha bangang Kaklong.



Yang ni nama dia Haemultang (Seafood Soup). Harga 35,000 won lebih kurang dalam RM127.00




Haemulpajeon atau telur Dadar. 15,000 won (RM54.50) Palotak dia la telur dadar mahal macam ni? Telur dadar je poooon.




Kimbab 5,000 won (RM18.00) kitorang amek 2 set. Semua ni makan dengan kimchi and nasik. Boleh tambah nasik sampai mampos.

Total kitorang makan dalam 70,000 won (RM250.00), so sorang kena dalam 11,000 won (RM40.00) macam tu. Mahal kan? Kitorang plan nak masak sebenarnya tapi sebab takde menda nak masak/malas so makan je la dekat luar. Untuk hari berikutnya kitorang banyak makan dekat rumah je. Beli barang dekat Lotte Mart siap beras, ikan semua, lepas tu masak je kat apartment. Kaklong Kecik pulak masak special everyday. Semua Korean Food. best giler! Walaupon makan dekat rumah, tapi konsep dia tetap kena Korean Foods. Kitorang siap beli Kimchii dengan Seaweed buat ulam.




Shein tido masa kitorang makan. Dah siap makan, baru dia bangun. Shein kurang giler makan masa dekat Korea. Dia makan cake dengan Pepero je masa dekat sini. Si Sazli punya la susah hati.

I kan baru tau yang Pepero tu asal dari Korea and keluaran Lotte. Dekat Korea ni melambak Lotte. Lotte Mart, Lotte World and makanan melambak jenama Lotte ni termasuk la Pepero. kata Muni, Pepero ni memang big company dekat Korea. Sapa kerja Lotte ni kira hebat la. Lebih kurang kalau dekat Malaysia macam Petronas tapi korang pergi la celah mana pon bersepah Lotte punya franchise. Seoul Station pon ada Lotte Mart. Lotte Mart ni ala-ala Jaya Jusco la kalau dekat Malaysia tapi lagi besar. Shopping makanan kering and basah dekat Lotte Mart macam nak duduk Korea sebulan. haha.



Ni nama dia Kaeranppang. Harga seketul ni 1,600 won (RM5.80)



Close up. Actually menda ni ialah roti and ada seketul telur. Rasa manis, tapi tetiba ada telur. Susah nak brain. Boleh la.. Tadek la sedap mana.


Tempat wajib ambik gambar dekat Myeondong. Nature Republic. I tak ambik pon. Lupa. Naseb la Kaklong ada ambik gambar dekat sini.

Street Food memang banyak jual dekat area Myeondong ni. Cuma kena hati-hati takot tak halal. Muni kalau kitorang nak makan apapa kasik signal mata je. Haha. Kalau dia angguk maksudnya pass la. Kalau dia pejam mata geleng maksudnya ada babi. Hahahahaha. Lepas makan, kitorang balik semula ke apartment mandi-mandi and freshen up. Si Muni ikut jer la kitorang. Untuk Day 1 lari habes dari jadual asal. Tapi sampai Day 6 kami dapat la cover semua tempat yang kitorang nak pergi except for Fruit Picking sebab now off season kata Muni. Kalau nak pergi pon kena naik taxi 2 jam baru sampai. Dah tu kena bayar berapa juta pergi balik? Takper la. Lain kali InsyaAllah ada rezeki kiter pergi la Fruit Picking kat mana-mana. Kalo tak dapat, fruit picking kelapa sawit pon ok. Haha.

Dah la dulu untuk entry ni. Berejam nak siap. Nyampah. Haha. Untuk Day 1 (Part 2) nanti I share kitorang makan Street Food - Fish cake yang macam Si Gu Jun Pyo makan masa lepas mandi dekat Public Toilet tu. Memang sedap giler! Lepas tu kiter tengok air pancut dekat Cheonggyecheon Stream and makan green tea ice-cream (O'sulloc Tea House), do some marketing dekat Lotte Mart and malam tu Kaklong Kecik masak Nasik Goreng Kimchi for dinner. Stay tuned!

Kaklong Besar - Kaklong I
Kaklong Kecik - Kaklong Ellis

-eNd-

No comments: