Tuesday, February 24, 2015

Makan Sedap Di FIKCLES - PART II

Assalamualaikum..

Semalam I kena marah sebab up entry pasal makanan dekat Fikcles time semua orang tengah lapar. Muaahahaha. Sorry la eh? Kenot tahan anymore. So harini I up lagi satu entry sebab semalam kalau sumbat semua gambar makanan dalam satu entry korang jugak yang pengsan. So Entry ke dua ni kira macam second session punya makan la. Memang that day, I berkampong dekat Fikcles dari tengah hari jejak ke malam. Hahaha. Sampai orang meja belakang kitorang ni jeling je I. Dah bila yang minah baju kelabu liptik merah ni nak blah? Lepas makan, makaaaan lagi. Lepas tu makan lagi. Sampai bila ko nak berenti makan?

Sampai Abang Jamil Mampos! Hahaha.

Tak lama lepas Filla dengan Elly balik, Si Yuyu Zulaikha pulak sampai dengan suami and anak dia. Omel je dia ni. Kecik petite macam budak sekolah darjah enam tapi tetiba dah ada anak.  Magik giler. Baby Habib pon jenis tak banyak hal. Langsung tak meragam. Memang bagi kerjasama yang bagus bila Mak Ayah dia nak makan. Good boy sangat Habib. Untuk entry ni, I share pulak apa yang Yuyu Zulaikha, Fouziah Gous (I panggil dia Poja), Ezzaty dengan Daler Yusuf makan ok? Sediakan tissue sebelum ailio meleleh.


Yang ni nama dia 'Salmon'. Senang je ko bagi nama eh Huda? Salmon je dah cukup. Takyah nak beria Pan Seared Salmon with veggies and white sauce segala. Hahaha. Ok. Salmon ni memang sedap especially bila dihidangkan dengan white sauce tu. Yang ni also I pernah makan. Sedapnyaaaaaa. Terasa rangup kulit salmon, masin pedas pepper semua terasa. Harga dia RM28.50


Monte Cristo ni harga dia RM18.90, dalam dia ada beef strip lepas tu dibakar perfectly. Bila kunyah krup krap rangup. Satu hidangan ni memang kenyang sebab dia come together dengan salad and kentang goreng ada cheese macam yang dalam gambar tu. Favorite si Shein. 3 mangkok selamba je dia makan. Habes pulak tu.


Braise BBQ Short Ribs ni harga dia RM35.90. I taktau la macam mana dorang masak, tapi ribs ni memang lembut giler. Ada kentang lecek dengan sayur sekali. So memang kenyang. Makan dengan black-pepper sauce. Pon sedap. Ribs dia pon tak dry. Ada lemak-lemak jugak. Bila makan rasa bersalah sebab nanti terasa gemok tapi yang pelik tu tak boleh pulak nak berenti. I don't know why but I do. Haha.


Grilled Chicken Marryland ni pulak harga dia RM25.90. Cakap banyak malas. Tengok gambar dah tau sedap. Nexttttt!


Kepada penggemak lamb boleh la order Herb Crusted Lamb Rack ni. Harga dia RM35.90. Favorite si Sazli ni.


Kalau rasa nak makan light boleh order Caesar Salad. Harga dia RM12.90


Bagi yang jenis kena makan nasik baru puas hati jangan risau. Fikcles pon ada nasik ok? Yang ni nama dia Nasi Goreng. Harga dia RM12.90. Nasik goreng ni ada telur, ayam, keropok, sambal ikan bilis. Semua ada. Mak Bapak jer yang tadek dalam ni. (Lawak lapok). Haha.


Dah makan semua, jangan  lupa try dessert dekat sini. Yang ni Vanilla Ice Cream With Caramel Sauce and Crusted Cookies. Sesapa yang biasa order cake dekat Huda mesti tau macam mana rasa kek-kek huda. Korang boleh check out dessert lain dalam Fikcles punya Instagram dekat sini.


Si YuyuZulaikha dengan Shein. Taktau la nak cakap mana satu yang comel sebenarnya.


Shein pulak asyik la nak datang ngendeng dekat Yuyu, Onejet (Husband Yuyu) dengan Baby Habib ni. Kejap kang hilang. Tau-tau dah ada dekat Yuyu.


Yuyu, Huda and Siti Nurhaliza



Lepas Yuyu balik, Poja dengan husband dia Zhaf pon sampai. Tak lama tu Ezzaty dengan Daler Yusof plak datang. Korang tengok tak Delina yang Ezzaty berlakon tu? Kena tengok ok? Tengok la Si Shein, busy doing his thing. Kisah plak dia Pengacara Nona duduk dekat belakang dia. Buat taktau je. Berani ko Shein?
Ok. Gambar last sebelum balik. Huda, Poja, Siti Nurhaliza, Ezzaty, Manager I Ellis and Daler. Daler ni hensem macam patung Barbie. Baik budak ni. Jenis menjaga solat. Kalau nak carik suami, kena carik yang menjaga solat. Bab kata Sazli, ‘Sexy Rock tapi beriman’. J

So, sekianlah entry makan-makan di Fikcles untuk kali ni. Tapi nanti 2 3 minggu tetiba ada balik entry makan-makan kat Fikcles lagi. Hahaha. Sekarang ni kalau kitorang pergi area Damansara wajib singgah Fikcles. I suka giler dorang punya Pina Colada. Sedaaaaappppp. Kekadang datang sini untuk minum Pina Colada je. Dalam kereta dah janji nak order air je tapi bila duduk je. Eh. I rasa kena order dessert la. Lepas tu eh ok ke kalau tak order Salted Egg Sadnwich? Lepas tu sekian, selambak jugak atas meja. Hahhahahahah. Takpon tapau Sliders bawak balik. Satu untuk I, Satu untuk Sazli. Satu simpan dalam peti. Konon-konon nak makan esok tapi malam tu panaskan balik and ngap.

Kepada yang nak pergi Fikcles, nanti kirim salam Kaksu pada Huda ok? Saja nak bagitau kat situ ada waiter hensem macam Hairul Azreen boyfriend Hanis Zalikha. Lepas tu lepas tu dia punya Barista pon hensem. So boleh la nak cuci mata. Kah kah kah. Ko suka la kan Eda? Sebab tu seminggu lapan kali singgah minum kopi dekat sini.


-eNd-

No comments: