Monday, September 21, 2015

Dry Curry Chicken Hor Fun Yang Sedap !

Assalamualaikum..

Jumaat haritu tinggal I, Dyba and Intan je yang ada dekat office. Izzah cuti sebab dia ada wedding cousin dia. Sarabanon pulak cuti sebab dia nak buat gigi dia. Tak habes-habes root canal treatment la apa la. Dah la RM3,000.00 cost nak buat. Naseb baik la guarantee lifetime. Tapi klinik gigi yang buat Sarah punya tu memang rugi la buat root canal treatment and crowning untuk Sarah sebab dalam tempoh 3 tahun, dua kali gigi dia patah. Sekali masa kitorang ice-skating yang dia jatuh tersembam lepas tu sagat ice dengan gigi dia (ouchhh ngilu!) and sekali lagi waktu dia accident yang masa baru balik dari latihan netball tu. So, 2 kali la dah I menyaksikan drama Sarah dan gigi beliau. Haha.

Kitorang nak cuci gambar untuk buat Visa Boss Intan dekat KLCC and nak makan simple-simple je. So kitorang decide nak makan kat Food Court, sebab kata Intan dia nak kena cepat. I memula nak makan Ayam Penyet (Hahahaha) Tapi tetiba tak jadik and change plan nak makan Dry Curry Chicken Hor Fun yang sederet dengan kedai Ayam Penyet tu. Dyba and Intan dulu yang beratur and I jaga tempat. Bila dorang dah siap, I pulak beratur. Kakak Indon yang tukang amek order tu tanya I nak apa, so I cakap la Hor Fun Curry Mee. (Sepatutnya Dry Curry Chicken Hor Fun). Dyba la tak cakap Dry Curry. Mana la I tau. Sampai dekat Kaunter, I tengok salah. I cakap la I nak yang macam dalam gambar. Lepas tu Kakak Indon yang amek order tu dah sentap.

Boss dia tanya dia, ‘Ni sapa punya Curry Mee?’ Pastu Kakak Indon jawab, ‘Sapa-sapa punya je la!’ OMG garang giler kakak ni. Sama macam Imah Cleaner office I dulu. I dah telan ailio sikit lagi nak nanges sebab kecik hati tapi fikir beratur dah lama. Lepas tu malas nak drama sangat so I redha je la. Lagipon kalau merajuk nanti lapar pulak. Time I ambik makanan I, kakak Indon tu jeling I ok? Mesti menyirap je dia sebab I salah order. Hahahahaha. Lantak la. Janji I dapat makan Dry Curry Chicken Hor Fun. Yayyyy!! Makan tak sampai 5 minute. Zupp zap zup zaaap dah siap. Sebab Intan and Dyba dah siap makan lagipon Intan cakap dia nak cepat. I memang pe’el tak boleh kalau orang tunggu. I akan cepat-cepat and lekas setelkan urusan. Walaupon Intan kata takper, tapi I feel awkward bila dia pandang I makan. I kan pemalu. (Lempang  I please?)




Dry Curry Chicken Hor Fun at Signatures Food Court KLCC



Dyba siap amek video I tengah makan lagi. Kata dorang, ‘Kaksu kalau makan, nampak selera je’. I tengok balik video I, I nampak I gemuk waktu makan. Kluk kluk double chin bawah dagu sangat la obvious. Hahaha. Nampak macam I bersungguh nak keluarkan I punya kluk-kluk tu. Ah lantak la. Kluk tak mak kluk, janji aku makan kenyang! So pada korang yang terliur, padan muka diucapkan and kalau nak Dry Curry Chicken Hor Fun yang sedap macam I makan ni, pergi carik dekat KLCC Food Court tingkat 2. Kedai dia sederet dengan Ayam Penyet, sebelah Gerai Nasik Lemak. Ok? Sedap gilerrrrssssss!! RM7.50 jer ponnnnn. Jangan lupa perah limau, baru mantop!

Signatures Food Court @ Suria KLCC
Suria KLCC, Jalan Ampang
50088 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone : 03 - 23822828


-eNd-

No comments: